Home » info makanan » Tips Mudah Untuk Hilangkan Nasi Berbau Hangit

Tips Mudah Untuk Hilangkan Nasi Berbau Hangit

Tips Mudah Untuk Hilangkan Nasi Berbau Hangit

 

Tips Mudah Untuk Hilangkan Nasi Berbau Hangit

Memasak nasi adalah perkara paling mudah jika menggunakan periuk nasi elektrik, akan tetapi jikalau keadaan terdesak seperti tiada elektrik, periuk nasi rosak dan kenduri kendara dan sebagainya, cara tardisional untuk memasak nasi yang perlu digunakan adalah dengan meemasak nasi menggunakan dapur gas.

Memasak nasi menggunakan dapur gas sememangnya telah lama dipraktikan, tetapi zaman sekarang ni sudah jarang diamalkan. Apa yang merungsingkan jikalau memasak menggunakan dapur gas adlah nasi akan dikhuatiri aknan menjadi hangit. Ini adalh kerana kadangkala kita terleka ketika memasak nasi tersebut. Apabila sudah hangit maka tidak sedaplah nasi itu untuk dimakan. Hendak dibuang nasi tersebut rugi pula rasanya, nk tak nak, makan je la mana yang elok, tetapi bau hangit itu tetap ada.  Jadi mari RP kongsikan apa Tips Mudah Untuk Hilangkan Nasi Berbau Hangit; 

 

nasi hangit

 

1. Meggunakan Cili kering :

Ambil Cili kering yang telah dibasuh dalam dua ke tiga tangkai lalu dimasukkan terus ke dalam nasi tersebut dan biarkan untuk seketika.

2. Menggunakan Garam :
Jika bau hangit nasi tidaklah terlalu kuat, letakkan garam di atas tudung periuk nasi tersebut dan InsyaAllah, bau hangit itu akan hilang.

3.  Menggunakan Daun pisang :
Ambil daun pisang, kemudian letakkannya menutupi permukaan atas nasi dan biarkan untuk seketika.

 

Tips Mudah Untuk Hilangkan Nasi Berbau Hangit

4. Menggunakan Cili Padi :
Ambil beberapa biji cili padi. Kemudian cucukkan hujungnya ke permukaan nasi yang hangit tadi dan tutup.
Biarkan untuk seketika sehingga cili padi tadi menjdi layu atau kelihatan agak lebam, maka barulah bau hangit tadi akan hilang.

 

5. Daun Limau Purut :
Ambil beberapa helai daun limau purut, kemudian carik-carikkan dan masukkan daun tadi ke  dalam nasi hangit dan tutup semula tudung periuk. Pastinya nasi akan berbau harum.

 

6. Menggunakan Daun Pandan :
Ambil beberapa helai daun pandan, kemudian masukkan ke dalam mangkuk dan diletakkan pada tengah-tengah nasi yang hangit tadi.

 

7. Menggunakan Kulit Bawang
Ambil kulit bawang, kemudian cuci dan masukkanya ke dalam periuk nasi yang hangit tadi dan tutupkan semula periuk.

 

nasi hangit

 

8. Menggunakan Cengkih
Caranya, taburkan cengkih sebanyak 5 tangkai ke dalam nasi yang hangit itu dan biarkan untuk beberapa ketika.

 

9. Menggunakan Roti

Caranya mudah je, buka periuk nasi tadi dan letakkan sekeping roti di atas nasi. Tutup periuk nasi dan biarkan roti tadi selama 5-10 minit.

 

Haa itulah antara tip-tip mudah untuk menghilangkan bau pada nasi yang hangit. Selamat mencuba.-Ramenpedas.com

Sumber: petuaibu

 

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan - Resepsi Anis Al-Idrus Dan Hani Era

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan – Resepsi Anis Al-Idrus Dan Hani Era

  Gambar Sekitar Majlis Pernikahan – Resepsi Anis Al-Idrus Dan Hani Era Dengan sekali lafaz …

Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00

Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00

  Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00 Setelah sekian lama …

Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival

Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival

  Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival Pada 2 Julai lalu, …

One comment

  1. Sangat elok tulisannya, Salam kenal saya blogger dari Aceh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *