Home » gambar artis » Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Dan Resepsi Nazim Othman-Bella Dally

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Dan Resepsi Nazim Othman-Bella Dally

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Dan Resepsi Nazim Othman-Bella Dally

 

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Dan Resepsi Nazim Othman-Bella Dally

Tahniah RP ucapkan kepada pasangan sama canti sama padan, Nazim Othman dan Bella Dally yang kini telah sah bergelar suami isteri apabila pasangan ini telah  selamat diijabkbulkan pada jam 9.53 pagi semalam di Hotel Promanade, Kota Kinabalu, Sabah.  Dengan hanya sekali lafaz sahaja, Bella Dally atau nama sebenarnya, Nabilah Ali Dally telah selamat menjadi isteri kepada pasangannya Nazim Othman atau nama sebenarnya Nushrul Alif Othman.

Menurut laporan daripada Berita Harian Online, majlis yang telah berlangsung secara sederhana dan sangat sweet  itu bertambah berseri dengan kehadiran pasangan pengantin yang lengkap mengenakan busana penikahan sedondon serba putih rekaan pereka fesyen terkenal, iaitu Rizman Ruzaini Creation. Pada majlis akad nikah yang telah diadakan secara tertutup itu hanya dihadiri oleh kaum keluarga, rakan-rakan terdekat serta wakil-wakil media.

Pada majlis pernikahan tersebut, pengantin perempuan iaitu Bella telah menerima mas kahwin sebanyak RM300 serta tujuh dulang hantaran daripada pihak Nazim, manakala sembilan dulang daripada pihak pengantin perempuan. Pasangan bahagia telah mengadakan  majlis resepsi bagi pihak perempuan pada tengahari semalam sejurus selepas majlis pernikahan mereka dan majlis resepsi pihak lelaki pula akan diadakan pada Sabtu depan di Hotel Berjaya Waterfront, Johor Bahru. Jadi mari RP kongsikan Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Dan Resepsi Nazim Othman-Bella Dally untuk tatapan anda

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Dan Resepsi Nazim Othman-Bella Dally

 

nazim kawin

 

nazim kawin

 

Tahniah diucapkan kepada pasangan bahagia, Nazim Othman dan isteri tecintanya, Bella Dally diatas majlis perkahwinan ini. Semoga  ikatan ini akan menguatkan lagi hubungan mereka suami isteri dan diharapkan perkahwinan yang dibina akan kekal hingga ke akhir hayat dan ke jannah.- Ramenpedas.com

Sumber:  Rotikaya/Ig #Nazimothman

 

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00

Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00

  Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00 Setelah sekian lama …

Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival

Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival

  Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival Pada 2 Julai lalu, …

Terhangat Song Joong Ki & Song Hye Kyo Akan Berkahwin Oktober Ini

Terhangat Song Joong Ki & Song Hye Kyo Akan Berkahwin Oktober Ini

  Terhangat Song Joong Ki & Song Hye Kyo Akan Berkahwin Oktober Ini Akhirnya impian para …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *