Home » gosip artis malaysia » Azrel Ismail Dan Ruhainies Mengaku Sah Bercinta

Azrel Ismail Dan Ruhainies Mengaku Sah Bercinta

Azrel Ismail Dan Ruhainies Mengaku Sah Bercinta

 

Azrel Ismail Dan Ruhainies Mengaku Sah Bercinta

Seperti telah dijangka ramai, kemesraan pasangan ini iaitu Azrel Ismail dan Ruhainies yang dilihat sering bersama akhirnya terjawab juga apabila Azrel Ismail mengakui bahawa dia dan juga Ruhainies sememangnya sedang bercinta, sejak dari setahun lalu. Pasangan ini sedang berlakon bersama di dalam drama Menantu Ting Tong di tv 3.

Menurut Azrel:  “Memang benar saya dan Ruhainies sedang bercinta. Doakan semoga hubungan yang baru berputik ini akan berjalan lancar. Namun begitu, saya tidak mahu tergesa-gesa dalam soal ini memandangkan kami berdua sedang sibuk dengan kerjaya sebagai pelakon, biarlah kami mengecapi kejayaan terlebih dahulu,” jelasnya kepada Harian Metro.

 

Azrel Ismail Dan Ruhainies Mengaku Sah Bercinta

 

Walaupun masih belum lagi memikirkan soal kahwin, Azrel Ismail menjelaskan bahawa hubungannya bersama dengan keluarga Ruhainies juga semakin rapat malahan hubungan mereka turut direstui keluarga kedua-dua belah pihak.

Sementara itu, menurut Ruhainies pula dia juga lebih selesa untuk menyerahkan kisah percintaan mereka ini dimaklumkan oleh pihak lelaki sendiri iaitu pihak Azrel Ismail.

“Oleh sebab itu saya bukan sengaja mahu mengelak untuk memaklumkannya kepada umum dan para peminat, tetapi ianya adalah lebih manis jika pihak lelaki yang berkongsikan berita ini terlebih dahulu. Walaubagaimapun hubungan yang terjalin ini masih baru dan terlalu awal. Soal jodoh dan takdir saya serahkan semuanya kepada Allah SWT,” katanya lagi.

Wahh betul la Azrel dan Ruhainies sedang bercinta.. Tahniah RP ucapkan, semoga perhubungan ini berkekalan hingga ke jinjang pelamin. –Ramenpedas.com

Sumber: Harian Metro/ rotikaya

 

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Sekitar Majlis Resepsi Laudya Cynthia Bella Dan Engku Emran Di Bandung

Gambar Sekitar Majlis Resepsi Laudya Cynthia Bella Dan Engku Emran Di Bandung

      Gambar Sekitar Majlis Resepsi Laudya Cynthia Bella Dan Engku Emran Di Bandung …

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi

  Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi Tahniah diucapkan kepada Elfira Loy …

Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas Sultan Brunei

Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas Sultan Brunei

  Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *