Home » berita » Atlet Rio Popularkan Rawatan Bekam Ke Seluruh Dunia

Atlet Rio Popularkan Rawatan Bekam Ke Seluruh Dunia

Atlet Rio Popularkan Rawatan Bekam Ke Seluruh Dunia

 

Atlet Rio Popularkan Rawatan Bekam Ke Seluruh Dunia

Sebelum ini satu dunia telah di gemparkan dengan insiden kejadian patah kaki daripada atlet Perancis apabila beliau telah tersilap membuat pendaratan ketika membuat lompatan berpalang acara Gimastik di Arena Rio Olimpik.

Beberapa hari yang lepas kita dikejutkan sekali lagi apabila ramai rata-rata tertanya-tanya terutama orang ramai di luar negara apabila telah melihat segelintir atlet-atlet Olimpik Rio mempunyai tanda-tanda merah di badan mereka.

Tanda merah tersebut mendapat perhatian paling mengejutkan setelah perenang dari Amerika Syarikat, Micheal Phelps yang telah memenangi acara renang 4×100 meter gaya bebas lelaki, mempunyai tanda-tanda merah tersebut di badannya.

Jika dilihat pada gambar-gambar yang di ambil, kita sebagai rakyat Malaysia pastinya sudah sinonim dengan rawatan bekam dan ianya juga merupakan salah satu amalan yang sememangnya dilakukan oleh masyarakat kita disini.

Tanda-tanda  merah bekas rawatan bekam tersebut telah mendapat perhatian dunia apabila beberapa portal antarabangsa termasuk Business Insider, BBC, CNN, Independent, inquisitr dan pelbagai lagi melaporkannya.

Jika kamu lihat pada laman portal Busniness Insider, artikel tersebut telah dibaca melebihi daripada 400,000 dalam masa beberapa jam sahaja selepas dimuat naik. Kali ini sudah terbukti bahawa rawatan tradisional bekam amat berguna sekali dan ternyata berkesan sehingga ianya telah menarik minat atlet-atlet di Rio sebelum beraksi dalam pertandingan yang dimasuki mereka.

Di atas tanda merah yang terdapat di Micheal Phelps itu, telah membuatkan rawatan bekam terutama di luar negara kian meningkat dan para pengusaha bekam pasti selesa dan tersenyum lebar kerana tidak perlu buat apa-apa cara pengiklanan kerana ia sudah tersebar dan popular di seluruh dunia. Jom RP kongsikan bebera gambar Micheal Phelps menggunakan bekam

Micheal Phelps olimpik rio

 

Micheal Phelps olimpik rio

 

olimpik rio 2016

 

Popular terus rawatan bekam selepas Micheal Phelps mencubanya… apalagi selamat mencuba.-Ramenpedas.com

Sumber: Remaja

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Sekitar Sambutan Majlis Hari Lahir Yusuf Iskandar

Gambar Sekitar Sambutan Majlis Hari Lahir Yusuf Iskandar

  Gambar Sekitar Sambutan Majlis Hari Lahir Yusuf Iskandar Baru-baru ini pasangan selebriti popular Hanis …

Sipnosis Drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin- Slot Akasia

Sipnosis Drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin- Slot Akasia

      Sipnosis Drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin- Slot Akasia Jangan lupa …

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Mawar Rashid Dan Majlis Merisik Izara Aisyah

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Mawar Rashid Dan Majlis Merisik Izara Aisyah

  Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Mawar Rashid Dan Majlis Merisik Izara Aisyah pada 07/07/2017 yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *