Home » gambar artis » Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Dan Resepsi Aliff Aziz

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Dan Resepsi Aliff Aziz

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Dan Resepsi Aliff Aziz

 

 

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Dan Resepsi Aliff Aziz

Tahniah RP ucapkan kepada penyanyi, Aliff Aziz dan juga isterinya tercintanya Bella Astillah kerana telah selamat diijabkabulkan dalam satu upacara majlis pernikahan yang diadakan di Grand Nikah Hall, Plaza Jelutong, Shah Alam.

Pada majlis pernikahan tersebut, pengantin perempuan telah menerima mas kahwin sebanyak RM333 dan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang hantaran. manakala diatas persetujuan bersama, jumlah wang hantaran adalah dirahsiakan. Anggun betul Bella semasa pernikahannya ketika mengenakan busana berwarna putih sedondon dengan Aliff Aziz.

Pada Malamnya pula Majlis Resepsi Aliff Aziz dan Bella yang bertemakan English Royalty telah diadakan di Menara Top Glove, Setia Alam dan kira-kira 1,000 tetamu hadir. Baju Busana rekaan @CosryOffical yang dipakai Bella dan Aliff menyerlahkan lagi keanggunan , kejelitaan dan ketampanan pasangan pengantin yang bagaikan putera dan puteri raja.

Menurut temubual portal The New Paper, kisah percintaan pasangan sweet ini sememangnya amat  mencabar, ini adalah kerana pada awalnya ibu pengantin perempuan iaitu Bella tidak berkenan dengan Aliff Aziz malahan turut tidak mempercayai Aliff Aziz. Walau bagaimanapun, kesungguhan yang ditampilkan oleh Aliff telah menambat hati ibu Bella dan  membuatkan pasangan ini akhirnya sah bergelar suami isteri.

Menurut Bella “Ibunya pada mula tidak berminat dengan dia. Ibu sudah tahu sejarah Aliff dan beritahu saya bahawa dia tidak mudah percayakan Aliff. Kadang-kadang dia nak tengok Aliff pun tak nak. Ianya agak sukar pada mulanya tetapi rasanya sekarang ibu akhirnya dapat melihat keikhlasan daripada Aliff sendiri,” jelas Bella kepada portal berkenaan.

Sementara itu bagi Aliff Aziz sendiri, dia amat bersyukur dengan kehadiran Bella di dalam hidupnya dan di sisinya kerana telah banyak perkara yang telah turut berubah. Malahan menurut Aliff Aziz dia menyatakan bahawa antara sebab dia dilahirkan adalah untuk dipertemukan jodohnya bersama Bella Astillah. Jadi mari RP kongsikan Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Dan Resepsi Aliff Aziz:

 

resepsi aliff aziz

 

resepsi aliff aziz

 

aliff aziz kawin

 

aliff aziz kawin

 

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Dan Resepsi Aliff Aziz

 

Tahniah RP ucapkan sekali lagi, diharapkan semoga pasangan ini kekal bahagia hingga ke Jannah.- Ramenpedas.com

Sumber: Rotikaya / IG Aliffaziz / #rbcinfinite #republicofmemories #cinestylesingapore

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan - Resepsi Anis Al-Idrus Dan Hani Era

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan – Resepsi Anis Al-Idrus Dan Hani Era

  Gambar Sekitar Majlis Pernikahan – Resepsi Anis Al-Idrus Dan Hani Era Dengan sekali lafaz …

Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00

Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00

  Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00 Setelah sekian lama …

Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival

Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival

  Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival Pada 2 Julai lalu, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *