Home » gambar artis » Sekitar Majlis Pernikahan Shahrol Shiro

Sekitar Majlis Pernikahan Shahrol Shiro

Sekitar Majlis Pernikahan Shahrol Shiro

 

Sekitar Majlis Pernikahan Shahrol Shiro

Pada hari ini pelawak, dj radio dan pengacara popular, Shahrol Shiro telah selamat menamatkan zaman dudanya bersama dengan gadis pujaan hatinya, iaitu Anna Danisha dengan tiga kali lafaz.

Shahrol Shiro atau nama sebenarnya, Shahrol Azizie Azmi, 31, telah selamat dinikahkan dengan isteri tercintanya iaitu Anna atau nama sebenarnya Nor Farhanah Syamimi, 26 dengan mas kahwin adalah senaskah kitab suci Al-Quran tepat pada jam 9.15 malam.

Majlis pernikahan mereka telah berlangsung dengan meriahnya di Dewan Jemerlang, Kampus Intan Wilayah Selatan, Kluang Johor. Anna Danisha dan Sharol Shiro telah mengenakan busana sedondon berwarna putih yang dimana ternyata menaikkan lagi seri wajah mereka.

Majlis Pernikahan tersebut telah dihadiri oleh tetamu-tetamu  yang terdiri daripada ahli-ahli keluarga, rakan-rakan artis dan teman rapat pengantin, majlis resepsi bagi pihak perempuan bakal berlangsung pada hari esok (19 Mac) dan manakala majlis resepsi bagi pihak lelaki pula bakal diadakan pada bulan Julai nanti, iaitu selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Untuk pengetahuan anda, sebelum ini Shahrol Shiro pernah berkahwin pada tahun 2008, namun mereka telah berpisah selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga. Hasil daripada perkahwinan lalu, Shahrol Shiro telah dikurniakan seorang anak lelaki, iaitu Muhd Adam Danish yang kini berusia lapan tahun. Jadi mari PP kongsikan beberapa gambar Sekitar Majlis Pernikahan Shahrol Shiro untuk tatapan anda;

 

Sekitar Majlis Pernikahan Shahrol Shiro

 

shahrol shiro bernikah

 

shahrol shiro bernikah

 

 

Tahniah PP ucapkan kepada Shahrol dan Anna, Semoga ikatan yang dibina kekal sehingga hujung nyawa dan ke jannah, tak sabar hendak tengok majlis resepsi esok lak nanti. –Palipali.net

Sumber: IG Erafm / astrogempak

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas Sultan Brunei

Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas Sultan Brunei

  Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas …

Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee

Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee

  Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee Tahniah …

Cosplay Anime Jepun Gadis Berhijab Tarik Perhatian Dunia

Viral Cosplay Anime Jepun Gadis Berhijab Tarik Perhatian Dunia

  Viral Cosplay Anime Jepun Gadis Berhijab Tarik Perhatian Dunia Peminat-peminat Anime jepun, seperti Naruto, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *