Home » gambar artis » Sekitar Majlis Pertunangan Amar Baharin Dan Amyra Rosli

Sekitar Majlis Pertunangan Amar Baharin Dan Amyra Rosli

Sekitar Majlis Pertunangan Amar Baharin Dan Amyra Rosli

 

 

Sekitar Majlis Pertunangan Amar Baharin Dan Amyra Rosli

 

Selepas Majlis pengumuman mengenai status hubungan cinta antara mereka diadakan pada beberapa hari lalu, maka pada 22/07/2016 lepas telah berlangsungnya sebuah majlis yang cukup indah dan meriah dimana pasangan merpati dua sejoli, tidak lain tidak bukan  Amar Baharin dan Amyra Rosli yang  akhirnya telah mengikat tali pertunangan mereka dalam sebuah majlis tertutup  di kediaman milik keluarga pihak perempuan di Sunway Montana, Desa Melawati.

Memetik daripada  laporan Berita Harian Online, majlis tersebut yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pasangan, Amyra Rosli kelihatan begitu anggun sekali persis seperti seorang puteri mengenakan busana berwarna putih. Manakala Amar pula yang turut hadir kelihatan amat segak dengan kemeja berwarna putih yang kelihatan sedondon dengan Amyra pada majlis pertunangan mereka yang diadakan di rumah pihak perempuan.

Sebelum ini, pasangan selebriti ini sering kali menafikan status hubungan pencintaan diantara mereka walaupun telah kerap dihimpit dengan pelbagai kontroversi yang mengatakanmereka bakal bernikah. Namun segalanya terlerai apabila pasangan ini telah bertindak mengumumkan berita gembira tersebut didalam sebuah majlis yang turut dihadiri oleh pihak media. Pada majlis tersebut, mereka juga telah turut berkongsikan tarikh perkahwinan mereka yang akan berlangsung.

Majlis persandingan disebelah pihak keluarga Amyra akan diadakan sehari selepas upacara akad nikah. Majlis berterusan pada 19 November di sebelah pihak keluarga lelaki pula. Terdahulu, ibu Amyra juga, pernah memaklumkan bahawa kehadiran Amar Baharin didalam hidup anak perempuannya itu amat begitu disenangi ramai dan Amar adalah merupakan calon suami terbaik buat Amyra.

Jom-jom RP kongsikan beberapa gambar menarik sekitar Majlis Pertunangan Amar Baharin dan Amyra Rosli

 

amar dan amyra bertunang

 

amar dan amyra bertunang

Sama cantik sama padan, tak sabar hendak tengok majlis pernikahan dan persandingan nanti, mesti Amyra cantik gilew nanti. RamenPedas.com

Sumber: Rotikaya

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00

Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00

  Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00 Setelah sekian lama …

Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival

Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival

  Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival Pada 2 Julai lalu, …

Terhangat Song Joong Ki & Song Hye Kyo Akan Berkahwin Oktober Ini

Terhangat Song Joong Ki & Song Hye Kyo Akan Berkahwin Oktober Ini

  Terhangat Song Joong Ki & Song Hye Kyo Akan Berkahwin Oktober Ini Akhirnya impian para …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *