Home » Informasi » Tidak Perlu Membasuh Telur Ketika Meyimpannya

Tidak Perlu Membasuh Telur Ketika Meyimpannya

Tidak Perlu Membasuh Telur Ketika Meyimpannya

 

Tidak Perlu Membasuh Telur Ketika Meyimpannya

Selalunya jika kita membeli telur pasti akan membasuhnya sebelum menyimpan, ini kerana kononnya kita merasakan telur  menjadi kotor keran terdedah kepada temapt atau kawasan yang menjualnya, sebenarnya  ianya tidak perlu pun, nka tahu sebab apa,  mari PP kongsikan kenapaTidak Perlu Membasuh Telur Ketika Meyimpannya;
Ini adalah keran pada kulit telur tersebut  mengandungi pori-pori dan selaput protection iaitu “Protective Bloom”. Itulah yang menghalang bakteria dan kotoran daripada masuk dalam telur. Jikalau kita membasuhnya,  lapisan itu akan hilang dan menyebabkan bakteria dan kotoran untuk mudah masuk.  Ianya juga akan menjadikan Telur makin cepat rosak.

Telur Mentah atau belum masak mengandungi “Protective Bloom”

“Protective Bloom” adalah perlindungan semulajadi yang telah Allah ciptakan pada telur ayam supaya dapat melindunginya daripada bakteria Salmonella. Lapisan ini jugalah yang melindungi anak ayam didalam telur daripada terkena bakteria Salmonella tersebut. Jikalau kita mecuci dan membasuh telur, pori-pori yang ada pada kulit telur menjadi terbuka, sehingga isi dalam telur akan  tercemar dengan bakteria. Kita mungkin tidak dapat melihat akan pori-pori itersebut, tetapi dengan cara membersihkan kulit telur  itu, akan mempermudahkan  isi telur terdedah kepada bakteria Salmonella.

Bahkan, di Luar negara, mereka telah melarang telur yang telah dicuci untuk dijual pada pengguna. Akan tetapi oleh kerana ada yng merasa geli  melihatkan kotoran yang ada pada telur tersebut, maka mereka mencuci telur itu dan menghalang lagi dengan lapisan lain untuk menghalang bakteria daripada masuk. Oleh sebab itu ada telur yang nampak sangat bersih sekali di supermarket atau pasaraya.

Apakah itu bakteria Salmonella!

Salmonella adalah merupakan sejenis bakteria jahat yang terkandung dan ada di dalam makanan termasuk ayam, tomato, kacang tanah dan juga ianya juga terdapat dalam makanan haiwan. Habitat yang paling subur bagi bakteria  ini adalah didalam usus haiwan dan manusia yang akan menyebabkan keracunan makanan. Jika anda terkena penyakit yang disebabkan oleh bakteria Salmonella ini, risikonya mungkin akan menyebabkan kematian. Namun begitu, jangan risau kita boleh melindungi diri kita daripda terkena jangkitan daripada bakteria jahat ini dengan menjaga dan mengamalkan kebersihan.

Dari manakah datangnya Bakteria Salmonella! 

Bakteria Salmonella terhasil daripada makanan yang berasal dari haiwan seperti daging, ayam, susu,  telur, produk susu dan juga makanan laut, Ianya juga terdapat dalam beberapa jenis sayur dan buah-buahan. Oleh sebab itu, kita tidak digalakkan untuk memakan makanan yang setengah matang atau tidak dimasak dengan sepenuhnya. Amalan memakan telur setengah masak yang sering menjadi menu sarapan di restoran-restoran adalah merupakan makanan yang kurang elok.  ini adalah kerana berkemungkinan besar untuk tercemar dengan bakteria Salmonella adalah sangat tinggi dan ini dikhawatiri akan menyebabkan keracunan makanan kepada para pelanggan.

Memasak dan mencuci bahan makanan boleh memberantas bakteria Salmonella.

Memasak makanan dengan sempurna dapat membunuh bakteria Salmonella. Meskipun anda membilas dan mencuci buah merupakan kebiasaan yang baik sebelum anda memakannya, namun ini juga tidak akan mampu untuk memberantas bakteria Salmonella. Terdapat juga  peringatan daripada Kementerian kesihatan untuk kita tidak memakan sesuatu makanan yang berpotensi tercemar.

Hindarkan Telur Yang Pecah Dan Kotor.

Bakteria daripada kotoran ayam yang ada pada  kulit telur dapat masuk melalui celah-celah telur yang sudah  retak dan pecah.

 

Tips memilih dan menyimpan Telur ;

– Pilih telur yang elok dan tidak retak.

– Hindari daripada membeli telur yang tak ada tarikh luputnya, akecuali anda yakin bahawa penjual tersebut selalu membeli dan membekalkan telur-telur yang masih segar.

– Telur yang lebih besar biasanya memiliki kulit yang lebih nipis berbandingkan telur kecil. Jadi kulit telur yang nipis itu lebih besar peluang untuk retak dan terdedah terhadap bakteria.

– Apabila ada telur yang sudah kotor dan retak, mencucinya pun tidak akan memperelokkanya. Lebih baik dibuang.

– Janganlh mencuci telur dan lalu menyimpannya. Apabila telur dicuci, lseharusnya terus digunakan dan dimasak. Ini kerana  kulit telur yang dicuci itu tidak hanya hilang lapisan Protective Bloom-nya. Akan tetapi apabila cuci, pori-pori yang pada kulit telur akan menjadi lembab, sehingga akan menyebabkan bakteria pembentukan bakteria..

– Simpan telur dalam bekas, tanpa dicuci terlebih dahulu  simpan telur didalam peti sejuk. Sila pastikan semua makanan yang ada didalam peti sejuk haruslah ditutup rapat.

– Ini Kerana kulit telur mempunyai pori-pori halus, makanan yang terlalu kuat baunya (seperti buah durian) boleh mencemari telur.

 

– Simpanlah telur pada bahagian dalam peti sejuk anda, bukan di sisi pintu peti sejuk, ini kerana  pintu akan sering dibuka dan ditutup, Ianya tidak bagus  untuk telur.

Seelok-elonya apabila anda balik simpan dalam peti terus. ini menjadikan telur lebih tahan lama. Apabila hendak  menggoreng, rebus untuk makan. Masa tu barulah dibasuh. Kemudian terus masak dan makan. Itu cara yang sebetulnya- PaliaPali.net

Check Also

Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00

Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00

  Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00 Setelah sekian lama …

Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival

Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival

  Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival Pada 2 Julai lalu, …

Terhangat Song Joong Ki & Song Hye Kyo Akan Berkahwin Oktober Ini

Terhangat Song Joong Ki & Song Hye Kyo Akan Berkahwin Oktober Ini

  Terhangat Song Joong Ki & Song Hye Kyo Akan Berkahwin Oktober Ini Akhirnya impian para …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *