Home » berita » Fnatic Pemain Dota 2 Dari Malaysia Raih Kemenangan RM5.6 Juta

Fnatic Pemain Dota 2 Dari Malaysia Raih Kemenangan RM5.6 Juta

 

 

Fnatic Pemain Dota 2 Dari Malaysia Raih Kemenangan RM5.6 Juta

 

Fnatic Pemain Dota 2 Dari Malaysia Raih Kemenangan RM5.6 Juta

Ketika semua tumpuan para peminat sukan rata-rata terarah kepada Temasya Sukan Olimpik  Di Rio, siapa sangka dalam arena e-sport sekumpulan rakyat Malaysia telah mencipta nama selepas memenangi wang berjumlah AS$1.4 juta (RM5.6 juta) pada kejohanan Dota 2 The International 2016.

Dikenali sebagai team Fnatic, mereka adalah terdiri daripada empat rakyat Malaysia dan seorang ahli daripada Filipina telah mendapat tempat keempat dalam kejohanan Dota 2 terbesar di dunia, di Seattle, Amerika Syarikat (USA).

 

fnatic 2

 

Team Fnatic terdiri daripada Chai Yee Fung yang menggunakan nama samaran Mushi, Yeik Zheng Nai yang menggunakan nama samaran (MidOne), Khoo Chong Xin yang menggunakan nama samaran (Ohaiyo) dan Adam Erwann Shah yang menggunakan nama samaran (343), manakala Djardel Jicko Mampusti yang menggunakan nama samaran (DJ) rakan sepasukan dari Filipina.

Bermulanya di Eropah, kebanyakan ahli Fnatic asalnya adalah terdiri daripada pemain dari United Kingdom dan kini ianya diterajui oleh rakyat Malaysia.

Pada kejohanan itu semalam, Fnatic telah meraih kedudukan keempat teratas selepas berjaya menewaskan pasukan daripada Korea Selatan, MVP Phoenix dalam pusingan keempat.

Bagaimanapun, mereka telah tewas kepada pasukan Digital Chaos yang berpangkalan di USA pada saingan separuh akhir.

Namun begitu , mereka telah berjaya membawa pulang tujuh peratus daripada jumlah keseluruhan hadiah‎.

Pada pusingan awal Fnatic telah berjaya menewaskan pasukan hebat seperti ‎Team Liquid and Alliance.

Sementara itu, pembahagian wang hadiah yang diraih Fnatic itu adalah tertakluk potongan kepada pihak penaja dan cukai sebelum dibahagikan kepada lima ahli pasukan.

‎Baki tiga lagi pasukan iaitu – Wings Gaming, Evil Geniuses dan Digital Chaos akan bersaing untuk merebut hadiah untuk tiga tempat teratas.

Tiga pasukan terbaik akan membawa pulang wang berjumlah AS$9.1 juta (RM36.4 juta), AS$3.4 juta (RM13.6 juta) dan AS$2.2 juta (RM8.8 juta)

The International yang dimana telah memberi tumpuan kepada permainan Dota 2 kini telah berkembang menjadi kejohanan e-sport terbesar di dunia.

Dalam permainan Dota 2, dua pasukan yang terdiri daripada lima orang ahli akan bersaing antara satu sama lain. Setiap para pemain perlu mengawal watak yang mempunyai kebolehan-kebolehan tersendiri dan perlu bekerjasama untuk memusnahkan pangkalan pihak lawan.

Tahniah RP ucapkan.-Ramenpedas.com

Sumber : Malaysiakini

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan - Resepsi Anis Al-Idrus Dan Hani Era

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan – Resepsi Anis Al-Idrus Dan Hani Era

  Gambar Sekitar Majlis Pernikahan – Resepsi Anis Al-Idrus Dan Hani Era Dengan sekali lafaz …

Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00

Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00

  Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00 Setelah sekian lama …

Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival

Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival

  Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival Pada 2 Julai lalu, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *