Home » gambar anak artis » Pelakon Zarina Anjoulie Telah Selamat Melahirkan Anak Lelaki

Pelakon Zarina Anjoulie Telah Selamat Melahirkan Anak Lelaki

Pelakon Zariana Anjoulie Telah Selamat Melahirkan Anak Lelaki

 

 

Pelakon Zarina Anjoulie Telah Selamat Melahirkan Anak Lelaki

Tahniah RP  ucapkan kepada pelakon, Zarina Anjoulie yang telah selamat melahirkan bayi sulungnya iaitu bayi lelaki pada Jumaat yang lalu, jam 8.30 pagi di Brunei. Berita gembira itu turut dikongsi menerusi laman Instagramnya miliknya selepas melalui kesakitan selama dua hari berturut-turut di hospital.

“Saya masih belum lagi memikirkan nama untuknya kerana sebelum ini saya menyangkakan akan mendapat anak perempuan, rupa-rupanya bayi lelaki pula. Selepas dua hari melalui kesakitan untuk bersalin, akhirnya saya dapat bertemu si ‘Awang’ kecil saya,” katanya kepada Harian Metro sambil berkongsikan pengalaman menarik beliau bersalin sebelum selamat melahirkan anak sulungnya itu.

Walau bagaimanapun dalam perkembangan terbaruya, Zarina yang sebelum ini hanya mendedahkan separuh sahaj wajah anak lelakinya itu di Instagram, kini Zarina telah berkongsikan wajah penuh anak sulung beliau kepada semua para peminatnya  yang pasti teruja untuk melihat wajah comel bayi tersebut. Gambar bayi comel lelaki tersebut telah turut dimuat naik berserta dengan nama bayi beliau, iaitu Martin Ezra Mikael.

Menerusi gambar tersebut, orang ramai mula membanjiri laman sosial Zarina dengan memberi ucapan tahniah kerana telah selamat melahirkan bayi pertama mereka. Tidak kurang ada juga yang turut memuji kecomelan bayi tersebut. Jom Rp kongsikan gambar bayi lelaki Zarina yang comel ini.

 

Pelakon Zariana Anjoulie Telah Selamat Melahirkan Anak Lelaki

 

Tahniah RP ucapkan kepada Zarina Anjoulie dan suaminya. RP Gembira betul melihat kehidupan Zarina kini yang lebih tersusun hidupnya apatah lagi kini beliau juga sudah berhijab. Diharapkan Zarina dan keluarganya akan dilimpahi kebahagiaan. Semoga kelahiran bayi ini dapat menceriakan lagi rumah tangga yang terbina hingga ke Jannah.  -Ramenpedas.com

Sumber: Rotikaya

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00

Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00

  Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00 Setelah sekian lama …

Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival

Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival

  Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival Pada 2 Julai lalu, …

Terhangat Song Joong Ki & Song Hye Kyo Akan Berkahwin Oktober Ini

Terhangat Song Joong Ki & Song Hye Kyo Akan Berkahwin Oktober Ini

  Terhangat Song Joong Ki & Song Hye Kyo Akan Berkahwin Oktober Ini Akhirnya impian para …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *