Home » gambar artis » Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Iedil Putra Dan Prisia Nasution

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Iedil Putra Dan Prisia Nasution

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Iedil Putra Dan Prisia Nasution

 

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Iedil Putra Dan Prisia Nasution

Baru-baru ini heboh diperkatakan bahawa pelakon Terbaik Dari Langit, Ryujin Juara, iaitu Iedil Putra, telah selamat melangsungkan perkahwinannya dengan pelakon terkenal Indonesia Prisia Nasution, pada hari  Rabu (01/06/2016) di ‘Novotel Resort & Convention Center’, Bogor,  di Jawa Barat, Indonesia.

Malahan gambar-gambar pernikahan mereka juga telah tersebar luas di media sosial dan telah mendapat liputan meluas portal-portal hiburan di sana.

Menurut salah satu akaun Instagram ada ucapan untuk pasangan pengantin iaitu “Selamat Ayah Teh dan banyak-banyak cinta daripada kami semua. Kamu haruslah selalu menjadi anak yang berbakti dan adik yang baik. Kami disini berharap kamu akan selalu dapat menjalani kehidupan barumu dengan baik dan sempurna. Semoga dipermudahkan kesemuanya amin,” tulis iestatipra di  Instagram miliknya.

Dalam Majlis Pernikahan tersebut, Prisia Nasution telah mengenakan busana  berwarna serba putih sedondon dengan Iedil Putra. Ternyata senyuman bahagia mereka jelas terpancar di wajah pengantin baru Prisia dan Iedil Putra. Malahan keluarga Iedil juga turut hadir bagi memeriahkan lagi majlis perkahwinan mereka. Dalam pada majlis yang serba ringkas tetapi meriah itu, ianya juga turut dihadiri rakan-rakan, saudara mara oleh  kedua  belah pihak pengantin perempuan dan mahupun lelaki.

Untuk info lain, ini adalah pernikahan kali kedua bagi Prisia Nasution, setelah dia bercerai  dengan Ananda Haris Siregar pada 04 Januari 2012.

Hubungan Prisia dengan Iedil hanya diketahui oleh para media pada awal tahun 2016 apabila Prisia memperlihatkan kemesraannya bersama dengan Iedil di media sosial.

Difahamkan, mereka berdua telah menjadi rapat ketika mereka sama-sama menjalani satu penggambaran filem ‘Interchange’. Dan sejak saat itulah, mereka berdua telah dilihat kerap hadir bersama-sama dalam acara festival filem.

Sama cantik sama padan… tahniah RP semoga berkekelan hingga akhir hayat. Jadi mari RP kongsikan beberapa Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Iedil Putra Dan Prisia Nasution untuk tatapan anda semua;

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Iedil Putra Dan Prisia Nasution

 

 Iedil Putra kahwin

 Iedil Putra Dan isterinya Prisia Nasution

Sweet Sangat kan pasangan ini.. tak sangka hero Ryujin Juwara dah kahwin huhuhuhu

Sumber: Mediahiburan  IG : prisia by: ramenpedas.com

 

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee

Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee

  Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee Tahniah …

Cosplay Anime Jepun Gadis Berhijab Tarik Perhatian Dunia

Viral Cosplay Anime Jepun Gadis Berhijab Tarik Perhatian Dunia

  Viral Cosplay Anime Jepun Gadis Berhijab Tarik Perhatian Dunia Peminat-peminat Anime jepun, seperti Naruto, …

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Dan Resepsi Anak Perempuan Aziz M Osman

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Dan Resepsi Anak Perempuan Aziz M Osman

  Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Dan Resepsi Anak Perempuan Aziz M Osman tahniah diucapkan kepada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *