Home » Informasi » 9 Petua Berkesan Untuk Menghalau Cicak Di Rumah

9 Petua Berkesan Untuk Menghalau Cicak Di Rumah

9 Petua Berkesan Untuk Menghalau Cicak Di Rumah

Cicak merupakan binatang yang tidak berbahaya, namun kehadiran cicak boleh menggangu anak-anak kecil kita dan juga binatang peliharaan. Sekiranya dibiarkan cicak akan menjadi penghuni tetap dalam rumah dan akan menjadikan perabot-perabot yang ada didalam rumah sebagai sarang pembiakkan mereka.

Memang mengelikan, jadi mari RP kongsikan apa 9 Petua Berkesan Untuk Menghalau Cicak Di Rumah yang berada di dalam rumah kita;

 

9 Petua Berkesan Untuk Menghalau Cicak Di Rumah

1. Menggunakan Kulit Telur

Caranya amat mudah, cicak tidak suka kan bau telur, oleh yang demikian,ambil kulit telur dan letakkan di ruang kosong di pintu masuk,dan tingkap untuk menghalang dimasukki oleh cicak. Jangn lupa untuk menggantikan dengan yang baru selepas tiga minggu.

2. Menggunakan Serbuk Kopi

Caranya, letakkan sedikit serbuk kopi kedalam bekas, Masukkan juga sedikit serbuk tembakau dan kemudian gaul. Kemudian ambil beberapa pencungkil gigi atau batang mancis dan sapukan sedikit gam diatasnya, lalu letakkan serbuk kopi tadi. Selepas itu letakakn serbuk kopi tadi di tempat yang boleh dimasukki cicak ataupun di belakng almari, ini adalah keran cicak akan mati apabila memakan serbuk kopi tersebut.

3. Menggunakan Bawang Putih Atau Bawang Merah

Caranya, gantungkan atau letakkan bawang di  pintu atau tingkap, selain itu kisar bawang kemudian campurkan dengan air, kemudian bolehlah disemburkan di sekeliling rumah. Ini kerana cicak tidaksuka dengan bau bawang.

4. Menggunakan Lada Hitam

Caranya, masukkan  serbuk lada hitam, serbuk cili dan air ke dalam botol spray, Semburkan campuran tadi ke dinding, tingkap dan pintu untuk menggelakkan cicak daripada masuk ke dalam rumah, ini kerana cicak tidak tahan dengan rasa pedas.

5. Menggunakan Ply Paper

Caranya, lekatkan Ply Paper pada bahagian bucu siling dan sudut dinding anda, Apabila cicak melaluinya ianya akan melekat pada Ply Paper tersebut, kemudian anda bolehlah membuangnya.

6. Menggunakan Air Sejuk.

Carnya, semburkan air sejuk pada cicak, lagi sejuk air tu lagi bagus, ini kerana ianya dapat melumpuhkan pergerakan cicak tersebut.

7. Menggunakan Sos Tabasco

Caranya, campurkan air dengan sedikit sos tabasco dan masukkan ke dalam botol spray, kemudian semburkan ke belakang almari, dinding dan rak, ini kerana baunya yang tajam akan membuatkan bukan sahaja cicak melarikan diri malahan serangga lain pun tidak akan mendekati.

bulu ayam halau cicak

8. Menggunakan Bulu Ayam

Caranya, gantungkan atau letakkan bulu ayam sekitar rumah, ini kerana cicak memang gerun dengan burung. Jadi apabila cicak melihatnya dia kan gerun dan menjauhkan diri.

9. Menggunakan Peangkap Tikus

Perangkap tikus tidak terhad kepada tikus sahaja, ianya boleh digunakan untuk memerangkap cicak juga.

Itulah antara 9 Petua Berkesan Untuk Menghalau Cicak Di Rumah . Selamat mencuba. -Ramenpedas.com

Sumber: Siraplimau

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi

  Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi Tahniah diucapkan kepada Elfira Loy …

Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas Sultan Brunei

Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas Sultan Brunei

  Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas …

Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee

Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee

  Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee Tahniah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *