Home » info makanan » 20 Resepi Masakkan Daging

20 Resepi Masakkan Daging

20 Resepi Masakkan Daging

20 Resepi Masakkan Daging

Baru semalam kite menyambut Hari raya Adil Adha pastinyaa Ramai yang dapat daging korban tapi tak tahu nak masak apa?? bagi yang tak ada periuk Noxxa tuh jangan risau banyak tips lembutkan daging leh baca kat sini

13 cara lembutkan daging

Kalau dah lembut Empuk nak masak ape pun boleh nah RP nak kongsikan

20 Resepi Masakkan Daging yang sedap-sedap
Resepi Rendang Daging Cili Hijau
(1)  Resepi  Rendang Daging Cili Hijau
Bahan-Bahan
1 kg daging batang pinang
250 ml santan
2 sudu besar kerisik
Garam secukup rasa
2 sudu besar gula melaka
2 keping asam gelugor
2 btng serai-di ketuk
2 helai daun kunyit- buang urat dan hiris halus
1/2 cwn minyak utk menumis
sedikit air jika perlu
Bahan Kisar
4 batang serai-hiris halus
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
30 biji cili padi hijau
5 tangkai cili hijau
6 biji bawang merah
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putihCara Memasaknya
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan2 kisar hingga naik bau. Masukkan serai yg di ketuk.
Kemudian masukkan daging dan kacau hingga rata. Masukkan sedikit air dan biarkan daging sedikit empuk. Guna api sederhana je masa ni.
Selepas itu masukkan santan, kerisik,asam gelugor,gula melaka dan garam secukup rasa.
Kacau lagi di atas api yang perlahan dan masaklah hingga pekat. Masukkan daun kunyit.
Bila cukup kering, bolehlah diangkat.
Sedia untuk dihidangkan. Sedap di makan bersama nasi impit dan pulut kuning.**Kalau guna daging biasa, mestilah direbus dahulu hingga empuk, kemudian toskan airnya dan bolehlah di masak seperti biasa.

Rendang Hitam Daging

 (2) Rendang  Daging Hitam

Bahan2
500g daging
20 tangkai cili kering *dikisar – mama letak 3 sb cili kering dah blender
4 cm halia
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
2 batang serai di tindik – mama ketuk/tindik satu serai & blend 1 serai dg bwg.
4 sudu besar kicap pekat
sedikit minyak untuk menumis
1 tsb cuka
2 s/b kerisik
sedikit garam dan gula.
daun pandan untuk wangi ( jika suka )

Bahan tumis:
4 ulas bawang kecil di hiris
1 kulit kayu manis
3 tangkai bunga lawang
3 biji buah pelaga

Cara Penyediaannya,
Cili kering, halia ,bawang besar dan bawang putih di kisar halus. Panaskan minyak serta tumis
bawang kecil yang di hiris bersama kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga berbau wangi. Masukan bahan kisar dan biarkan sehingga hilang bau cili, masukan daging yang telah di potong kecil dan serai.
Tambahkan sedikit air dan kicap. Tunggu sehingga daging empuk. Masukkan kerisik, cuka, gula dan garam mengikut selera.
Biarkan sehingga kuah agak pekat sedikit. Sedia di hidangkan.

Kerutuk Daging

(3) Kerutuk Daging

Bahan-bahan ( 5 orang )
· 500g daging
· 4 sudu besar rempah kerutuk
· 2 sudu cili giling
· 1/2 biji bawang besar
· 3 cawan santan pekat
· 2 sudu besar kicap pekat
· 1/2 keping gula melaka/manisan
· 2 sudu besar kerisik

· [bahan tumis] · 1/2 bawang besar
· 1/2 inci halia
· 2 ulas bawang putih
· 1 batang kulit kayu manis
· 2 kuntum bunga lawang
· 3 kuntum bunga cengkih
· 3 biji buah pelaga
· 3 sudu besar minyak

Cara-cara
1. Potong daging kecik-kecik. Bersih dan toskan. – saya potong lebar & nipis
2. Kisar 1/2 biji bawang besar, halia dan bawang putih. Kemudian campurkan dengan rempah kerutuk
3. Panaskan minyak
4. Tumis semua bahan tumis sehingga naik wangi
5. Kemudian masukkan campuran rempah tadi
6. Masak sehingga pecah minyak
7. Masukkan daging dan santan. Masak sehingga daging empuk dan kuahnya betul-betul pekat.
8. Akhir sekali masukkan kicap, garam, gula melaka dan juga kerisik. Biarkan sehingga 5-10 minit sebelum padamkan api.
9. Siap untuk dihidang.
*Kalau suka berkuah, boleh buat cair sedikit ya.

resepi daging goreng kunyit

(4) Daging Goreng Kunyit

Bahan-bahannya:
500 gm daging batang pinang – dihiris ikut suka
1 batang saderi – dihiris
2 labu bawang besar – dimayang bulat
2 tangkai daun kari
4 – 5 biji cili padi warna merah – dipatah-patahkan
1/2 biji tomato – dipotong wedges
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
Sedikit minyak

Bahan-bahan B (untuk perapan daging):
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
20 gm kunyit hidup
20 gm halia
1 sudu besar kunyit serbuk
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk cili
1 sudu teh gula
Air secukupnya

Penyediaannya:
1. Bahan-bahan B disatukan di dalam blender kemudian dikisar hancur.
2. Perapkan daging bersama bahan B selama kira-kira 1 jam (lebih lama lebih baik).
3. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan daun kari sehingga naik bau, kemudian masukkan daging yang telah diperap tadi. Kacau sebati dan masukkan air secukupnya dan masak sehingga daging empuk. Sekiranya air kering dan daging masih tidak empuk, boleh ditambah air.
4. Setelah daging empuk, perasakan dengan garam, gula, dan serbuk perasa (jika suka).
5. Setelah rasa telah sebati dengan daging, masukkan bawang besar, batang saderi, tomato, dan cili padi.
6. Kacau rata dan padamkan api.

daging goreng sambal kicap

(5) Daging Goreng Sambal Kicap

BAHAN-BAHAN :
500 grm daging batang pinang
6 sudu besar kicap manis – boleh tambah
3 sudu besar cili sos
1-2 cawan air
Garam secukup rasa – jika perlu

BAHAN DIKISAR :
4 biji bawang merah
3 biji ulas putih
3 cm halia
5 biji cili kering
2 batang serai – saiz besar

CARA MEMASAK :
– Bersihkan daging dan potong kecil-kecil kemudian digaul dengan garam serta kunyit . Panaskan 1/2 cawan minyak dan goreng daging sehingga masak lebih kurang dalam 15-20 minit . Angkat daging dan ketepikan .
– Cili kering dipotong dan direndam dalam air panas mendidih sehingga kembang . Kupas semua bawang dan bersihkan halia kemudian kisar semua bahan-bahan ni .
-Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan-bahan dikisar sampai masak serta terbit minyak . Masukkan bawang besar serta daging yang sudah digoreng tadi , kicap secukupnya dan cili sos . Kacau semua bahan serta masukkan air dan kacau . Biar kuah mendidih dan daging menjadi empuk serta kuah menjadi pekat jika kurang masin boleh la ditambah kicap lagi atau ditambah sikit garam .

* Selalunya akak tak tambah garam sebab masakan ni dah masin dari kicap yang diguna.

resepi sup gear box

(6) Sup Gear Box

Kaki lembu dipotong
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Perencah Sup serbuk
Rempah menumis
Garam
Bawang goreng
Daun sup

Kaki lembu direbus hingga empuk.
Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang dihiris bersama kayu manis, bunga lawang. Bila garing, masukkan rencah sup serbuk. Goreng dengan api perlahan hingga garing dan berbau wangi.
Selepas itu, tuangkan semuanya ke dalam periuk tulang kaki tadi. Masukkan garam dan serbuk perasa.

resepi kari daging utara
(7)  KARI DAGING UTARA
.
Bahan:
.
1/2 kg daging batang pinang ~ potong kecil atau hiris sederhana nipis
1 cawan santan pekat ~ ita letak 1/2 cawan
4 biji cili hijau
1 biji bawang besar ~ belah 4
3 keping asam gelugur
asir secukupnya
3 biji ubi kentang ~ potong
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis
.
Bahan Kisar
.
1 sudu besar rempah kari masak merah ~ kalau tak ada guna rempah kari daging BABAS
1/2 sudu besar jintan manis ~ ita sangai dahulu
1/2 sudu besar jintan putih ~ ita sangai dahulu
1 labu bawang besar ~ ita guna bawang kecil dalam 5 ulas
3 ulas bawang putih
1 inc halia
.
Bahan Tumis
.
1 labu bawang besar ~ hiris halus
3 ulas bawang putih ~ di cincang
2 inc halia ~ hiris halus ita ketuk aje
3 tangkai daun kari ~ di raut
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji cengkih
2 biji buah pelaga
8 sudu besar cili kisar
.
Daging cuci bersih dan toskan
Satukan daging dengan bahan kisar bersama dengan 2 sudu besar gula. Perapkan daging sekurang-kurangnya 1 jam supaya pes rempah menyerap dalam daging.
.
Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan tumis hingga harum dan kekuningan
.
Masukkan daging yang telah di perap tadi dalam periuk dan kacau hingga sebati. Masukkan 2 cawan air dalam periuk. Tutup periuk dan masak hingga daging empuk
.
Jika air kering dan daging belum empuk tambahkan lagi air dan terus masak hingga daging betul-betul empuk
.
Setelah empuk dagingnya, masukkan ubi kentang
.
Kacau rata dan biarkan merenih hingga kentang empuk
.
Kemudian masukkan santan pekat
.
Perasakan dengangan garam, serbuk perasa jika suka dan letakkan juga asam keping. Kacau rata
.
Biarkan kuah masak dan merenih sebentar
.
Akhir sekali masukkan bawang besar yang di belah 4, cili hijau, dan tomato
.
Biar sebentar, dan sedia di hidangkan.
resepi daging beriani

(8) RESEPI DAGING BERIANI

Bahan-Bahan:
.
1 kg daging lembu/kambing, dipotong
3 ulas bawang besar, dihiris nipis
3 sudu besar minyak sapi, atau boleh gantikan dengan minyak masak
4 sudu besar rempah briyani
1/2 cawan bawang goreng
1 senduk kecil tomato puree
3 biji tomato, dihiris
3 sudu besar serbuk badam
1/2 cawan tairu atau susu cair
.
Bahan untuk dikisar:
.
4 ulas bawang putih
2 inci halia
4 biji cili hijau
4 biji cili merah
.
Bahan untuk ditumis:
.
5 kuntum bunga cengkih
4 kuntum buah pelaga
1 batang kayu manis
.
Cara Penyediaan:
.
Gaulkan daging bersama bahan yang dikisar.
.
Perap selama lebih kurang satu jam.
.
Panaskan minyak, masukkan bahan untuk ditumis dian masak hingga naik bau. Kemudian masukkan rempah briyani dan masak hingga pecah minyak.
.
Masukkan daging, tomato puree, tomato hiris, bawang goreng dan sedikit daun ketumbar. Kacau seketika hingga sebati.
.
Masukkan sedikit air dan tairu ataupun susu cair dan serbuk badam. Masak sehingga empuk dan kuah menjadi pekat.

resepi daging goreng pedas
(9)  DAGING GORENG PEDAS
.
Bahan-bahan:
.
500 g daging lembu -direbus sampai empuk kemudian hiris nipis
2 ulas bawang putih diketuk
1 labu bawang besar dipotong bulat
1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tiram
Sedikit sos ikan
1 sudu besar sos cili
5 biji cili padi-di ketuk
1 biji cili merah-hiris menyerong
Sehelai daun limau purut
1 batang serai-diketuk
Sedikit minyak untuk menumis
Garam jika perlu
.
Cara2:
.
• Panaskan sedikit minyak, goreng daging rebus yang telah dihiris nipis sampai kekuningan sikit,angkat dan ketepikan.
.
• Tumis bawang putih dan serai ketuk sampai naik bau, masukkan cili kisar. Goreng sikit hingga agak garing,kemudian masukkan daun limau purut, cili padi ketuk, sos tiram, sos ikan dan sos cili.
.
• Masukkan daging tadi , cili merah dan bawang besar yg dihiris bulat. Kacau dan rasa, jika perlu tambahkan sedikit garam. Dah masak bolehlah diangkat dan hidangkan. Hiaskan ikut kreativiti.
asam pedas daging
(10) ASAM PEDAS DAGING
.
Bahan-bahan:
.
500 gram daging dihiris ikut suka
20 tangkai cili kering dikisar
5 biji bawang merah dikisar
2 biji bawang putih dikisar
1/2 halia dikisar

1/2 kunyit hidup dikisar
sedikit belacan dikisar
3 batang serai dititik
1 cekak daun kesum dilurut dari tangkainya
2 kuntum bunga kantan dibelah 2
1 mangkuk kecil air asam jawa (jangan pekat sangat)
garam dan gula secukupnya
.
Cara-caranya:
.
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar bersama serai yang dititik hingga naik bau dan pecah minyak. Saya suka tumis lama dan sering dikacau supaya cantik tumisannya.
.
2. Masukkan garam dan gula secukupnya. Kacau sebati.
.
3. Tambahkan dengan hirisan daging. Gaulkan dengan bahan tumis tadi dan tutup periuk. Kacau sekejap-sekejap.
.
4. Bila air daging telah kering, tambahkan dengan air ikut suka banyak mana kuah yang kita mahu.
.
5. Bila kuah telah menggelegak, tambahkan dengan air asam pula. Masak lagi hingga daging empuk.
.
6. Tambahkan dengan daun kecum dan bunga kantan. Kalau suka boleh masukkan bunga kantan setelah menambahkan air asam ke dalam masakan.
.
7. Biar di atas api seketika dan boleh dihidangkaN
resepi daging masak kurma
(11) DAGING MASAK KURMA
.
Bahan-bahannya ialah:
.
1kg daging (lembu atau kerbau)
5 sudu besar rempah kurma adabi
5 biji tomato
3 biji cili hijau
5 biji kentang
1 biji bawang besar India
1 inci halia
2 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 sudu besar rempah campuran (biji sawi, halba, jintan)
1 sudu besar pes asam jawa
1/2 – 1 cawan air
sedikit minyak untuk menumis
secubit garam
.
Cara-caranya ialah:
.
Basuh daging hingga bersih dan toskan.
.
Kemudian panaskan minyak di dalam periuk.
.
Masukkan bawang besar yang telah dihiris bersama dengan kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan rempah campuran hingga naik bau.
.
Kemudian masukkan daging dan kacau rata.
.
Apabila daging sudah mula mengeluarkan air, ketuk halia dan masukkan. Kacau rata.
.
Bancuh rempah kurma dengan sedikit air dan masukkan ke dalam periuk. Potong kentang dan masukkan. Kemudian potong besar buah tomato dan cili hijau, juga masukkan ke dalam periuk.
.
Masukkan sedikit air jika terlalu pekat. Kacau sentiasa supaya daging tak melekat di bahagian bawah periuk.
.
Masukkan pes asam jawa yang dibancuh dengan sedikit air. Biarkan daging mendidih, jika masih pekat, masukkan lagi sedikit air.
.
Perasakan dengan garam dan sedia untuk dihidang.
resepi sup tulang
(12) SUP TULANG KAW
.
Resepi Sup Tulang
.
Bahan-bahan:
.
1kg tulang | direbus
1 bungkus perencah serbuk sup Adabi
1 bungkus perencah sup tulang Adabi
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
.
Bahan Kisar:
.
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm halia
.
Bahan Hiasan:
.
1 tangkai daun bawang
1 tangkai daun sup
1 sudu makan bawang goreng
.
Cara Memasak:
.
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar dan kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga naik bau.
.
2. Kemudian masukkan air secukupnya, perencah serbuk sup Adabi dan rempah sup tulang Adabi. Kacau rata dan didihkan.
.
3. Seterusnya masukkan tulang dan perasakan secukupnya. Biarkan seketika.
.
4. Akhir sekali, taburkan dengan bahan hiasan. Sedia untuk dihidangkan.
sup-siam
(13) RESEPI SUP SIAM DAGING\TULANG
.
Bahan-bahan;
.
1/2 kg tulang
5 ulas bawang merah [tumbuk] 3 ulas bawang putih [tumbuk] 1/2 inci halia [tumbuk] 1 paket rempah sup bunjut untuk sup tulang
1 sudu besar rempah sup serbuk [dikacau bersama sedikit air] 1 sudu sos ikan – saya guna 1 sb
2 biji ubi kentang -[potong 2] saya tak letak
4 biji cili padi [ketuk] 1/2 biji bawang besar kuning [hiris bulat-bulat] 1 biji perahan air limau nipis
1 biji tomato [dibelah 4] 1/2 batang saderi [hiris] Sedikit daun sup
Sedikit daun bawang
Sedikit bawang goreng
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit garam, gula dan bahan perasa
.
Cara Menyediakan;
.
1.Rebuskan tulang bersama air selama 1/2 jam [saya rebus 1 1/2 jam] sehingga empuk, pastikan air menenggelamkan kesemua tulang.Apabila sudah empuk, ketepikan dahulu rebusan ini.
.
2.Tumiskan pula bawang merah, bawang putih dan halia bersama dengan rempah sup bunjut sehingga garing dan naik bau.
.
3.Masukkan rempah sup serbuk dan sos ikan beserta kesemua air dan rebusan tulang tadi.
.
4.Tambahkan ubi kentang dan biarkan sehingga 30 minit.
.
5.Selepas 30 minit masukkan cili padi, hirisan bawang kuning, tomato, saderi dan perahan air limau nipis.
.
6.Tambahkan bahan perasa, garam dan sedikit gula.Gaul dan sesuaikan rasa.
.
7.Tutup api dan sedia untuk dihidang.Taburkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang
daging bakar black paper
(14) DAGING BAKAR BLACK PAPER
.
Bahan2:
.
• 1/2 kg daging lembu ( ambil bahagian isi tak berlemak)
• 2 sudu besar serbuk lada hitam
• 2 sudu besar serbuk paprika
• 1 sudu kecil garam
• 2 sudu besar sos tiram
• 3 sudu besar sos lada hitam LIFE
• 2 sudu minyak masak
.
Bahan2 sos
.
• Lebihan bahan2 perapan
• 1 sudu besar butter
• 1 sudu besar sos lada hitam LIFE
• sedikit air
.
Cara menyediakan:
.
• Potong daging dalam anggaran 2 inci tebal, bersih dan tos kan air
.
• Gaulkan daging td bersama semua bahan2 perapan dan simpan didalam peti sejuk selama beberapa jam
.
• Panaskan kuali non stick, dengan api perlahan bakar daging tadi sehingga daging sempuk dan masak
.
Untuk sos
.
• Dalam kuali lain, masukkan lebihan bahan2 perap tadi bersama butter,sos lada hitam dan sedikit air.
.
• Kacau sos sehingga sos kelihantan berkilat dan pekat
.
• Daging yang telah ‘direhatkan’ tadi bolehla dipotong nipis..dan sedia untuk dihidangkan…
nasi daging air asam
(15) NASI DAGING UTARA + AIR ASAM
Bahan-bahan ( 5 orang )
5 pot beras Basmathi
1/2 ke 1 kg daging (Saya: potong sebesar genggaman baby)
1 bungkus rempah sup bunjut Adabi
1 sudu besar rempah kurma
1 inci halia
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
Campuran minyak sapi dan minyak masak utk menumis
1 st (mambung) tomato soup (atau ganti dengan sikit sos tomato secukup rasa)
4 pot air rebusan daging dan 1.5 pot susu cair (atau boleh juga diganti dengan santan)
Garam/ pati kiub ayam secukup rasa
Bawang goreng, daun bawang & daun sup (ditabur atas nasi sebelum dihidangkan)
Cara-cara

Rebus daging bersama rempah sup bunjut Adabi, rempah kurma dan sedikit garam. (Saya guna fungsi HP 10 min- sbb guna daging batang pinang)
Pastikan daging empuk. Simpan air rebusan daging untuk masak nasinya.
Basuh beras dan toskan.
Tumis halia, kulit kayu manis dan buah pelaga didalam periuk nasi hingga naik bau. (Fungsi Stir Fry)
Masukkan beras dan kacau sekejap.
Masukkan air rebusan daging dan susu cair (mengikut sukatan di atas).. Masukkan daging. Campurkan tomato soup dan perisakan dengan garam.
Tutup periuk dan tekan butang HP (5 minit). Keluarkan stim dan biar pd fungsi Warm..
Hidangkan Nasi daging..tabur bawang goreng dan daun bawang/ daun sup di atasnya
Sedap dimakan dengan dalca dan air asam.

Air Asam Utara
Bawang besar (hiris)
Cili merah (hiris)
Tomato (didadu)
Sedikit kerisik dan sikit gula

Sedikit cili merah dan cili api, belacan, air asam jawa, garam (ditumbuk seperti buat sambal belacan)
Campurkan semua bahan kedalam bahan2 yg dihiris/ didadu.. Rasakan garam gula dan asamnya.. Biar secukup rasa!

 

resepi pakprik daging

(16) DAGING MASAK PAPRIK

Bahan-bahan

Daging 1/2 kg (ikut suka banyak mulut yang nak makan)
Bawang putih – 4 ulas
Bawang holand – 1 biji
Lobak merah + baby corn + kobis bunga + kacang panjang (aku tak boh takde stok) – potong panjang
3 sudu besar cili kisar/giling
2 sudu sos cili
2 sudu sos tiram
daun limau purut
gula dan garam secukup rasa
Cara Memasak

Rebus daging sampai empuk dan jangan buang air rebusan
Tumis bawang putih dan cili giling sampai naik bau *jangan hangit ek
Masukkan sos cili dan sos tiram dan air rebusan (sukatan air ikut nak buat berkuah atau kering sikit)
Masukkan lobak merah bagi empuk dan daun limau purut
Masukkan daging
Masukkan baby corn dan kobis bunga
Gula dan garam secukupnya..biarkan mendidih sekejap dan masukkan bawang holland
Kacau sedikit dan angkat

 

resepi daging merah ala thai

(17) Resepi Daging Merah Ala Thai

Bahan-bahan:

1/2 kg daging lembu (direbus sampai empuk)
2 ulas bawang putih diketuk
1 labu bawang besar dipotong bulat
1 sudu besar cili giling
Sedikit sos tiram
Sedikit sos ikan (thailand mari)
Sedikit sos tomato
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Daun ketumbar/daun sup/daun bawang untuk hiasan (mana2 pun boleh)

Cara-cara:

1. Daging yang dah siap direbus tu potong nipis-nipis.

2. Panaskan minyak sikit, goreng daging dulu sampai kekuningan, ketepikan.

3. Tumis bawang putih sampai naik bau, masukkan cili giling.

4. Goreng-goreng sikit agak-agak garing tu bolehlah masukkan sos tiram, sos ikan dan sos tomato.

5. Masukkan daging tadi dan bawang besar yang dihiris kacau-kacau dan rasa garam dan gula.

6. Kalau nak kuah lebih bubuh air sikit dan tambah sos tomato.

7. Dah masak bolehlah diangkat dan hidangkan. Taburlah daun ketumbar yang dihiris tadi.

 

daging masak hitam serawak

(18) Resipi Daging Masak Hitam Sarawak

BAHAN-BAHAN:
1kg daging | dipotong kecil
100gm gula merah atau gerek
150gm kismis hitam
30gm kerisik
Kicap pekat secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

BAHAN KISAR:
15 tangkai cili kering
3 batang serai
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2.5cm lengkuas

BAHAN TUMIS:
100gm rempah kurma
3 biji bawang merah | dihiris
2 biji buah keras | diketuk
1 batang kulit kayu manis
1 biji buah pelaga
1 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang

CARA MEMASAK:
Perap daging bersama kicap pekat dan gula merah selama 30 minit.
Kemudian panaskan minyak, tumis bahan tumis sehingga naik bau.
Masukkan pula bahan kisar dan kacau sehingga pecah minyak.
Seterusnya masukkan daging perap tadi dan masak sehingga dagingempuk.
Akhir sekali, masukkan kismis dan kerisik. Gaul rata dan perasakan secukupnya. Masak sehingga kuah pekat.
Sedia dihidangkan.

 

daging burger homemade

(19) RESEPI DAGING BURGER HOMEMADE

Bahan-Bahannya ialah:

1/2 kg daging lembu cincang
2 sudu besar bawang besar – dicincang halus
1 biji telur
1/2 sudu besar lada hitam – dikisar
3/4 sudu bawang putih – dicincang halus)1 sudu mustard
1 cawan serbuk roti
Garam secukup rasa

Cara Membuatnya ialah:

1. Sediakan daging yang telah dicincang.

2. Masukkan kesemua bahan-bahan yang telah disediakan bersama daging cincang & kacau rata.

3. Akhir sekali, masukkan garam & sesuaikan ikut citarasa.

4. Bentukkan daging tadi seperti daging burger mengikut citarasa anda.

5. Bakar di atas pan dengan menggunakan minyak/majerin.

6. Boleh dihidang bersama roti burger.

 

 

daging lada hitam

(20) DAGING LADA HITAM ALA THAI
.
Bahan-bahannya ialah:
.
500gm daging batang pinang, (dihiris dan digoreng separuh masak)
3 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap masin
2 buku bawang besar (di kisar)
1 inci halia (di kisar)
2 biji bawang merah (di kisar)
3 ulas bawang putih, (di racik)
2 sudu besar lada hitam (di tumbuk kasar)
3 batang lada hitam yang masih hijau
3 sudu besar cili boh atau cili kisar
3 sudu besar perahan limau nipis
3 buku capsicum – boleh guna warna berlainan bagi tambah menarik.
1 helai daun limau purut
.
Cara-cara
.
Tumis cili boh, semua bahan yang telah dikisar, dan lada hitam sehingga naik bau. Kemudian masukkan kicap dan perahan limau nipis serta daun limau, tumis sehingga sedikit kering, masukkan sedikit air kemudian terus masukkan daging yang telah di goreng separuh masak.
.
Kacau dan masukkan lada hitam yang masih hijau, capsicum dan sedikit air lagi. Perasakan dengan garam, biarkan daging betul-betul masak. Sedia untuk dihidang.

oke habis dah  melelah air liur kan.. Tq pada semua yang share resepi yang hebat-hebat nih

Selamat Mencuba Uolssss-ramenpedas.com

Sumber resepi gambar :  FP: Aneka Resepi Masakan/ FP: Resepi sedap/ google 

Incoming search terms:

Check Also

Resepi Mudah Dan Ringkas Roti Jala Coklat

Resepi Mudah Dan Ringkas Roti Jala Coklat

  Resepi Mudah Dan Ringkas Roti Jala Coklat Roti jala memang sedap dijadikan makanan pada …

Resepi Kuah Rojak Homemade Yang Mudah Dan Sedap

Resepi Kuah Rojak Homemade Yang Mudah Dan Sedap

      Resepi Kuah Rojak Homemade Yang Mudah Dan Sedap Siapa yang tidak suka …

Resepi Kimbap Ala Korea Yang Mudah, Sedap Dan Ringkas

Resepi Kimbap Ala Korea Yang Mudah, Sedap Dan Ringkas

  Resepi Kimbap Ala Korea Yang Mudah, Sedap Dan Ringkas Selalu tengo drama korea , …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *