Home » artis luar negara » Gambar Baby Bumb Janet Jackson Yang Cantik Berhijab

Gambar Baby Bumb Janet Jackson Yang Cantik Berhijab

Gambar Baby Bumb Janet Jackson Yang Cantik Berhijab

 

Gambar Baby Bumb Janet Jackson Yang Cantik Berhijab

Penyanyi terkenal dan juga merupakan adik kepada Michael Jackson iaitu Janet Jackson telahpun secara tidak langsung mendedahkan dan mengesahkan tentang kehamilan beliau pada usia 50 tahun, dengan gaya yang bersahaja dan santai mempamerkan perutnya (baby Bumb) yang sedang sarat mengandung semasa bersiar-siar dengan suaminya tercintanya di kota London, United Kingdom.

Kehamilan ini adalah merupakan yang pertama buat Janet Jackson yang dimana telah berkahwin dengan ahli perniagaan berstatus bilionair Wissam al Mana pada tahun 2012. Pasangan bahagia itu dikatakan menetap di Dubai.

Janet Jackson, yang sememangnya terkenal dengan imej seksinya, dilihat cukup cantik dan ayu sekali memakai hijab dan berpakaian menutup aurat semasa keluar bersiar-siar berpegangan tangan bersama suaminya itu.

Berita mengenai kehamilan janet itu telah didedahkan pada April lalu apabila beliau telah mengumumkan bahawa beliau kini sedang berehat daripada siri konsert jelajahnya untuk mula ‘merancang keluarga kami’ dan ‘mendapatkan ‘rehat yang sewajarnya’.

“Kami amat bersyukur kehadrat Ilahi di atas anugerah ini,” katanya tanpa menjelaskan apa-apa dengan lebih lanjut.

Janet Jackson telah membatalkan konsert jelajah Unbreakable beliau yang sepatutnya berlangsung selama setahun itu pada April lalu selepas hanya 8 bulan konsert jelajah itu diadakan. Siri konsert jelajah tersebut adalah merupakan konsert pertamanya dalam tempoh 4 tahun, namun bu-bru ini janet Jackson terpaksa membatalkan beberapa persembahan pada bulan ini oleh kerana mengalami masalah kesihatan.

Pada bulan Jun lalu, abangnya, iaitu Tito Jackson telah mendedahkan kepada pihak media Barat tentang kehamilan diknya itu.

“Janet memang sedang berbadan dua,” menurutnya di dalam sesi temubual bersama stesen radio Sirius FM.

“Beliau berad dalam keadaan yang baik sekali, mendapatkan rehat yang secukupnya. Seperti yang anda sudah sedia maklum, Janet berehat seketika daripada konsert jelajahnya demi menjaga kesihatan.”

Janet jackson yang cukup popular denagn lagu Rhythm Nation itu, telah lama berbicara mengenai keinginannya untuk mempunyai zuriat sendiri. Namun begitu , oleh kerana dirinya yang begitu menjaga privas kehidupannyai, beliau telah berusaha sedaya upaya untuk menepis perhatian media yang tidak diingini terhadap kehamilannya itu.

Malahan, berita pernikahannya bersama al Mana juga tidak dihebohkan kepada umum sehinggalah genap setahun mereka diijabkabulkan. Pasangan bahagia ini berkenalan semasa mereka menghadiri satu majlis di sebuah hotel di Dubai pada April, 2010. Bilionair kacak warga Qatar itu adalah merupakan suami ketiga Janet  Jackson selepas Rene Elizondo dan James DeBarge. Jadi jom RP kongsikan beberapa Gambar Baby Bumb Janet Jackson Yang Cantik Berhijab;

 

Gambar Baby Bumb Janet Jackson Yang Cantik Berhijab

 

janet jckson hamil

 

janet jackson mengandung

 

janet jckson hamil

Apa-apa pun tahniah RP ucapkan dan comel je berhijab. –Ramenpedas.com

Sumber: travel.tribunnews

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi

  Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi Tahniah diucapkan kepada Elfira Loy …

Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas Sultan Brunei

Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas Sultan Brunei

  Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas …

Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee

Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee

  Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee Tahniah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *