Home » Informasi » Resepi Tauhu Jepun Yang Sedap Dan Mudah

Resepi Tauhu Jepun Yang Sedap Dan Mudah

Resepi Tauhu Jepun Yang Sedap Dan Mudah

 

Resepi Tauhu Jepun Yang Sedap Dan Mudah

Sedap betul kalau makan dengan nasi panas-panas maskan Tauhu Jepun nih.. ianya adalah maskan kaum cina yang dimana amat menyihatkan dan hanya memerlukan sayur-sayuran. Resepinya amat mudah untuk disediakan , dan amat elok untuk dimakan.

Jadi mari RP kongsikan Resepi Tauhu Jepun Yang Sedap Dan Mudah;

BAHAN-BAHANNYA:

1.  ( 9 ulas bawang putih atau lebih) Bawang putih tumbuk kasar.
2. Sebiji lobak merah-Lobak merah dipotong kecil-kecil
3. Cendawan tiram (atau apa-apa jenis -ikut citrasa anda)
4. Sedikit daun bawang.
5. Tauhu jepun.
6.  Telur (2biji).
7. Tepung jagung (rendam bersama air).
8. Sedikit Stok ayam (guna kiub pun boleh).
9. Sedikit Sos tiram.

 

CARA-CARA MEMBUATNYA;

1. Potong tauhu jepun dan golek-golek kan sikit dalam tepung gandum. (Tips untuk elak minyak meletup semasa menggoreng nanti)
2. Panaskan minyak dan goreng tauhu jepun tadi.

3. Apabila tauhu jepun dah kekuningan, angkat dan ketepikan.

4. Kemudian tumis pula bawang putih sehingga  naik bau.

5. Perlahankan api, masukkan pula sos tiram dalam 4-5 penuh sudu makan. Gaul sehingga sebati.

6. Masukkan sedikit air untuk menjadikanya berkuah, kemudian masukkan lobak merah dengan cendawan tadi. sudah boleh kuatkan api semula.

7. Apabila kuah sudah mula mendidih, tambahkan sedikit stok ayam ataupun kiub ayam.
8. Sambil kacau, masukkan pula  telur tadi dan terus kacau, jangan berhenti.

9. Pekatkan kuah tauhu dengan sedikit campuran tepung jagung. Masuk sedikit demi sedikit untuk memekatkan kuah tauhu tersebut. Dah ok tambahkan dengan garam dan gula.

10. Akhir sekali masukkan tauhu jepun yang telah dgoreng tadi.

11. Taburkan daun bawang dan Gaul sehingga sebati.

Siap!, senang, mudah dan ringkas sahaja resepi tauhu jepun nih. Selamat mencuba- Ramenpedas.com
Sumber: FB

Incoming search terms:

Check Also

Fikry Dan Daniel Berentap Dalam Super Spontan Superstar 2017

Fikry Dan Daniel Berentap Dalam Super Spontan Superstar 2017

  Fikry Dan Daniel Berentap Dalam Super Spontan Superstar 2017 Jangan lupa untuk menyaksikan Super Spontan …

AF Megastar 2017 Gabungkan Bekas Juara-Juara Dan Alumi Akademi Fantasia

AF Megastar 2017 Gabungkan Bekas Juara-Juara Dan Alumi Akademi Fantasia

  AF Megastar 2017 Gabungkan Bekas Juara-Juara Dan Alumi Akademi Fantasia Siapa yang tidak mengetahui …

2 Resepi Kek Milo Viral Yang Mudah Dan Sedap

2 Resepi Kek Milo Viral Yang Mudah Dan Sedap

  2 Resepi Kek Milo Viral Yang Mudah Dan Sedap Baru- baru ini heboh diperkatakan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *