Home » Informasi » Kerlipan Biru Bercahaya Di Pantai Pulau Sembilan Bagan Dato Perak

Kerlipan Biru Bercahaya Di Pantai Pulau Sembilan Bagan Dato Perak

Kerlipan Biru Bercahaya Di Pantai Pulau Sembilan Bagan Dato Perak

 

Kerlipan Biru Bercahaya Di Pantai Pulau Sembilan Bagan Dato Perak

Rata-rata ramai  sudah mengetahui akan adanya pesisiran pantai yang seakan-akan ‘bercahaya’ pada waktu malam, dan ianya sememangnya memberikan satu fenomena baharu bagi penggemar aktiviti pantai pada waktu malam. Antara pantai yang bercahaya’ dikenali dunia adalah seperti di Pulau Vaadhoo, Maldives yang sememangnya akan hanya tinggal impian sahaja, ini adalah kerana jaraknya yang jauh dan memerlukan perbelanjaan yang banyak.

Antara pantai-pantai lain di dunia yang turut mempunyai keindahan samaiaitu mempunyai pantai yang bercahaya di waktu malam adalah di Teluk Toyama, Jepun; Teluk Mission, Amerika Syarikat, Puerto Mosquito, Puerto Rico dan Marlin Marina, Australia.

Walaubagaimanapun, baru-baru ini telah viral di laman-laman sosial mengenai persisir sebuah pantai yang bercahaya berwarna biru berkelipan,  untuk pengetahuan anda rupa-rupanay pantai yang bercahaya itu ada di Malaysia dan ianya terletak di utara Semenanjung Malaysia, iaitu Taman Negeri Pulau Sembilan, Bagan Dato Perak.

Ternyata fenomena pantai ‘bercahaya’ kebiruan berkelipan seperti ribuan bintang di langit ini, adalah sememangnya bukan daripada kesan daripada efek pencahayaan atau hasil edit, tetapi ianya adalah daripada organisma laut yang terlalu banyak berada di pesisiran pantai. Organisma yang bercahaya ini kebiruan ini , dikenali sebagai Ostracod Crustaceans, atau phytoplankton, atau ianya turut dipanggil Blue Tear’ juga ‘Blue Sand’.

Pulau Sembilan di Negeri Perak ini berkedudukan 15 – 20 kilometer daripada pesisiran selatan negeri Perak, dan ianya dipanggil Pulau Sembilan kerana ianya mempunyai 9 buah pulau yang unik, dan pulau utama bagi keseluruhn pulau tersebut adalah Pulau Lalang yang berdekatan dengan Pasir Penambang dan  Manjung.  Untuk  pengetahuan anda, pulau Sembilan  ini tidak mempunyai habitat, namun ia dibuka untuk perkhemahan pada hujung minggu, serta jikalau anada ingin pergi ke Taman Negeri Pulau Sembilan anda juga memerlukan permit yang telah disahkan oleh Pejabat Kementerian Pelancongan Bagan Dato dan Pejabat lain di Marina bay di Lumut . Nah peta Pulau Sembilan;

 

Kerlipan Biru Bercahaya Di Pantai Pulau Sembilan Bagan Dato Perak

pulau sembilan perak

 

Jadi mari RP kongsikan beberapa gambar menarik Kerlipan Biru Bercahaya Di Pantai Pulau Sembilan Bagan Dato Perak;

pulau sembilan perak

 

pulau bercahaya di perak

 

pulau bercahaya di perak

 

nah  tengok >>>video Pantai bercahaya Pulau Sembilan 

 

Untuk maklumat lanjut anda boleh hubungi pihak pelancongan Negeri Perak seperti Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri Perak atau terus sahaja ke laman Facebook Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak, Malaysia. Jomlah kesana – Ramenpedas.com

Sumber: islandinmalaysia.com  / FB Taiping Zone

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00

Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00

  Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00 Setelah sekian lama …

Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival

Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival

  Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival Pada 2 Julai lalu, …

Terhangat Song Joong Ki & Song Hye Kyo Akan Berkahwin Oktober Ini

Terhangat Song Joong Ki & Song Hye Kyo Akan Berkahwin Oktober Ini

  Terhangat Song Joong Ki & Song Hye Kyo Akan Berkahwin Oktober Ini Akhirnya impian para …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *