Home » percutian » PERKARA YANG KITA PERLU TAHU SEBELUM MELANCONG KE KOREA?

PERKARA YANG KITA PERLU TAHU SEBELUM MELANCONG KE KOREA?

PERKARA YANG KITA PERLU TAHU SEBELUM MELANCONG KE KOREA?

 

PERKARA YANG KITA PERLU TAHU SEBELUM MELANCONG KE KOREA?

Baru-baru ni PP banyak terbaca pengalaman kawan-kawan yang pernah bercuti ke Korea. Memang Nampak best je bila tengok gambar-gambar diorang kat sana. Bagi yang tak tahu lagi, Korea ni destinasi percutian yang sangat sesuai untuk keluarga dan pasangan berhoneymoon. Kalau ada rezeki satu hari nanti PP pasti nak kesana juga.

 

Di Korea ada 4 musim iaitu Musim sejuk, bunga, luruh dan musim panas menurut diorang Bagi sesiapa yang ingin melancong, dating waktu musim BUNGA, LURUH ATAU SEJUK adalah yang terbaik. Tapi biasanya orang suka melancong waktu Winter sebab cuti sekolah & nak rasa experience salji musim sejuk tu. Ada juga yang melancong waktu musim lain-lain. Bergantung kepada orang lain. Tapi ramai yang cakap,  musim luruh adalah paling best!

 

TETAPI kalau nak ke Korea, ada beberapa perkara yang kita wajib ambil tahu dan take noted awal-awal supaya bila kat sana nanti takda la kena kejutan budaya betul tak?? tempat orang jadi mesti banyak pekara yang jauh berbeza dari negara kita..antaranya..

 

Makanan halal susah nak dapat

Ada yang cakap susah, ada yang cakap senang. Tapi sebenarnya memang susah kalau kita punya tempat penginapan atau hotel  jauh sikit daripada kawasan Iteawon (kerana Itaewon adalah daerah yang banyak makanan halal). Takkan nak ulang alik pulak kan?

 

Sebenarnya kalau kita faham konsep makanan halal itu sendiri, banyak makanan korea seperti sayur-sayuran dan ikan boleh dicuba dan dimakan. Tapi manalah kita tahu ramuannya  dia letak apa? kuali dan periuk yang diorang guna pun leh jadi was-was  tambah-tambah kalau kita tak pandai bahasa korea?  jadi Cara paling selamat menurut orang yang dah pernah pergi korea, bawa la meggi, serunding banyak-banyak ya,

PERKARA YANG KITA PERLU TAHU KALAU MELANCONG KE KOREA?

Banyak Naik turuntangga

Ada terbaca post kat FB Muslimtravelbug. Diorang ni memang banyak share gambar-gambar dari Korea. Dan kalau suka tengok cerita korea mesti perasan yang kat sana memang tinggi-tingi tempatnya dan banyak naik turun tangga, pekara Ini memang disahkan oleh kawan-kawan yang dah balik dari Korea. Kalau bawa parents atau senior citizen, memang digalakkan sangat-sangat ambil pakej sahaja sebab boleh travel menaiki bas/van.  Tapi kalau group orang-orang muda, redah je. Sebab tu kat korea banyak perempuan yang kurus-kurus ni. diorang banyak bersenam dengan jalan kaki naik turun tangga.

Matawang Korea 3x lagi lebih tinggi

Ramai yang tak tahu bahagian ni. Ada yang ingat duit diorang nih  macam kat Indonesia. Dah sampai korea, semua ternganga jadi takut nak berbelanja sebab  tak cukup duit kena nak jimat sejimatnya.

dah Bersedia awal-awal, kononnya bawa RM1000 untuk perbelanjaan sahaja seminggu dah cukup. belum tentu lagi sebab sekali makan  kat sana pun lebih kurang rm 50 ringgit duit malaysia,  Tapi ikut orang la jugakan? Kalau kuat shopping, RM10000 pun tak cukup.

 masjid terbesar di korea

Susah nak cari tempat solat

Ini perkara paling penting bagi kita orang muslim. Kat korea memang agak susah nak solat. Tiada surau (bukan tiada, susah nak cari) . Masjid pun jauh. Tapi Tips mudah solat kat korea yang PP dapat adalah solat di fitting room, parking kereta, laluan tangga dan tempat-tempat tersembunyi. Kena bawa Sejadah/Tikar sembayang siap-siap. Yang perempuan pakai la pakaian yang  labuh berstoking dan boleh dibawa solat.  Nak pakai telekung terkejut orang korea tu nanti kalaus solat kat tangga kecemasan (kalau ada yang lalu la). Menurut info dari admin muslimtravelbug ,mereka ni tak kacau pun & tak kisah kita solat semua. Yang penting jangan menggangu lalu lintas (kat kawasan tu). Kebanyakkan mereka akan hairan dan curious sahaja.

 

Wifi ada dimana-mana sahaja

 yang nih best Wifi banyak. Pergi je coffee shop dan dapatkan password wifi diorang. Jangan risau terputus hubungan dengan  family kawan-kawan sebab korang masih boleh berhubung dengan whatsapp & Facebook. Oh lagi info menarik, nak beli sim kad kat korea sangat not recommended, sebab mahal dan perlu register guna passport lagi. Cerewet. Tapi wifi tu mudah didapati  dan ada kat mana-mana je. So senang la.

 

Toilet\Tandas  tiada paip air

Ini memang  masalah terutamanya wanita.. mana la tau nasib malang pegi bercuti datang period pulak?? ADuhh!! baik korang Sediakan botol air awal-awal. Untuk kegunaan kat toilet sebab kebanyakkan toilet korea ni memang tiada paip air. Susah nak hidup weh!  Tips daripada guide disana, cari mall yang high class seperti Hyundai Shopping Mall. Kebanyakkan toilet2 mereka  ni ada air pancut kat mangkuk tandastu, wangi dan rasa macam kat hotel. barula Selesa sikit nak gunakan.

 

Oke setakat nih lah yang PP boleh kongsikan PP pun dapat banyak Info dari page Muslimtravelbug nih, Diorang Jugak ada Menyediakan pakej-pakej murah ke korea!! kalau kita nak tahu lebih lanjut keunikkan korea Haruslah kita rasai sendiri pengalaman bercuti di sana.. nampaknya kena BUAT tabung khas nih!!  huhu

Boleh jugak usha pkej-pakej menarik daripada team student di Korea iaitu Muslimtravelbug.com Mereka ni ada sediakan pelbagai pakej jenisbackapackers (naik subway & bas awam), pakej jenis private (naik private van & bas) ataupun kalau nak senang tak payah banyak pikir ambil je pakej Fullboard diorang termasuk flight.

Ni FB Diorang sume maklumat ada disini  >>https://www.facebook.com/Muslimtravelbug

Ataupun Kalau nak lagi mudah tengok pakej menarik Lengkap dengan tarikh-tarikh  sedia ada yang PP dah list kan Jom Baca Entry Disini Senarai harga  pakej murah ke korea 2016 -Palipali.net 

Sumber : Muslimtravebug

Incoming search terms:

Check Also

Sinopsis Sha Dan Shah Astro Ria Hd

Sinopsis Sha Dan Shah Astro Ria Hd

Sinopsis Sha Dan Shah Astro Ria Hd     Novel Sha dan Shah ini akan diadaptasikan ke drama …

Diwale Filem Terhebat Shah Rukh Khan Dan Kajol

Diwale Filem Terhebat Shah Rukh Khan Dan Kajol 2015

  Diwale Filem Terhebat Shah Rukh Khan Dan Kajol 2015 Siapa yang tidak kenal dengan …

Dayana Isteri Pertama Ashraf muslim Selamat Melahirkan Bayi Lelaki Tahniah!

Dayana Isteri Pertama Ashraf muslim Selamat Melahirkan Bayi Lelaki Tahniah!

Dayana Isteri Pertama Ashraf muslim Selamat Melahirkan Bayi Lelaki Tahniah! Setelah Beberapa tahun Menunggu Akhirnya …

2 comments

  1. Salam,

    Sedikit tambahan. Untuk bab makan sebenarnya agak susah untuk pelancong yang pertama kali. Bagi saya yg menetap di sini, sebenarnya banyak sahaja tempat yg boleh dimakan oleh orang islam. Contoh nya kedai seafood, ikan goreng, belut goreng, sotong goreng sambal dan sebagainya. Cuma nak tahu tu perlu la belajar tulisan korea sedikit 🙂

    Untuk solat, kebiasaanya saya solat hampir dimana-mana sahaja. Orang korea sangat menghormati pelancong asing dan agama lain

  2. Perkongsian yang sangat menarik dan bermanfaat…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *