Home » filem » Sipnosis Filem Terbaru Shah Rukh Khan Dear Zindagi

Sipnosis Filem Terbaru Shah Rukh Khan Dear Zindagi

 

 

Sipnosis Filem Terbaru Shah Rukh Khan Dear Zindagi

 

Sipnosis Filem Terbaru Shah Rukh Khan Dear Zindagi

Pelakon hebat dan paling terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan akan memasarkan sebuah filem terbaru darinya iaitu Dear Zindagi, heroin bagi filem terbaru Shah Rukh Khan ini adalah pelakon baru iaitu Alia Bhatt. Filem ini adalah di bawah arahan penulis skrip dan pengarah terkenal Gauri Shinde. Penerbit bagi filem ini adalah Karan Johar, Gauri Khan dan Gauri Shinde. Terbitan Red Chilies Entertaiment. Semestinya ianya adalah filem yang paling ditunggu-tunggu oleh pera peminat Shah Rukh Khan di seluruh dunia. Akan mula ditayangkan di pawagam seluruh dunia pada 25 November 2016 ini. Apa lagi jom terjah pawagam berdekatan anda.

Jadi mari RP kongsikan Sipnosis Filem Terbaru Shah Rukh Khan Dear Zindagi;

Sinopsis filem Dear Zindagi adalah menceritakan mengenai  tentang seorang gadis muda, cantik yang berdarah India berbangsa Inggeris yang telah dilakonkan oleh Alia Bhatt merasa tidak bebas dalam kehidupanya. Gadis ini mempunyai perjalanan kisah cinta yang sangat panjang dengan empat lelaki berlainan yang pernah menjadi teman lelakinya. Empat teman lelaki yang dilakokan oleh pelakon hebat seperti  oleh Ali Zafar, Angad Bedi, Kunal Kapoor dan Aditya Roy Kapur.Namun, Namun begitu Alia  merasa lebih selesa dan sesuai ketika bertemu dengan seorang lelaki yang umurnya jauh lebih tua darinya. Lelaki tersebut  dilakonkan oleh Shahrukh Khan dantiba-tiba  menjadi  lelaki idaman yang mampu menjawab segala persoalan dan kerisauan dalam hidupnya.

Pada suatu ketika, Shah Rukh Khan mengajak Alia Bhatt pergi ke sebuah daerah dengan pemandangan alam yang indah. Di sebuah pantai, SRK mengajak gadis itu bermain Kabaddi, sukan yang saat ini popular di India Selatan.

“Dulu, ayahku pernah membawa saya ke sini pada setiap Minggu untuk bermain Kabaddi dengan laut, “ujar Shahrukh Khan.
” Kabaddi dengan laut? ” tanya Bhatt.
SRK lantas berlari ke pantai, cuba bermain Kabaddi dengan ombak di pantai.
“Come on .. Come on .. Kabaddi .. Kabaddi ..” teriak SRK.
Ombak dijadikan sebagai lawan dalam permainan Kabaddi. Kedua-duanya kelihatan gembira dan sangat bebas bermain dengan  ombak pantai.
“Cintai hidupmu …”
Keduanya kemudian berbasikal di jalan dengan pemandangan alam indah dengan dibarisi pokok kelapa. Kedua-duanya kelihatan seronok menuggang basikal.
“Aku ingin bebas. Bebas dari semua ini,” teriak Alia.
“Ya. Ya. Aku ingin kamu jadi bebas juga,” jawab SRK.
Sang gadis muda itu terjatuh daripada basikal ketika dia menjerit I am free . “Wow ….” kata SRK sambil ketawa dan akan menolongnya.
“Bantu aku,” pinta Alia.
“Damn .. Masanya sudah habis,” celetuk Shah Rukh Khan yang tidak jadi menolong Alia.
“Aku juga bebas. Maaf.” kata SRK yang akhirnya tidak jadi menolong

 

Sipnosis Filem Terbaru Shah Rukh Khan Dear Zindagi

 

filem dear zindagi

 

filem dear zindagi

 

 

Nah RP kongsikan Trailer filem Dear Zindagi;

 

 

itulah antara sedikit sipnosis dan trailer filem terbaru Shah Rukh Khan dan alia Bhatt ini, jom kita sama-sama saksikan di pawagam berdekatan anda…- Ramenpedas.com

Sumber: Berberita

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan - Resepsi Anis Al-Idrus Dan Hani Era

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan – Resepsi Anis Al-Idrus Dan Hani Era

  Gambar Sekitar Majlis Pernikahan – Resepsi Anis Al-Idrus Dan Hani Era Dengan sekali lafaz …

Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00

Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00

  Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00 Setelah sekian lama …

Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival

Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival

  Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival Pada 2 Julai lalu, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *