Home » Drama Adaptasi Novel » Sipnosis Drama Mr Donat Karamel Lakonan Hafidz Roshdi Slot Lestary

Sipnosis Drama Mr Donat Karamel Lakonan Hafidz Roshdi Slot Lestary

Sipnosis Drama Mr Donat Karamel Lakonan Hafidz Roshdi Slot Lestary

 

 

Sipnosis Drama Mr Donat Karamel Lakonan Hafidz Roshdi Slot Lestary

Akan datang drama adaptasi novel Mr Donat Karamel karya Hanny Esandra yang akan disiarkan melalui slot Lestary  di TV3. Drama ini akan diterajui oleh Hafidz Roshdi dan Azira Shafinaz sebagai pelakon utama. Drama terbitan daripada JS Pictures Sdn Bhd dana dari arahan sutradara Azman Yahya. Drama bersiri yang mempunyai 13 episod ini akan di tayangannya pada  28 Oktober 2016 nanti.
TAJUK DRAMA : MR. DONAT KARAMEL
EPISOD : 13 Episod semuanya
TARIKH dan MASA : 28 Oktober 2016 / Rabu- Jumaat  – 9.00 malam
SIARAN : di Slot Lestary TV3
KARYA : Hanny Esandra
SKRIP : Rehal Nuharis
PENGARAH : Azman Yahya atau turut dikenali sebagai   (Jinggo)
TERBITAN : Syarikat JS Pictures Sdn Bhd
PARA PELAKON : Hafidz Roshdi, Azira Shafinaz, Mona Alle, Syazuwan Hassan, Fimie Don, Shamsul Ghau Ghau
WATAK -WATAK PELAKON
Hafidz Roshdi sebagai ‘Faiq Faiqal’
Azira Shafinaz sebagai  ‘Anggun Qairah’
Mona Allen sebagai ‘Mimin’
jom RP kongsikan sedikit Sipnosis Drama Mr Donat Karamel Lakonan Hafidz Roshdi Slot Lestary
Drama ini mengisahkan tentang seorang novelis bernama Anggun Qairah yang kerjanya menulis dan hanya makan donat karamel di sebuah kafe. Hari-hari begitu tanpa jemu. Di situlah dia mencurahkan ilham-ilhamnya. Di situ juga dia khusyuk dan tenggelam dalam dunia ciptaannya sendiri.
Suatu hari dia telah bertemu dengan Faiq Faiqal secara tidak sengaja dalam satu kemalangan kecil yang dimana telah merosakkan segala khazanah pentingnya. Cermin mata dan komputer ribanya miliknya hancur digilis kereta. Dengan rasa simpati, Faiq telah membantu Anggun dan dia menggantikan dua barang penting milik Anggun. Anggun yang rabun, tidak dapat cam siapa lelaki yang melanggarnya itu.
Faiq pula sudah mula gila bayang. Dia adalah CEO Design Dynamic Berhad yang telah turun pangkat sebagai pelayan di Kafe Donat Karamel semata-mata kerana ingin mahu mendekati gadis idamannya dengan menyamar sebagai Rafiqi. Rafiqi adalah seorang lelaki yang konon-kononnya meminati semua karya garapan Anggun.
Hari demi hari hubungan mereka semakin berkembang dan mekar sehinggalah Zhariff, lelaki sekampung dengan Anggun, telah mula mengganggu hubungan mereka. Namun, walaubagaimanapun hubungan mereka berdua tetap kukuh sehinggalah tiba hari bersejarah mereka.
Anggun mula kecewa apabila tahu Rafiqi yang sebenarnya adalah Faiq. Dia merasakan Faiq tidak ikhlas apabila Faiq tidak jujur padanay dan menipunya selama ini. Oleh itu bermulalah misi ops pikat isteri tercintanya yang dijalankan oleh Faiq. Pelbagai adegan lucu yang Faiq ciptakan untuk memikat Anggun.
Zhariff pula tidak langsung jemu meminta-minta Anggun daripada Faiq. Sebagai suami Faiq mula rasa tercabar. Anggun pula yang telah salah faham apabila terdengar pertengkaran antara mereka lalu membawa diri pulang ke kampung. Bahagiakah Anggun di sisi Faiq? Faiq pula, masih ada lagikah kesabaran dalam dirinya untuk menempuh rumah tangga yang telah dibina? Cinta memang perlukan kesabaran. Faiq pasti, akan ada bahagia di penghujung jalan nanti.
Sipnosis Drama Mr Donat Karamel Lakonan Hafidz Roshdi Slot Lestary
drama mr donat karamel
drama mr donat karamel
drama terbaru hafidz roshdi
drama terbaru hafidz roshdi
Macam best je drama nih, tambah-tambah Hafidz Roshdi yang berlakon, gerenti trending nanti, jom sama-sama kita nantikan,-Ramenpedas.com
Sumber: moviesinfobsyokv2

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Sekitar Majlis Resepsi Laudya Cynthia Bella Dan Engku Emran Di Bandung

Gambar Sekitar Majlis Resepsi Laudya Cynthia Bella Dan Engku Emran Di Bandung

      Gambar Sekitar Majlis Resepsi Laudya Cynthia Bella Dan Engku Emran Di Bandung …

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi

  Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi Tahniah diucapkan kepada Elfira Loy …

Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas Sultan Brunei

Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas Sultan Brunei

  Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *