Home » gosip artis malaysia » Penjelasan Daripada Hafiz -Saya Bukan Suami Orang

Penjelasan Daripada Hafiz -Saya Bukan Suami Orang

Penjelasan Daripada Hafiz -Saya Bukan Suami Orang

Penjelasan Daripada Hafiz -Saya Bukan Suami Orang

Jikalau entry sebelum ini RP menyatakan ada sumber yang  telah mendakwa kononya bahawa punca pembatalan perkahwinan di antara Fara Fauzana dan Hafiz adalah disebabkan oleh kerana Hafiz telah pun berkahwin, rupa-rupanya ternyata dakwaan tersebut adalah tidak benar sama sekali. Setelah mendiamkan diri beberapa hari ini, kini Hafiz muncul untuk menepis dan menjelaskan segala tohmahan, dakwaan dan fitnah yang tidak berasas dimana  telah dilemparkan kepada dirinya. Menurut Hafiz, dirinya masih belum pun berkahwin, malahan bukan suami orang dan dia juga menyatakan bahawa umurnya baru sahaja 30 tahun dan bukannya 38 tahun seperti yang digembar-gemburkan oleh semua sebelum ini.

Status mengenai perkahwinan saya adalah bukan alasan utama pernikahan saya dibatalkan oleh Fara Fauzana. Alasan mengapa perkahwinan itu telah dibatalkan hanya diketahui oleh Fara Fauzana. Di sini “Saya juga ingin menyatakan ada beberapa perkara yang tidak tepat mengenai  spekulasi-spekulasi  yang dilaporkan oleh banyak media cetak dan media atas talian. Yang “Pertama, saya tidak menghadiri sidang media (bersama Fara Fauzana) berdasarkan kepada persetujuan bersama dengan Fara Fauzana.

Ia dilakukan untuk melindungi privasi saya dan keluarga saya. “Satu lagi perkara tidak tepat ialah usia saya. Sebelum ini dilaporkan saya berusia 38 tahun dan ini tidak benar. Saya hanya berusia 30 tahun, tahun ini,

Saya masih lagi cuba menenangkan diri daripada pembatalan perkahwinan saya sendiri. Ia sangat memberi kesan mendalam juga kepada saya,

 

Hafiz juga turut mengakui penerbitan mengenai dakwaan berbentuk fitnah tanpa mendapatkan pengesahannya itu telah  menyebabkan keaiban dan nama baiknya tidak dapat dipulihkan  dalam masyarakat serta komuniti perniagaan. Malah Hafiz juga mengalami tekanan emosi yang tidak sepatutnya dan kerugian kepada beliau serta pihak ahli keluarga terdekatnya. Itu adalah penjelasan daripada pihak Hafiz sendiri.

RP berharap semoga masalah diantara Fara Fauzana dan hafiz ini dapat diselesaikan dengan baik demi menjaga nam baik kedua-dua belah pihak.- Ramenpedas.com

Sumber : Berita Harian / BN

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan - Resepsi Anis Al-Idrus Dan Hani Era

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan – Resepsi Anis Al-Idrus Dan Hani Era

  Gambar Sekitar Majlis Pernikahan – Resepsi Anis Al-Idrus Dan Hani Era Dengan sekali lafaz …

Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00

Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00

  Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00 Setelah sekian lama …

Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival

Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival

  Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival Pada 2 Julai lalu, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *