Home » berita » DYMM Sultan Selangor Sharafuddin Idris Shah Alhaj Telah Selamat Diijabkabulkan

DYMM Sultan Selangor Sharafuddin Idris Shah Alhaj Telah Selamat Diijabkabulkan

 

DYMM Sultan Selangor Sharafuddin Idris Shah Alhaj Telah Selamat Diijabkabulkan

 

DYMM Sultan Selangor Sharafuddin Idris Shah Alhaj Telah Selamat Diijabkabulkan

Adalah dimklumkan bahawa Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah selamt diijbkabulkan. Menurut kenyataan akhbar:
Saya dengan hormatnya dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor untuk memaklumkan bahawa Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah selamat diijabkabulkan dengan Norashikin binti Abdul Rahman oleh Sahibus Samahah Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Dato’ Setia Haji Mohd Tamyes bin Abdul Wahid.  Majlis u[pacara Pernikahan telah selamat disempurnakan pada waktu pagi 31 Ogos 2016 di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang, upacara dilakukan secara sederhana dan ringkas atas titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

 

gambar isteri sultan selangor

DYMM Sultan Selangor Sharafuddin Idris Shah Alhaj Telah Selamat Diijabkabulkan
Majlis pernikahan telah turut dihadiri oleh Sahibus Samahah Timbalan Mufti Selangor, Dr. Haji Anhar bin Opir, Alfadil Imam Paduka Tuan, Haji Mohd Rasid bin Mahful, Mantan Timbalan Mufti Selangor, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Majid bin Omar, Ahli Majlis Agama Islam Selangor, Yang Berbahagia Dato’ Salehuddin bin Saidin dan bapa serta ahli keluarga pihak pengantin perempuan.

Norashikin Abdul Rahman  (45) adalah merupakan penyampai berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) saluran TV1. 

Dato’ Haji Mohamad Munir bin Bani
D.P.M.S, J.S.D.
Dato’ Lela Bakti Setiausaha Sulit Kepada D.Y.M.M Sultan Selangor.

Daulat Tuanku.  Sembah tahniah daripada patik-patik dari RP di atas utusan penuh bersejarah ini. Semoga Allah SWT merahmati perkahwinan ini. Ampun Tuanku, sembah patik harap diampun.-Ramenpedas.com

Sumber: Astrogempak

 

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan - Resepsi Anis Al-Idrus Dan Hani Era

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan – Resepsi Anis Al-Idrus Dan Hani Era

  Gambar Sekitar Majlis Pernikahan – Resepsi Anis Al-Idrus Dan Hani Era Dengan sekali lafaz …

Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00

Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00

  Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00 Setelah sekian lama …

Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival

Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival

  Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival Pada 2 Julai lalu, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *