Home » gambar artis » Ella Sahkan Sudah Bertudung Awal Ramadan Lalu

Ella Sahkan Sudah Bertudung Awal Ramadan Lalu

Ella Sahkan Sudah Bertudung Awal Ramadan Lalu

 

Ella Sahkan Sudah Bertudung Awal Ramadan Lalu

Sejak kebelakangan ini penyanyi Ella mula memuat naik gambar imej bertudungnya di laman Instgram miliknya , menurut ratu rock Ella  dia telah membuat keputusan untuk berhijab atau bertudung sejak Ramadhan lalu dan dia turut merasakan sudah tiba masanya untuk dia mengubah penampilannya ke arah yang lebih baik. Berikutan dengan perubahan imejnya itu juga, Ella memberitahu bahawa beliau berasa lebih tenang dan yakin dengan imej baru tersebut.

“Saya tidak tahu ingin cakap bagaimana rasanya tentang apa yang saya rasa sekarang ini, tetapi apa yang lebih penting saya rasa sangat tenang sekali. Ianya bermula pada Ramadan lalu, dimana semasa saya berborak-borak dengan suami dan dia ada bertanyakan kepada saya, adakah saya mahu bertudung. Jadi saya pun terus cakap ya, saya mahu bertudung. Dan dia juga sangat gembira sekali dengan keputusan saya lakukan ini.

 

“Saya amat suka lihat penampilan kakak saya sejak dia bertudung, dia nampaknya lebih tenang dan bergaya. Tudung sangat sesuai dengan bentuk wajah dia sehinggakan saya juga rasa ingin bertudung juga. Dia juga sememangnya menggalakkan keputusan saya itu dan bantu saya untuk mencari fesyen tudung yang sesuai untuk saya,” kata Ella kepada m Star Online berhubung dengan penghijrahan beliau sejak Ramadhan yang lalu.

 

Walau bagaimanapun beliau menolak dakwaan dimana imejnya yang  bertudung itu akan membataskan kerjayanya sebagai seorang penyanyi rock dengan merasakan beliau masih lagi individu yang sama seperti dahulu, yang dimana tetap akan menyanyikan lagu-lagu rock di setiap persembahan. Namun mungkin dia tidak akan terlalu lincah seperti dulu dan akan mengenakan pakaian yang bersesuaian dengan imejnya sekarang.

 

 

Sementara itu Ella juga turut berkongsi bahawa sejak dia tampil dengan imej barunya itu, rata-rata ramai para peminatnya  memuji penampilan terbarunya itu di laman sosial. Pada masa yang sama Ella juga mengharapkan para peminat akan memberi sokongan terhadap keputusan yang dilakukannya itu. Apa-apa pun semoga Ella terus istiqamah dengan setiap apa yang dilakukan dan menjadi yang lebih baik. Jom RP kongsikan beberapa gambar Ella yang cantik bertudung.

Ella Sahkan Sudah Bertudung Awal Ramadan Lalu

 

ella cantik bertudung

Cantiknya Ella bertudung, ayu je mukanya.-Ramenpedas.com

Sumber: Rotikaya

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi

  Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi Tahniah diucapkan kepada Elfira Loy …

Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas Sultan Brunei

Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas Sultan Brunei

  Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas …

Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee

Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee

  Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee Tahniah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *