Home » info makanan » Tips Elak Demam Selsema Berjangkit Satu Rumah Menggunakan Bawang

Tips Elak Demam Selsema Berjangkit Satu Rumah Menggunakan Bawang

Tips Elak Demam Selsema Berjangkit Satu Rumah

 

Tips Elak Demam Selsema Berjangkit Satu Rumah Menggunakan Bawang

Demam selsema memang merungsingkan jika kita terkenanya, sudah la demam, asyik bersin pulak tu. Habis apa sahaja kerja yang hendak di buat jadi tergendala. Hendak hilangkannya pun amatlah susah tambah -tambah jikalau terjangkit pula dekat kanak-kanak, lagi la payah.

Anda Pernah dengar tak petua orang-orang tua dulu-dulu ada berkata
“jikalau anak demam/selsema/batuk, ambilah bawang merah, kemudian kupas dan hiris. kemudian Letaklah dibawah bantal yang dia tidur, insyaAllah sehari dua dah sembuh”

Kebetulan, baru-baru ini PP ada terbaca satu artikel, yang menyatakan bawang amat elok untuk digunakan ketika demam selsem dan bawang juga dapat mengelakkan daripada demam tersebut berjangkit seluruh rumah. Jadi mari PP kongsikan  Tips Elak Demam Selsema Berjangkit Satu Rumah Menggunakan Bawang; 

Caranya adalah  dengan meletakkan bawang merah di bawah bantal orang atau anak  yang terkena demam selsema itu, selain itu letakkan juga di atas meja solek dalam bilik, di ruang tamu dan juga di dapur. Ini adalah untuk menggelakkan demam selsema ini berjangkit satu rumah. Insyaallah keesokan harinya, demam selsema akan berkurangan. jadi Apa yang ada pada bawang ni ye agaknya??

Berdasarkan daripada sumber FB dan menurut kajian ;

” Bawang adalah sejenis sayuran yang sememangnya mengandungi kandungan antioxidant yang amat tinggi dan mempunyai kimia yg bersifat asidik juga antibacteria.  oleh itu apabila semasa kita memotong bawang dan tiba-tiba mata rasa pedih, itu adalah kerana sebenarnya bawang tersebut  telah melepaskan gas yang bersifat antibakteria‘.

Sebab itulah apabila kita meletakkan bawang  di tepi katil orang demam atau selsema ianya boleh membantu mengurangkan selsema, kerana  bawang telah melepaskan gas antibakteria.

Selain itu jika anak demam selsema, mandikanlah dia dengan air rebusan daripada bawang kecil, caranya, rebus bawang hingga mendidih, apabila sudah suam barulh mandikan anak anda.
Tips : Jangan campurkan air rebusan dengan air sejuk, itu adalah pantang larangnya, jadi biarkan sahaja air rebusan tu suam dengan sendirinya.

Jadi kepada anda yang mempunyai anak yang kerap demam atau selsema dan batuk, bolehlah mencuba tips  ini ye. Seeloknya apabila salah seorang daripada ahli keluarga dah terkena tu, teruslah buat. InsyaAllah cara ni dapat mengelakkan daripada satu rumah berjangkit demam selsema.

Selamat mencuba-PaliPali.net

Sumber: FB

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00

Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00

  Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00 Setelah sekian lama …

Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival

Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival

  Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival Pada 2 Julai lalu, …

Terhangat Song Joong Ki & Song Hye Kyo Akan Berkahwin Oktober Ini

Terhangat Song Joong Ki & Song Hye Kyo Akan Berkahwin Oktober Ini

  Terhangat Song Joong Ki & Song Hye Kyo Akan Berkahwin Oktober Ini Akhirnya impian para …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *