Home » gambar artis » Shalma Aina Akan Nikahi Anak Parlimen K. Kangsar 17 September

Shalma Aina Akan Nikahi Anak Parlimen K. Kangsar 17 September

Shalma Aina Akan Nikahi Anak Parlimen K. Kangsar 17 September
.

 

Shalma Aina Akan Nikahi Anak Parlimen K. Kangsar 17 September

Bekas pengacara hos HLive, Shalma Aina bakal melangsungkan majlis pernikahanya dengan penyanyi baharu, Wan Imar Mohammad Khair-il Anuar pada 17 September ini.

Pasangan ini yang telah mengikat tali pertunangan pada 10 April 2016 yang lalu, Majlis Pernikahan dan Perkahwinan mereka bakal diadakan di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam dekat sini, ianya akan dimulai dengan majlispernikahan pada sebelah pagi dan akan disusuli majlis resepsi pada malam keesokannya.

Menurut Shalma Aina , perkenalannya dengan anak Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Allahyarham Datuk Wan Mohd Khair-il Anuar Wan Ahmad telah terjalin ketika mereka sama-sama menyambung pengajian mereka di London kira-kira empat tahun yang lalu.

“Perancangan untuk majlis perkahwinan ini sudah kami lakukan sejak setahun yang lalu secara sedikit demi sedikit supaya majlis tidak kelam kabut. Kalau diikutkan majlis telah dirancang pada 2015 tetapi atas sebab-sebab tertentu dan ianya terpaksa dianjakkan ke tahun ini.

“Diharap segala-gala urusan akan dipermudahkan. Saya cukup bertuah apabila kedua-dua belah keluarga banyak membantu membuat untuk persediaan perkahwinan termasuklah bakal ibu mentua saya, Shalma juga amat rapat dengan keluarga bakal suaminya.

Wan Imar yang berpayung di bawah KRU Music adalah anak kedua bagi Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid. Yang dimana bapanya, telah meninggal dunia dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.

Pada masa sama, akui Shalma kehilangan lelaki yang sudah dianggap seperti bapanya sendiri itu turut memberikan kesan terhadapnya memandangkan hubungan mereka sememangnya agak rapat.

“Ini kerana adik- beradik Imar kesemuanya lelaki sekali gus membuatkan saya manja dengan arwah bapanya itu. Kehilangan arwah memang cukup menghibakan saya namun Imar saya lihat amat tabah dalam menerima suratan takdir berbanding saya yang memang tiada pertalian darah dengan arwah.

“Biarpun arwah bapanya itu tidak dapat menyaksikan hari bahagia kami nanti, namun begitu beliau sempat menemani kami semasa membeli barangan hantaran ketika berada London, beberapa minggu selepas majlis pertunangan kami.

“Apa yang paling mengharukan apabila beliau sanggup terbang ke London selepas tugasannya di negara berhampiran demi semata-mata mahu membantu kami memilih barangan hantaran. Walau bagaimanapun Allahyarham sempat melihat kami bertunang,” katanya yang kini telah mengendalikan program Motif Viral.

 

Shalma Aina Akan Nikahi Anak Parlimen K. Kangsar 17 September

 

Shalma Aina PENGACARA MOTIF VIRAL

Tahniah RP , tak sabar untuk melihat majlis pernikahan dan persandingan mereka nanti. –Ramaenpedas.com

Sumber: BHonline

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00

Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00

  Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00 Setelah sekian lama …

Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival

Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival

  Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival Pada 2 Julai lalu, …

Terhangat Song Joong Ki & Song Hye Kyo Akan Berkahwin Oktober Ini

Terhangat Song Joong Ki & Song Hye Kyo Akan Berkahwin Oktober Ini

  Terhangat Song Joong Ki & Song Hye Kyo Akan Berkahwin Oktober Ini Akhirnya impian para …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *