Home » filem » Sipnosis Filem Upin Dan Ipin Jeng Jeng Jeng 2016

Sipnosis Filem Upin Dan Ipin Jeng Jeng Jeng 2016

 

Sipnosis Filem Upin Dan Ipin Jeng Jeng Jeng 2016

 

Sipnosis Filem Upin Dan Ipin Jeng Jeng Jeng 2016

Filem animasi Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng! yang telah diterbitkan oleh Les’s Copaque Production gabungan bersama KRU akan mula ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia pada 24 November 2016. Filem ini adalah merupakan filem animasi Malaysia yang pertama dimana menampilkan kesan khas 3D beserta  lakonan hidup para-para pelakon. Pasti anak-anak kecil tidak sabar untuk pergi menonton filem yang dinanti-nantikan ini, jadi mari RP kongsikan Sipnosis Filem Upin Dan Ipin Jeng Jeng Jeng 2016;
Sinopsis Filem Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!
Filem Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng ini adalah mengisahkan tentang seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 10 tahun iaitu Balqis. Balqis adalah merupakan anak yatim piatu yang mempunyai kebolehanyang amat istimewa iaitu dapat bertinteraksi dengan watak kartun kesukaannya iaitu Upin & Ipin. Dunia indah Balqis berubah apabila rumah anak-anak yatim yang didiaminya akan diambil semula oleh seorang ahli perniagaan yang kejam. Demi menyelamatkan rumah anak yatim tersebut, Balqis bersama Upin & Ipin mencari seorang bekas penyanyi terkenal iaitu Awie untuk membantu mereka. Dapatkah mereka menyelamatkan rumah anak-anak yatim tersebut, jom sama-sama saksikannya.
Filem animasi  atau `live action` Upin dan Ipin ini telah diarahkan oleh pengarah hebat Erma Fatima dan dibintangi pelakon-pelakon hebat iaitu Asyiela Putri (Upin & Ipin), Puteri Balqis, Awie, Sara Ali, Gambit Saifullah dan Remy Ishak.
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: U
Tarikh Tayangan: 24 November 2016
Genre: Pengembaraan / Animasi
Durasi: 1 Jam 38 Minit
Pengedar: Primeworks Studios
Pelakon: Asyiela Putri, Puteri Balqis, Awie, Remy Ishak, Sara Ali
Pengarah: Erma Fatima, Hajah Ainon Ariff
Format: 2D
Sipnosis Filem Upin Dan Ipin Jeng Jeng Jeng 2016
filem upin ipin
pasti meletuplah lah nnati filem ini, semangnya watak upin dan ipin sudah sinonim dengan kanak-kanak di Malaysia, selamat menonton. –Ramenpedas.com
Sumber: mariafirdz

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan - Resepsi Anis Al-Idrus Dan Hani Era

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan – Resepsi Anis Al-Idrus Dan Hani Era

  Gambar Sekitar Majlis Pernikahan – Resepsi Anis Al-Idrus Dan Hani Era Dengan sekali lafaz …

Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00

Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00

  Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00 Setelah sekian lama …

Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival

Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival

  Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival Pada 2 Julai lalu, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *