Home » gambar artis » Gambar Sekitar Majlis Resepsi Hafidz Roshdi Dan Nurul Shuhada

Gambar Sekitar Majlis Resepsi Hafidz Roshdi Dan Nurul Shuhada

Gambar Sekitar Majlis Resepsi Hafidz Roshdi Dan Nurul Shuhada

 

Gambar Sekitar Majlis Resepsi Hafidz Roshdi Dan Nurul Shuhada

Setelah beberapa bulan melangsungkan majlis akad nikah iaitu pada penghujung bulan April yang lalu, hari ini pelakon drama Hafidz Roshdi dan isteri tercintanya, Nurul Shuhada telah melangsungkan pula majlis resepsi perkahwinan mereka. Majlis resepsi yang  cukup meriah itu telah dilangsungkan di Astana Wedding Place & Function, Shah Alam, Selangor.

Setelah mengambil masa selama 7 bulan untuk melangsungkan majlis resepsi mereka, pasangan bahagia dan sweet  ini kelihatan amat segak dan anggun sekali mengenakan busana songket berwarna orange lembut. Walaupun majlis resepsi yang diadakan secara bersederhana sahaja namun dekorasi pelamin yang dipenuhi bunga-bugaan seperti dalam taman turut menambahkan lagi keceriaan suasana majlis resepsi tersebut.

Majlis resepsi perkahwinan Hafidz Roshdi dan isterinya telah turut dihadiri oleh keluarga bagi kedua-dua belah pihak pengantin, termasuklah rakan-rakan terdekat mereka, saudara mara dan juga beberapa rakan artis yang turut kelihatan. Pada majlis resepsi itu juga turut diserikan dengan pemakaian busana bagi kedua belah keluarga yang dimana memakai busana sedondon berwarna biru dan juga merah jambu.

Untuk pengetahuan anda pasangan dua sejoli ini telah selamat diijabkabul di kediaman pihak perempuan di Perlis pada 30 April lalu. Majlis pernikahan yang penuh sederhana itu hanya telah dihadiri oleh teman-teman rapat pasangan tersebut sahaja. Malahan pada majlis pernikahan itu juga, Hafidz juga tidak banyak berkongsikan gambar-gambar di sekitar majlis pernikahan mereka itu.

Apa-apa pun tahniah sekali lagi RP ucapkan kepada pasangan sama cantik sama padan ini. Jadi Jom RP kongsikan beberapa Gambar Sekitar Majlis Resepsi Hafidz Roshdi Dan Nurul Shuhada untuk tatapan anda;

Gambar Sekitar Majlis Resepsi Hafidz Roshdi Dan Nurul Shuhada

 

hafiz roshdi bersanding

 

hafiz roshdi bersanding

 

majlis resepsi hafiz roshdi

 

sweet dan happening jew majlis resepsi Hafidz dan isterinya nih.. semoga berkekalan hingga ke ank cucu –Ramenpedas.com

Sumber: IG Hafidz.Roshdi / Offical Photografer

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00

Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00

  Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00 Setelah sekian lama …

Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival

Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival

  Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival Pada 2 Julai lalu, …

Terhangat Song Joong Ki & Song Hye Kyo Akan Berkahwin Oktober Ini

Terhangat Song Joong Ki & Song Hye Kyo Akan Berkahwin Oktober Ini

  Terhangat Song Joong Ki & Song Hye Kyo Akan Berkahwin Oktober Ini Akhirnya impian para …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *