Home » gambar anak artis » Gambar Sekitar Majlis Aqiqah Sofia Azzahra Anak Juara Pelamin Fantasia

Gambar Sekitar Majlis Aqiqah Sofia Azzahra Anak Juara Pelamin Fantasia

Gambar Sekitar Majlis Aqiqah Sofia Azzahra Anak Juara Pelamin Fantasia

 

Gambar Sekitar Majlis Aqiqah Sofia Azzahra Anak Juara Pelamin Fantasia

Baru-baru ini telah berlangsung Majlis Aqiqah Dan Cukur Jambul anak Juara program realiti Pelamin Fantasia iaitu Syawal dan Fiqa. Walaupun sudah hampir mencecah  tiga bulan bergelar bapa, juara program realiti Pelamin Fantasia, Syawal akui perkara paling mencabar padanya adalah ketika menjaga anaknya yang sedang meragam.

Syawal atau Muhammad Syawaluddin Ghazali berkata dia akan cepat menjadi cepat panik apabila mendengar anak sulungnya, Sofia Azzahra menangis. “Benda paling susah bagi saya adalah kalau sedang menjaga anaknya itu ialah apabila dia meragam. Sofia jenis kalau sudah menangis memang agak susah nak berhenti.

“Waktu tu saya memang angkat bendera putih terus, itu adalah kerana saya tidak boleh dengar kalau ‘baby’ menangis, bukan sebab saya rimas tapi saya akan menjadi cepat panik.

“Rasa macam ada yang tak kena je, tidak tahu nak pujuk macam mana, kelam kabut juga saya dibuatnya.“Bila Sofia menangis, terus saya panggil ibunya Fiqa. Tapi apa yang peliknya bila ibu dia pegang, sekejap sahaja dia dah berhenti menangis.

“Saya rasakan bayi ni memang dia tahu bau badan ibu dia. Lain kot dengan bau ayah dia ni, mungkin melekat bau lembu ke kambing ke tak tahulah,” katanya ketawa.

Syawal yang ditemui ketika majlis Aqiqah dan cukur jambul Sofia Azzahra bertempat di Syawal Best Farm, Dengkil Selangor pada Sabtu yang lalu. Majlis bertemakan warna pink yang cukup cute.

Tambah syawal lagi, selepas bergelar bapa ini, rutin hariannya telah agak berbeza dan rezeki pula semakin bertambah-tambah. “Alhamdulillah, selepas kehadiran Sofia Azzahra dalam hidup kami berdua, banyak perubahan yang saya sendiri dapat rasa adalah rezeki kami semakin bertambah.

“Selain itu, saya juga sudah ada jam loceng kecil, setiap pukul jam 6.00 pagi dia sudah kejutkan kami. Nak menyusulah, tukar lampinlah dia lah, kita ni yang tengah mengantuk kenalah juga bangun layan dia.

“Rutin harian tak payah cakaplah, sememangnya telah berubah terus. Saya tolong  Fiqa uruskan anak lebih-lebih lagi apabila saya tidak bekerja.“Apabila sudah menjadi bapa ni lain sikitlah perasaannya sebab kalau pergi kerja pun rasa rindu pda anak memang tak dapat nak elak.“Rasa macam tidak sabar tunggu waktu habis kerja hanya kerana nak bermain dan melihat gelagat dia.

“Tapi itulah, betul orang kata anak ini cepat membesar. Pejam celik sekejap saja Sofea dah sudah pun berusia 3 bulan.” ujarnya.

Dalam perkembangan terbaru, Syawal yang juga merupakan seorang penternak lembu dan kambing kini sedang sibuk menguruskan produk susu kambing keluaran syarikatnya, Syawal Best Farm.

Jom RP kongsikan beberapa Gambar Sekitar Majlis Aqiqah Sofia Azzahra Anak Juara Pelamin Fantasia untuk tatapan anda.

Gambar Sekitar Majlis Aqiqah Sofia Azzahra Anak Juara Pelamin Fantasia Gambar Sekitar Majlis Aqiqah Sofia Azzahra Anak Juara Pelamin Fantasia

Majlis Aqiqah Sofia Azzahra Anak Juara Pelamin Fantasia Majlis Aqiqah Sofia Azzahra Anak Juara Pelamin Fantasia  Aqiqah Sofia Azzahra Anak Juara Pelamin Fantasia

Comel betul Sofia Azzahra nih, semoga menjadi ank yang solehah..- Ramenpedas.com

Sumber :Astrogempak

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00

Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00

  Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00 Setelah sekian lama …

Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival

Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival

  Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival Pada 2 Julai lalu, …

Terhangat Song Joong Ki & Song Hye Kyo Akan Berkahwin Oktober Ini

Terhangat Song Joong Ki & Song Hye Kyo Akan Berkahwin Oktober Ini

  Terhangat Song Joong Ki & Song Hye Kyo Akan Berkahwin Oktober Ini Akhirnya impian para …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *