Home » drama terbaru » Sipnosis Drama Terbaru Fasha Sandha Lara Aishah Astro Prima

Sipnosis Drama Terbaru Fasha Sandha Lara Aishah Astro Prima

 

Sipnosis Drama Terbaru Fasha Sandha Lara Aishah Astro Prima

 

Sipnosis Drama Terbaru Fasha Sandha Lara Aishah Astro Prima

Drama Terbaru Lara Aishah akan ditayangkan pada 29/08/2016, pada setiap hari Isnin sehingga Jumaat pada pukul jam 6.00 petang di saluran Astro Prima 105 dan Astro Maya HD 135. Drama terbitan Global Station ini dibintangi oleh pelakon-pelokon terkenal seperti Nazim Othman, Fasha Sandha, Shah Jaszle,  Dayana Roza serta ramai lagi.  Drama 100 episod ini merupakan adaptasi daripada telenovela terkenal Mexico, La Loba pada tahun 2010.

 Details
Tajuk Drama: Lara Aishah
Tarikh Tayangan: pada 29 Ogos 2016
Hari Tayangan: Isnin hingga Jumaat
Masa Tayangan: 6.00 Petang
Saluran: Astro Prima 105 dan Astro Maya HD 135
Episod Penuh: 100 Episod
Pengarah: Riza Baharudin
Terbitan: Global Station
Para Pelakon
Fasha Sandha sebagai ‘Aishah’
Nazim Othman sebagai ‘Iskandar’
Dayana Roza sebagai ‘Wani’
Shah Jaszle sebagai ‘Zack’
Mia Nasir sebagai ‘Anita’
Jasmin Hamid sebagai ‘Zurin’
Lizza Abdullah
Ainul Aishah
Zamarul Hisham
Wati Elite
Maria Farida
Shah Reza
Aedy Ashraf
Sinopsis Mengenai Drama Lara Aishah
Mengisahkan tentang dua wanita iaitu Aishah yang berjuang untuk menyelamatkan pasar tempatan daripada dirobohkan dan mengenai bekas banduan bernama Zurin yang ingin mencari anak kandungnya yang telah hilang. Zurin telah dipenjara di luar negara atas kesalahan yang tidak dilakukannya dan semua itu telah dirancang oleh ibu mentuanya.

Apabila dibebaskan dia medapat tahu bahawa anaknya telah diculik ketika kecil dan masih hidup , lalu Zurin nekad untuk membalas dendam. Sementara itu, Aishah yang dibesarkan Muiz dalam serba kekurangan. Dia hanya bekerja di pasar dan terkenal dengan sikap keras hati. Apabila mengetahui pasar itu bakal diambil alih, lalu Aishah bertekak dengan Datuk Alif, anak pemilik premis tersebut.

Pergaduhan di antara mereka juga menemukan Aishah dengan Iskandar, waris daripada keluarga mentua Zurin. Iskandar menipu Aishah dengan menyatakan dia hanya seorang mekanik yang miskin. Perkenalan itu telah membuahkan bibit-bibit cinta di antara mereka. Dalam pada masa sama, keluarga Iskandar mahu menyatukan jejaka itu dengan Felisha dyang dimana sanggup melakukan apa saja untuk memusnahkan Aishah. Ditambah dengan kehadiran bekas kekasih Aishah yang merumitkan lagi keadaan.

Sipnosis Drama Terbaru Fasha Sandha Lara Aishah Astro Prima
lara aishah
lara aishah
drama terbaru fasha
Mesti best nih.. dah lama tak tengok Fasha Sandha berlakon drama, gerenti meletup nanti. – Ramenpedas.com
Sumber: Onedirectmovie

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi

  Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi Tahniah diucapkan kepada Elfira Loy …

Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee

Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee

  Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee Tahniah …

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Dan Resepsi Anak Perempuan Aziz M Osman

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Dan Resepsi Anak Perempuan Aziz M Osman

  Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Dan Resepsi Anak Perempuan Aziz M Osman tahniah diucapkan kepada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *