Home » gambar artis » Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Awie Dan Pasangannya

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Awie Dan Pasangannya

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Awie Dan Pasangannya

 

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Awie Dan Pasangannya

Dengan sekali lafaz sahaja, penyanyi Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 48, elah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin, 29, pada jam 12:10 tengahari Pernikahan mereka telah dijalankan di lokasi yang turut dirahsiakan atas permintaan Awie sendiri dan majlis tersebut hanya dihadiri anak-anak Awie dan anggota keluarga terdekat mereka sahaja.

Awie dan Sharifah Ladyana masing-masing telah sama-sama mengalirkan air mata gembira selepas berakhirnya majlis akad nikah tersebut. Awie turut mengaku dia amat terpikat dengan keikhlasan Sharifah Ladyana dalam melayani 5 orang anaknya seperti anak kandungnya sendiri. Pada majlis tersebut Awie dan pasangan begitu segak dan cntik sekali mengenakan busana ala-ala Zaman Kesultanan Melayu yang dimana begitu lain dari yang kain.

“Dia wanita yang bersederhana dalam segala hal serta pandai membawa diri. Paling penting, dia bukan saja menerima saya seadanya, malah menyayangi anak-anak saya tanpa syarat. Keikhlasan itu yang menambat hati saya untuk menyuntingnya sebagai suri hidup. Bagi saya, kebahagiaan ini bukan untuk saya seorang, sebaliknya kepada anak-anak saya yang perlukan belaian ibu,”

Umumnya, Awie sebelum ini pernah mendirikan berumahtangga sbanyak dua kali iitu dengan pelakon Arni Nazira pada tahun 1998 namun bercerai pada tahun 2006 sebelum berkahwin pula dengan adik pelakon Haliza Misbun iaitu Rozana Misbun pada tahun yang sama sebelum bercerai beberapa tahun yang lalu.

Menerusi perkahwinan dengan Arni Nazira, Awie telah dikurniakan dua anak perempuan iaitu Puteri Aleeya Antasha, 16, dan Puteri Aleefa Antasha, 14. Manakala perkahwinan bersama Rozana Misbun pula, Awie telah dikurniakan tiga orang anak iaitu Putra Ahmad Merrah, 9, Putra Ahmad Rezzki, 8, dan Puteri Qasseh Antasha, 6,

RP harapkan semoga perkahwinan kali ke 3 ni akan berkekalan hingga ke Jannah. Jadi mari RP kongsikan beberapa Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Awie Dan Pasangannya; 

 

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Awie Dan Pasangannya

 

awie nikah

 

Tahniah RP ucapkan, Semoga berkekalan hingga ke anak cucu-Ramenpeda.com

Sumber: Ohmedia

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan - Resepsi Anis Al-Idrus Dan Hani Era

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan – Resepsi Anis Al-Idrus Dan Hani Era

  Gambar Sekitar Majlis Pernikahan – Resepsi Anis Al-Idrus Dan Hani Era Dengan sekali lafaz …

Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00

Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00

  Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00 Setelah sekian lama …

Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival

Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival

  Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival Pada 2 Julai lalu, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *