Home » Drama Adaptasi Novel » Sipnosis Drama Awak Sangat Nakal Gandingan Hebat Ayda Jebat Dan Sharnaaz Ahmad

Sipnosis Drama Awak Sangat Nakal Gandingan Hebat Ayda Jebat Dan Sharnaaz Ahmad

Sipnosis Drama Awak Sangat Nakal Gandingan Hebat Ayda Jebat Dan Sharnaaz Ahmad

 

Sipnosis Drama Awak Sangat Nakal Gandingan Hebat Ayda Jebat Dan Sharnaaz Ahmad

Drama adaptasi terbaru aripada novel Awak Sangat Nakal karya Syamnuriezmil yang akan ditayangkan di saluran Astro Ria dan Ria HD. Drama ini dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Sharnaaz Ahmad dan Ayda Jebat sebagai pelakon utama. Drama ini telah mendapat sentuhan pengarah yang berkaliber iaitu Azmi Hatta. Drama ini akan ditayangkan mulai 07/11/2016 nanti menggantikan Suri hati Mr pilot.

 

TAJUK : AWAK SANGAT NAKAL!

  • EPISOD : 16 episod semuanya
  • TARIKH ATAU  MASA : 07 November 2016
  • SIARAN : Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123
  • NOVELIS : Syamnuriezmil
  • PENGARAH : Azmi Hatta
  • TERBITAN : Orangetree Production Sdn Bhd
  • PARA PELAKON : Ayda Jebat, Sharnaaz Ahmad, Ika Nabella, Tash Yong, Fadilah Mansor, Hefny Sahad, Farouk Hussain

 

WATAK-WATAK PELAKON

  • Ayda Jebat sebagai Erine Johanna
  • Sharnaaz Ahmad sebagai Johan Rizqin
  • Ika Nabella sebagai Ain Humaira
  • Fadilah Mansor sebagai Mak Munah

 

SINOPSIS DRAMA AWAK SANGAT NAKAL 

Pertemuan diantara Johan Rizqin dan Erine Johanna bermula apabila gadis itu telah ditinggalkan oleh mama dan papanya selama sebulan di bawah jagaan orang gajinya, iaitu Mak Munah. Oleh sebab dia kebosanan duduk di kampung, Erine menjadikan Johan Rizqin, mangsa usikannya.

Apa yang menjadi masalahnya, Johan Rizqin sudah pun bertunang dengan Ain Humaira, anak angkat kepada Mak Munah. Tetapi kehadiran Erine, telah menyebabkan Johan mula berubah hati. Entah kenapa, dia amat merasakan perasaannya menjadi lain sejak diusik Erine. Tetapi untuk mendapatkan Erine, Johan terpaksa berdepan banyak cabaran.

Walaupun begitu, Erine masih tidak boleh untuk menerima cinta yang Johan berikan. Bukan kerana soal hati, bukan kerana tidak cinta kepada Johan, tetapi kerana amanah arwah suami Mak Munah kepada Johan  dan Erine merasakan dia menjadi penghalang kepada amanah itu.

Gara-gara sikap kenakalan dan sikap ingin tahunya untuk mencari siapa yang telah diamanahkan kepada Johan, Erine telah berjaya merungkai seribu satu rahsia, teori

dan konspirasi yang telah disimpan oleh Mak Munah selama 23 tahun ini. Erine kemudian mula merancang dan membuat pakatan sulit untuk menyelamatkan Johan daripada dibunuh.

Akan tetapi, walau sehebat mana pun rancangannya, hebat lagi perancangan Allah SWT. Adakah pengorbanan Erine kepada Johan, tidak akan sia-sia? Atau, hidupnya akan berakhir dengan hukuman mati?, jadi mari kita sama -sama  saksikan.

 

Sipnosis Drama Awak Sangat Nakal Gandingan Hebat Ayda Jebat Dan Sharnaaz Ahmad
drama awak sangat nakal
drama awak sangat nakal

 

Pasti meletop drama ni nnti dn pastinya ramai yang akan ternantikan-nantikan gandingan antara Ayda Jebat dan Sharnaaz Ahmad . Tak sabar nak tengok Abag Jebat hihi. –Ramenpedas.com

Sumber : myinfotaip / IG #awaksangatnakal

 

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas Sultan Brunei

Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas Sultan Brunei

  Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas …

Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee

Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee

  Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee Tahniah …

Cosplay Anime Jepun Gadis Berhijab Tarik Perhatian Dunia

Viral Cosplay Anime Jepun Gadis Berhijab Tarik Perhatian Dunia

  Viral Cosplay Anime Jepun Gadis Berhijab Tarik Perhatian Dunia Peminat-peminat Anime jepun, seperti Naruto, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *