Home » akademi fantasia 2015 » Senarai 14 Pelajar Dan Pengacara AF2016 Diumumkan

Senarai 14 Pelajar Dan Pengacara AF2016 Diumumkan

Senarai 14 Pelajar Dan Pengacara AF2016 Diumumkan

Senarai 14 Pelajar Dan Pengacara AF2016 Diumumkan

Seramai 14 pelajar yang terpilih telah bersedia untuk membuka tirai baru program Akademi Fantasia 2016 (AF2016) pada tahun lalu selepas menobatkan jejaka kelahiran dari Singapura, Sufi Rashid sebagai juara pada AF2015.

Program realiti itu menampilkan 14 pelajar kesemua, tujuh adalah pelajar lelaki dan tujuh lagi adalah pelajar wanita iaitu ‘Mohamad Amal Shafiq Osman’, 21; berasal dari Pulau Pinang; ‘Amir Syazwan Masdi’, 20, berasal dari Selangor; ‘Muhammad Ikram Kamaruzzaman’, 26, berasal dari Kuala Lumpur; ‘Mohamad Afzarul Dzarif Mohd Mazle’, 24, berasal dari Johor; ‘Azarul Rais Mansor’, 22, berasal  dari Selangor; ‘Halmy Hamizan’, 23, berasal dari Kuala Lumpur dan ‘Mohamad Fara Aidid Ali Dad Khan’, 23 berasal dari Selangor.

Barisan bagi pelajar wanita pula ialah ‘Nur Hafizah Longkip @ Thomas’, 23, berasal dari Sabah; ‘Nurfarrah Izzatie Johari’, 19, berasal dari Negeri Sembilan; ‘Nurul Rahila Rashun’, 20, berasal dari Singapura; ‘Isyariana Che Azmi’, 26, berasal dari Pahang; ‘Jasper James Supayah’, 23, berasal dari Johor; ‘Siti Aishah Abdul Razak’, 20, berasal dari Melaka; dan ‘Kareshma Martin John Patrick’, 18, dari berasal dari Selangor.

Senarai 14 Pelajar Dan Pengacara AF2016 Diumumkan

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad berkata, kesemua barisan pelajar itu  telah dikenalpasti menerusi sesi sistem saringan pemilihan yang teliti.

“Kita telah menerima lebih daripada 15,000 penyertaan melalui dua kaedah sesi uji bakat iaitu secara dalam talian dan di lokasi.

“Selain daripada berkebolehan untuk menyanyi dengan baik, setiap peserta juga ada memiliki pakej dan karisma yang cukup unik untuk diketengahkan,” katanya dalam sidang media program untuk realiti tersebut,

Menariknya lagi, kata Raqim, buat pertama kali dalam sejarah AF, produksi AF2016 juga bakal membuat kejutan dengan akan menyerap masuk juara pertandingan JoHARockStar anjuran radio EraFM.

“Kita percaya para penonton setia program realiti ini pastinya sudah lali dengan pelbagai drama dan kejutan-kejutan apatah lagi selepas sedekad bersiaran.

“Pada musim ke-13 ini,  kita akan menyerap masuk pelajar yang bakal bergelar juara bagi pertandingan nyanyian JoHARockStar sebagai kelainan sekali gus akan memberikan  cabaran kepada pelajar lain,” katanya.

Dalam pada itu, AF2016 sekali lagi akan memberi kepercayaan kepada pelakon dan pelawak terkenal, Zizan Razak untuk menggalas tanggungjawab  sebagai pengacara untuk konsert mingguan.

Tanggungjawab sebagai pengacara Diari AF pula akan diberikan kepada Dahlia Shazwan, Bazeman Huzir dan CK Faizal yang dimana ketiga-tiga personaliti ini bakal mengendalikan Diari AF ini secara bergilir-gilir.

Rutin harian para pelajar di akademi fantasia akan dapat ditonton menerusi Diari AF pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam6.30 petang, bermula 15 Ogos ini.

Konsert Mingguan AF2016 pula akan bersiaran secara langsung terus dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), pada setiap Ahad, jam 9-00 malam, bermula 21 Ogos ini.

AF2016 akan bersiaran menerusi saluran Astro Ria (104) dan Maya HD (135).

pastinya AF2016 kali ini akan lebih gempak lagi. –Ramenpedas.com

Sumber: Mediahiburan

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00

Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00

  Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00 Setelah sekian lama …

Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival

Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival

  Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival Pada 2 Julai lalu, …

Terhangat Song Joong Ki & Song Hye Kyo Akan Berkahwin Oktober Ini

Terhangat Song Joong Ki & Song Hye Kyo Akan Berkahwin Oktober Ini

  Terhangat Song Joong Ki & Song Hye Kyo Akan Berkahwin Oktober Ini Akhirnya impian para …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *