Home » gambar anak artis » Gambar Eksklusif Perkahwinan Hwang Jung Eum Heroin She Was Pretty

Gambar Eksklusif Perkahwinan Hwang Jung Eum Heroin She Was Pretty

Gambar Eksklusif Perkahwinan Hwang Jung Eum Heroin She Was Pretty

 

Gambar Eksklusif Perkahwinan Hwang Jung Eum Heroin She Was Pretty

Hwang Jung Eum sudah berkahwin,  tahniah PP ucapkan,  beliau adalah pelakon drama korea yang cukup popular menerusi drama Kill Me Heal Me dan She Was Pretty, beliau telah melangsungkan perkahwinan dengan pemain golf terkenal Lee Young Don pada Jumaat 26 feb 2016. Majlis Perkahwinan pelakon cantik itu sememangnya paling meriah dan glamor sekali yang dimana turut dihadiri oleh beratus-ratus tetamu. Lebih daripada 700 tetamu telah menghadiri dan mengucapkan tahniah kepada pasangan pengantin baru tersebut.

Pada Disember 2015, pasangan itu telah mengakui khabar angin tentang status hubungan mereka selepas ramai paparazi yang menyebarkan berita tersebut. Pada bulan Januari, selepas lima bulan bercinta, pasangan itu telah mengumumkan tarikh perkahwinan mereka. Hwang Jung Eum telah terlalu sibuk untuk beberapa bulan yang lepas untuk mempersiapkan majlis  perkahwinan mereka.

Menurut Hwng Jung Eum , ‘Pada mulanya saya suka dia kerana dia kacak. Selepas mengenalinya dengan lebih rapat, saya mula mendapat tahu bahawa dia seorang yang menghormati orang lain dan mempunyai hati yang baik, yang dimana saya suka begitu banyak tentang dia. Saya mahu menghabiskan masa selamanya bersama dengannya.

Pelakon itu berkata dia terlalu teruja  untuk berlakon lagi lagi. “Secara jujurnya , saya mahu berehat sedikit (selepas perkahwinan) tetapi kerana saya harus bersedia untuk majlis perkahwinan, akan tetapi saya juga mula menyedari bahawa set penggambaran adalah satu-satunya tempat kerja yang saya amat suka sangat. Saya akan kembali dengan kerja-kerja yang baik tidak lama lagi.”

Pada majlis tersebut Hwang telah melemparkan bunga tangan beliau kepada pelakon Park Han Byul, iaitu merupakan kawan baiknya sejak sekolah menengah. Pelakon Lee Soon Jae, telah merasmikan majlis yang  dimana Hwang Jung Eum telah berlakon bersama di dalam sitkom  High Kick Through The Roof

Pasangan popular Hwang Jung Eum dalam drama dan pelakon lelaki terkenal drama-drama korea iaitu Park Seo Jun dan Ji Sung turut menghadiri majlis perkahwinan tersebut dan selebriti lain juga iaitu Min Han Groo, Oh Yoon Ah, Bada, dan Sugar Ayumi. JYJ Junsu turut menyanyi di majlis perkahwinan Hwang Jung Eum ini..Jom PP kongsikan Gambar Eksklusif Perkahwinan Hwang Jung Eum Heroin She Was Pretty; 

 

Gambar Eksklusif Perkahwinan Hwang Jung Eum Heroin She Was Pretty

 

hwang jung eum wedding

 

hwang jung eum wedding

 

heroin kill me heal me kahwin

heroin kill me heal me kahwin

cantiknya majlis perkahwinan  Hwang Jung Eum nih… tahniahh –PaliPali.net

Sumber: dramafever

 

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan - Resepsi Anis Al-Idrus Dan Hani Era

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan – Resepsi Anis Al-Idrus Dan Hani Era

  Gambar Sekitar Majlis Pernikahan – Resepsi Anis Al-Idrus Dan Hani Era Dengan sekali lafaz …

Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00

Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00

  Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00 Setelah sekian lama …

Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival

Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival

  Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival Pada 2 Julai lalu, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *