Home » gambar artis » Gaun Ala Barbie Anzalna Nasir Di Majlis Resepsi Ternyata Memukau

Gaun Ala Barbie Anzalna Nasir Di Majlis Resepsi Ternyata Memukau

Gaun Ala Barbie Anzalna Nasir Di Majlis Resepsi Ternyata Memukau

Gaun Ala Barbie Anzalna Nasir Di Majlis Resepsi Ternyata Memukau

Tahniah PP ucapkan kepada Anzalna Nasir dan suami tercintanya, Hanif Zaki kerana telah selamat mendirikan rumah tangga, pada 27 Februari pasangan romantis ini baru sahaja selesai mengadakan majlis resepsi mereka di Grand Hyatt Hotel, Kuala Lumpur. Majlis Resepsi yang bertemakan Royal British/Fairytale, majlis resepsi tersebut telah berlangsung dengan penuh warna-warni dan meriah sekali dengan kehadiran rakan-rakan artis iaitu, Fazura, Rozita Che Wan, Nora Danis, Dato Seri Vida dan ramai lagi yang turut sama meraikan majlis resepsi pasangan sama cantik sama padan ini.

Bersesuai dengan tema Royal British/Fairytale, gaun pengantin yang direjka khas untuk Anzalna ini ternyata memukau setiap tetamu yang hadir. Jika warna putih sudah terlalu biasa dan  klise serta selalu dipakai oleh pengantin pada hari resepsi mereka, Anzalna sememangnya bijak  memilih gaun berwarna-warni yang ala -ala gaun anak patung barbie ternyata menyenangkan pandangan mata. Sememangnya kelainan ini menjadi apabila dia tampil unik seta anggun jelita bak puteri raja di hari bahagianya.

Gaun unik tersebut adalah hasil rekaan dan ilham  kreatif Teuku Putra Aziz. Ianya juga  turut mendapat pujian pereka fesyen tempatan berprofil tinggi, iaitu Rizalman Ibrahim. Anzana turut meluahkan rasa terharu kepada pereka pakaiannya itu- (Dear Abang @putraaziz_cosry , Minta maaf buat abang pengsan, bangun, pengsan, bangun. Material dress ini ‘handpainted’ oleh ‘@gerekitualia’ dan ‘@ijartemir Abang’, ‘@putraaziz_cosry’ telah berulang-alik ke luar negara demi ‘dress’ ni. Betapa besarnya pengorbanan seorang ‘designer’ untuk merealisasikan baju permintaan ‘pengantin/customer’. Yang membuatkan abang @putraaziz_cosry lagi nervous apabila Anzalna menyarungkan Busana dari ‘@rizalman71′ untuk akad nikah. Tapi Alhamdulillah abang berjaya!! Sejujurnya Anzalna pulak rasa nak pengsan!,’ Congratulations’ abang @putraaziz_cosry)

Apa yang menariknya lagi doorgift  untuk majlis resepsi Anzalna ini telah turut ditaja oleh jenama wangian terkenal dan kosmetik British terkenal iaitu Dior.

Untuk pengetahuan anda juga , Anzalna dan juga suaminya Hanif telah pun berkenalan selama hampir 10 tahun.  Mereka juga ada menyatakan hasrat mahu pergi  berbulan madu di sebuah pulau akan tetapi dirahsiakan dimana dan akan khabarnya juga mereka akan pergi  mengerjakan umrah tidak lama lagi. Jom PP kongsikan gambar Gaun Ala Barbie Anzalna Nasir Di Majlis Resepsi yang Ternyata Memukau;

Gaun Ala Barbie Anzalna Nasir Di Majlis Resepsi

Gaun Ala Barbie Anzalna Nasir YANG CANTIK

MEMORI CINTA SURAYA

GOWN BARBIE ANZALNA NASIR

KINI MENJADI MEMORY CINTA ANZALNA DAN HANIF

RESEPSI ANZALNA NASIR DAN HANIF

GAMBAR KAHWIN ANZALNA NASIR YANG CANTIK

GAMBAR SANDING ANZALNA NASIR

Apapun memang cantik gila gaun pengantin Anzalna Nasir nih dan PP rasa baju anzalna lah antara baju pengantin paling tercantik tahun ini…pandai anzalna pilih.. kena lah  dengan temanya!! Anzalna sememangnya cantik bak anak patung Barbie. Jeles betul PP tengoknya.  Apepun Tahniah  PP doakan Semoga pasangan sweet couple  ini akan berkekalan dan berbahagia hingga ke syurga amin.- PaliPali.net 

~Inilah fairytale di alam nyata…#hanzalna

Sumber: IG #hanzalna/ Rotikaya / Ohbulan

 

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee

Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee

  Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee Tahniah …

Cosplay Anime Jepun Gadis Berhijab Tarik Perhatian Dunia

Viral Cosplay Anime Jepun Gadis Berhijab Tarik Perhatian Dunia

  Viral Cosplay Anime Jepun Gadis Berhijab Tarik Perhatian Dunia Peminat-peminat Anime jepun, seperti Naruto, …

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Dan Resepsi Anak Perempuan Aziz M Osman

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Dan Resepsi Anak Perempuan Aziz M Osman

  Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Dan Resepsi Anak Perempuan Aziz M Osman tahniah diucapkan kepada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *