Home » gambar artis » Biodata Penuh 7 Putera Kacak Scarlet Heart Ryeo Moon Lover KDrama

Biodata Penuh 7 Putera Kacak Scarlet Heart Ryeo Moon Lover KDrama

Biodata Penuh 7 Putera Kacak Scarlet Heart Ryeo Moon Lover KDrama

 

Biodata Penuh 7 Putera Kacak Scarlet Heart  Ryeo Moon Lover KDrama

Siapa yang menonton drama korea terbaru Scarlet Heart Ryeo- Moon Lover, akan pastinya teruja , ini adalah kerana terdapat 7 putera kacak yang ada di dalam drama tersebut. Pasti ramai yang mencemburui IU kerana dikelilingi oleh hero-hero kacak semasa di dalam drama ini.  Drama ini mengisahkan tentang zaman pemerintahan Maharaja Goryeo yang pertama dimana anak-anaknya merebutkan tahta, beliau mempunyai 29 isteri dan ramai anak lelaki. Ketujuh-tujuh hero utama drama ini yang memainkan watak putera adalah merupakan pelakon-pelakon hebat korea iaitu Lee Joon Gi, Kang Ha Neul, Hong Jung Hyun, Nam Joo Hyuk, Baekhyun, Ji soo dan Yoo Sun Woo. Kesemua mereka amat kacak dan digilai oleh peminat kdrama seluruh dunia pada masa kini.

Jadi mari RP kongsikan Biodata Penuh 7 Putera Kacak Scarlet Heart Ryeo Moon Lover KDrama untuk anda;

 

Biodata Penuh 7 Putera Kacak Scarlet Heart Ryeo Moon Lover KDrama

 

1. LEE JOON GI- PUTERA KE- 4 (WANG SO)

Dilahirkan di Busan pada tahun 1982, aktor berbakat besar ini berumur 34 tahun, Lee Joon Gi adalah seorang pelakon drama korea yang amat berbakat dan dia juga adalah seorang penyanyi, Memulakn karier sebagai pelakon pada tahun 2003 dan mula dikenali ramai pada tahun 2005 menerusi drama popular My Girl. Selepas kejayaan drama tersebut nama Lee Joon Gi terus meniti di bibir para peminat korean drama di seluruh dunia.

Antara drama-dramanya yang mendapat tempat di hati peminat adalah Iljimae, Arang & The Magistrate, Gunman In Joseon, Scholar Who Walk The Night dan paling terbaru Scarlet Heart Ryeo -Moon Lovers. Sepanjang penglibatannya dalam dunia dram dan perfileman, banyak anugerah yang telah diperolehi oleh Lee Joon Gi antaranya pelakon lelaki terbaik di dalam drama, top 10 hero terbaik dan banyak lagi.

 

1. LEE JOON GI- PUTERA KE- 4 (WANG SO)

 

1. LEE JOON GI- PUTERA KE- 4 (WANG SO)

 

2. Kang Ha Neul- PUTERA KE-8 (WANG WOOK)

Dilahirkan di Busan pada tahun 1990, jejaka kacak yang berumur 26 tahun ini memulakan karier lakonanya pada tahun 2007 menerusi drama My Mom Super Mom, namun pada tahun 2012 baru namanya melonjak naik menerusi drama korea popular iaitu To The Beautiful You, namanya mula dikenali kerana lakonan yang bersahaja di dalam drama tersebut telah mencuri hati para peminat drama korea.

Selepas kejayaan drama tersebut, Kang Ha Neul mula melebarkan sayapnya menerusi pelbagai jenis drama iaitu The Heir, Angel Eyes, Misaeng, Missing Noir M dan paling terbaru Scarlet Heart Ryeo-Moon Lover.

 

2. Kang Ha Neul- PUTERA KE-8 (WANG WOOK)

 

 

3. Hong Jung Hyun-PUTERA KE -3 (WANG YO)

jejaka kacak ini dilahirkan di Korea Selatan pada tahun 1990. pelakon baru yang berumur 26 tahun ini telah memulakan langkah dalam bidang lakonan pada tahun 2009 menerusi drama No Limit. Namun pada tahun 2011 namanya mula dikenali menerusi drama Worrior Baek Dong So, melakonkan watak sebagai putera mahkota Lee San menyebabkan namanya mula meniti di bibir peminat-peminat drama korea terutamanya.

Antara drama lain yang dilakonkan oleh Hong Jung Hyun adalah Vampire Idol, Wild Romance, Hero, Jeon Woo Chi dan paling terbaru Scarlet Heart Ryeo -Moon Lovers.

 

3. Hong Jung Hyun-PUTERA KE -3 (WANG YO)

 

 

4. Nam Joo Hyuk- PUTERA KE -13 (BAEK AH)

dilahirkan di Busan korea pada tahun 1994, jejaka kacak yang berumur 22 tahun ini memulakan karier lakonanya pada tahun 2014 menerusi drama Surplus Princess. Namun pada tahun 2015 nama Nam Joo Hyuk mula dikenali ramai menerusi drama paling popular tahun 2015 iaitu Who Are You-School 2015. Melakonkan watak pelajar sekolah menegah dan atlet renang telah menaikkan nama beliau dikalangan peminat -peminat drama korea di seluruh dunia.

Selepas kejayaan drama tersebut Nam Joo Hyuk mula mendapat banyak tawaran berlakon, antara dramanya adalah Glamorous Temptation, Cheese In Trap dan paling terbaru Scarlet Heart Ryeo-moon Lovers. Beliau juga turut memenangi anugerah pelakon baru terbaik dan artis baru popular menerusi drama Who Are You-School 2015.

 

4. Nam Joo Hyuk- PUTERA KE -13 (BAEK AH)

 

4. Nam Joo Hyuk- PUTERA KE -13 (BAEK AH)

 

5, Baekhyun- PUTERA KE -10 (WANG EUN)

Dilahirkan di Bucheon Korea Selatan pada tahun 1992, jejaka comel ini berumur 24 tahun, Baekhyun adalah merupakn ahli kumpulan penyanyi paling popular masa kini iaitu Exo-K, Exo adalah merupakan kumpulan Kpop paling popular di seluruh dunia yang mempunayi banyak lagu-lagu yang popular. beliau memulakan karier lakonannya pada tahun 2012, menerusi drama To The Beautiful You. Beliau aktif di dalam bidang nyanyian lagi daripada bidang lakonan. Drama Scarlet Heart Ryeo-Moon Lovers adalah merupakan drama lakonannya yang kedua.

 

5, Baekhyun- PUTERA KE -10 (WANG EUN)

 

 

6. Ji Soo- PUTERA KE -14 (WANG JUNG)

Dilahirkan di Korea Selatan pada tahun 1993. Jejaka kacak yng berumur 23 tahun ini telh memulakan karier lakonanya pada tahun 2012 menerusi To the Beautiful You. Mula diminati ramai menerusi drama Cheer Up pada tahun 2015. Antara drama lakonan Ji Soo  adalah Angry Mom, Page Tunner, Doctors, Fantastic dan drama terbaru Scarlet Heart Ryeo-Moon Lovers.

 

6. Ji Soo- PUTERA KE -14 (WANG JUNG)

 

7. Yoon Sun Woo-PUTERA KE -9 (WANG WON)

Dilahirkan di Korea Selatan pada tahun 1985. Jejaka kacak berumur 31 tahun ini, Scarlet Heart Ryeo-Moon Lovers adalah drama kedua yang dilakonkannya.

 

7. Yoon Sun Woo-PUTERA KE -9 (WANG WON)

 

hensem-hensem, kacak, cute dan seksilah putera-putera RP nih terutamanya Putera Ke- 4 Wang So dan Putera ke -13 Baek Ah. Selamat menonton, – Ramenpedas.com

Sumber: Google

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee

Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee

  Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee Tahniah …

Cosplay Anime Jepun Gadis Berhijab Tarik Perhatian Dunia

Viral Cosplay Anime Jepun Gadis Berhijab Tarik Perhatian Dunia

  Viral Cosplay Anime Jepun Gadis Berhijab Tarik Perhatian Dunia Peminat-peminat Anime jepun, seperti Naruto, …

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Dan Resepsi Anak Perempuan Aziz M Osman

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Dan Resepsi Anak Perempuan Aziz M Osman

  Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Dan Resepsi Anak Perempuan Aziz M Osman tahniah diucapkan kepada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *