Home » gambar anak artis » Gambar Sekitar Majlis Sambutan Hari Lahir Lara Alana

Gambar Sekitar Majlis Sambutan Hari Lahir Lara Alana

Gambar Sekitar Majlis Sambutan Hari Lahir Lara Alana.

 

 

Gambar Sekitar Majlis Sambutan Hari Lahir Lara Alana.

Pada baru-baru ini, pasangan selebriti terkenal, Awal Ashaari dan pasangannya Scha Al-Yahya telah mengadakan sebuah majlis besar-besaran dan meriah bagi menyambut hari ulangtahun kelahiran yang ke-2 buat anak perempuan comel kesayangan mereka, iaitu Lara Alana. Majlis yang sememangnya cukup meriah itu telah diadakan bertempat di Little Kingdom Parkson, Maju Junction Shopping Mall pada hari Sabtu yang lalu.

Mungkin kerana Lara amat terlalu sukakan Hello Kitty, Awal dan Scha telah sepakat memilih watak kartun itersebut  sebagai tema bagi majlis sambutan hari jadi Lara yang diadakan dengan cukup meriah itu. Dalam beberapa gambar yang telah dimuat naik di laman instagram mereka yang dimana untuk dikongsikan dengan peminat, Lara kelihatan seperti puteri yang sungguh comel dengan mengenakan gaun yang berwarna merah jambu dan kuning sepanjang acara majlis itu berlangsung.

Beberapa rakan artis yang turut hadir ketika majlis berlansung adalah seperti Neelofa dan juga Fouziah Ghous bersama suami serta anaknya Muhammad Zeeshan turut sama hadir pada majlis berkenaan selain daripada  keluarga, teman-teman rapat dan sanak saudara-mara untuk  menghangatkan lagi suasana sambutan hari jadi itu. Lara juga kelihatan amat gembira sekali bermain dan berseronok bersama rakan-rakan, disamping memperolehi tiga biji kek hari jadi yang cukup comel.

Selain itu juga di ruangan komen di laman instagram Lara juga turut dipenuhi dengan ucapan selamat hari jadi dari para peminat yang tidak putus-putus memuji kecomelan dan telatah Lara yang sentiasa mencuit hati itu. Jadi mari RP kongsikan beberapa gambar Lara Alana di sepanjang majlis sambutan Hari Jadi nya.

 

Lara Alana birthday

 

Lara Alana birthday

Semoga Lara membesar menjadi anak yang solehah.. Ramen Pedas.com

Sumber: Rotikaya

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan - Resepsi Anis Al-Idrus Dan Hani Era

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan – Resepsi Anis Al-Idrus Dan Hani Era

  Gambar Sekitar Majlis Pernikahan – Resepsi Anis Al-Idrus Dan Hani Era Dengan sekali lafaz …

Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00

Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00

  Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00 Setelah sekian lama …

Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival

Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival

  Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival Pada 2 Julai lalu, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *