Home » drama terbaru » Drama Terbaru Slot Samarinda Patahnya Sebelah Sayap

Drama Terbaru Slot Samarinda Patahnya Sebelah Sayap

Drama Terbaru Slot Samarinda Patahnya Sebelah Sayap

 

Drama Terbaru Slot Samarinda Patahnya Sebelah Sayap

Esok 20 September akan bermula  drama terbaru berjudul ‘Patahnya Sebelah Sayap’ yang  menghiasi slot samarinda TV3. Drama ini menampilkan gandingan tiga pelakon-pelakon hebat iaitu Aeril ZafrelUmmi Nazeera, dan Izzue Islam. Drama bersiri ini mempunyai 15 episod, hasil terbitan Creative Skill Solution Sdn Bhd dan di bawah arahan saudara Ayie Mustafa. Mari kita saksikan drama Patahnya Sebelah Sayap, pada setiap hari Isnin hingga Rabu pada jam 10 malam hanya di TV3.


TAJUK : PATAHNYA SEBELAH SAYAP
EPISOD : 15 episod kesemuanya
TARIKH TAYANGAN : pada 20 September 2016
HARI atau  MASA : Isnin hingga Rabu / jam 10.00 malam
SIARAN : di Slot Samarinda TV3
SKRIP : Mia Marziah
PENGARAH : saudara Ayie Mustafa
TERBITAN : Creative Skill Solution Sdn Bhd
PARA PELAKON UTAMA : Ummi Nazeera, Aeril Zafrel, Izzue Islam, Wawa Zainal, Putra Amaris, Syainie Shuhaimi, Zainab Othman, Normah Damansuri, Neera Azizi, Muhamad Faiz, dan ramai lagi.


WATAK-WATAK PARA PELAKON
Ummi Nazeera memegang watak  Alisha
Aeril Zafrel memegang watak Kuzairi
Izzue Islam memegang watak Amzar
Wawa Zainal memegang watak Tania


OST PATAHNYA SEBELAH SAYAP
Tajuk Lagu: Hancur Aku
Artis : Estranged feat Fazura

Jom RP kongsikan Sipnosis Drama Terbaru Slot Samarinda Patahnya Sebelah Sayap;

Drama ini mengisahkan tentang Alisha (Ummi Nazeera), adalah seorang gadis kampung yang telah diberikan ujian percintaan yang amat berat daripada kekasihnya, iaitu Amzar (Izzue Islam). Pada awalnya hubungan cinta mereka amat baik dan bahagia, kerana cintanya terhadap Amzar, Alisha banyak membantu keluarga Amzar ketika Amzar sedang mencari-cari peluang pekerjaan sebagai seorang peguam. Namun, segalanya berubah sekelip mata apabila Amzar lulus temuduga dan akan diterima untuk bekerja sebagai seorang peguam di sebuah firma guaman terkemuka.

Disebabkan itu Alisha dan Amzar amat teruja apabila impian Amzar untuk menjadi seorang peguam tercapai. Alisha turut membelikan Amzar pelbagai jenis kemeja agar Amzar selesa bekerja. Atas keterujaan mereka itu, Amzar berjaya membicarakan kesnya yang pertama. Mereka berdua telah meraikan kejayaan Amzar di kedai makan kegemaran mereka. Pada masa itu juga Amzar jtelah  melamar Alisha dan Alisha menerima lamaran Amzar tanpa syarat oleh kerana terlalu gembira.

Apabila Selesai mereka menjamu selera, hujan pun mulai turun dengan selebat-lebatnya. Mereka berdua terus bergegas ke kereta Alisha dan beransur pulang. Namun, kerana terlalu asyik bergurau di dalam kereta, Amzar telah terlanggar sesuatu semasauntuk mengelak kereta dari arah bertentangan. Dalam keadaan hujan yang agak lebat Amzar dan Alisha tidak pasti apa yang  telah dilanggar oleh mereka. Setelah Amzar turun untuk melihat apa yang telah dilanggarnya, Amzar kembali masuk memandu dan memberikan alasan pada Alisha bahawa mereka hanya telah terlanggar tong besar dan enggan memberitahu hal sebenar kepada Alisha.

Pada suatu hari, terpampang di dada-dada akhbar mengenai sebuah kes langgar lari dan Alisha mulai yakin bahawa kes itu ada mempunyai kaitan dengan kejadian malam dia bersama Amzar. Trauma Alisha semakin bertambah apabila sekumpulan anggota polis telah datang ke rumahnya dan menahannya. Menurut mereka, Alisha merupakan suspek utama kes langgar lari yang telah disiarkan di media massa. Alisha akhirnya dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun di atas “kesalahannya” itu apabila Amzar yang pada mulanya berjanji akan membela Alisha terus menyepikan diri dan membiarkan Alisha menanggung akibatnya bersendirian. Selepas dua tahun, Alisha akhirnya dibebaskan dan mula berkerja menjadi tukang cuci di pejabat Kuzairi (Aeril Zafrel), suami kepada mangsa langgar lari Amzar.

Jadi bagaimanakah hubungan Alisha, Kuzairi dan Amzar? Adakah masa depan buat gadis yang bergelar bekas banduan itu? mari kita sama-sama saksikan.

 

Drama Terbaru Slot Samarinda Patahnya Sebelah Sayap
Drama Terbaru Slot Samarinda Patahnya Sebelah Sayap
patahnya sebelah sayap
patahnya sebelah sayap
 Trailer Patahnya Sebelah Sayap

Tapi untuk pengetahun anda drama ini menyerupai sebuah drama korea paling popular tahun 2013 iaitu Secret Love. Lakonan hebat pelakon terkenal korea Ji sung dan Hwang Jung Eum, yang turut memenangi banyak anugerah.

Min-Hyuk (Ji Sung) was born into a wealthy family. He has everything including good looks, intelligence, but he doesn’t have kindness. He loses his girlfriend in a hit-and-run accident.

Yoo-Jung (Hwang Jung-Eum) goes to prison, because of the hit-and-run accident that killed Min-Hyuk’s girlfriend. Her boyfriend is the one that actually committed the hit-and-run accident, but Yoo-Jung took the blame. She is then betrayed by her boyfriend.

 

secret love

 

secret love

Sipnosis dan jalan ceritanya amat sama sekali,  Jadi RP keliru drama nih Tiru ke Adaptasi?? kalau adaptasi kenapa tak cakap jew adaptasi daripada Drama Korea kan. Apapun pun Secret love Tetap terbaik. –Ramenpedas.com
Nah trailer kdrama Secret Love

Sumber: infotaip

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas Sultan Brunei

Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas Sultan Brunei

  Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas …

Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee

Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee

  Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee Tahniah …

Cosplay Anime Jepun Gadis Berhijab Tarik Perhatian Dunia

Viral Cosplay Anime Jepun Gadis Berhijab Tarik Perhatian Dunia

  Viral Cosplay Anime Jepun Gadis Berhijab Tarik Perhatian Dunia Peminat-peminat Anime jepun, seperti Naruto, …

2 comments

  1. aku tgk smlm pn dh boleh agak.. yg mna kaki kdrama akn trprasan jgk.. dorg remake ke pe ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *