Home » info makanan » Cara Mudah Untuk Menghilangkan Kesan Kunyit

Cara Mudah Untuk Menghilangkan Kesan Kunyit

Cara Mudah Untuk Menghilangkan Kesan Kunyit

 

Cara Mudah Untuk Menghilangkan Kesan Kunyit

Siapa yang tidak kenal dengan kunyit, iaitu bahan yang sering digunakan dalam masakan. Kunyit atau dengan nama latinnya curcuma longa adalah merupakan salah satu bahan paling wajib  dan sering ditambahkan ke dalam bahan masakan dan digunakan sebagai pewarna semulajadi (kuning) untuk masakan gulai, sebagai penambah rasa, sebagai bahan ntuk menggoreng dan juga sebagai  ubat tradisional yang memiliki khasiat untuk kesihatan tubuh maupun untuk kecantikan  wajah. Akan tetapi, penggunaan kunyit pada masa sekarang ini semakain  berkurangan. Ini adlah disebabkan warna kunyit yang kuning itu sangat pekat dan susah untuk  dihilangkan.
Bagaimana Menghindar Kesan Kunyit:
Untuk menghindarkan warna kunyit melekat pada tangan,  sebaiknya kupaslah kunyit di bawah air yng mengalir kerana warna kunyit akan langsung hilang bersama air. Ketika mengupasnya, kunyit janganlah dipegang erat-erat.  Selain itu  sebelum mengupas kunyit, lumurkan tangan anda dengan minyak kelapa. Ini adalah kerana sifat minyak kelapa yang licin akan membuatkan warna kunyit tidak sempat untuk melekat pada tangan. Akhir sekali, pakailah kunyit serbuk, ini kerana warnanya tidak akan sepekat kunyit segar dan tidak meninggalkan kesan. Jadi mari PP kongsikan Cara Mudah Untuk Menghilangkan Kesan Kunyit jika sudah terkena;

 

1. Cara menghilangkan kesan kunyit pada tangan

Gunakanlah minyak kayu putih, minyak zaitun, alkohol berkadar ringan ataupun parutan lengkuas. Pilihlah satunya dan caranya adalah gosok-gosokan salah satu bahan yang sudah anda pilih tadi ke bahgian tangan yang terkena kesan kunyit hingga pudar. Kemudian, cucilah tangan (gunakanlah sabun jika perlu) dan bilaslah  sehingga bersih. Ulangi langkah-langkah tersebut jika kesan kunyit masih  belum hilang.

 

2. Cara menghilangkan kesan kunyit pada pakaian

Caranya, gunakanlah air kapur sirih, limau nipis atau garam.  Jika anda menggunakan air kapur sirih, cukuplah hanya sapukan ke bahagian kain yang terkena kesan kunyit, sental dan bilaslah hingga bersih. Jika anda menggunakan garam, basahkan dahulu kain yang kena kesan kunyit tersebut, lalu taburkan garam. Biarkan kain selama 30 menit. Setelah itu bolehlah dicuci dan bilas seperti biasa. Yang terakhir sekali, jika anda menggunakan limaunipis, hirislah limau nipis dan gosokkan pada  kain yang terkena kunyit tadi, selepas itu bolehlah dicuci dan dibilas seperti biasa.

 

3. Cara menghilangkan kesan kunyit di blender

Caranya, gunakanlah baking soda. Cara untuk membuatnya, campurkan baking soda dengan sedikit air dan gaul sehingga teksturnya menyerupai ubat gigi. Jika sudah siap, sapukan pes pada blender dan gosok, kemidian cuci dan bilaslah sehingga bersih.

 

4. Cara menghilangkan kesan kunyit di lantai

Caranya, gunakanlah pemutih pakaian.  Gosok lantai menggunakan kain lap  yang sudah dibasahi dengan pemutih pakaian (cair). Jika ianya sudah bersih, lantai bolehlah dilap seperti biasa.
ha itulah cara mudah yang dapat PP kongsikan untuk menghilangkan kesan kunyit. Selamat mencuba-PaliPali.net
Sumber: lingkarmerah

Incoming search terms:

Check Also

Fikry Dan Daniel Berentap Dalam Super Spontan Superstar 2017

Fikry Dan Daniel Berentap Dalam Super Spontan Superstar 2017

  Fikry Dan Daniel Berentap Dalam Super Spontan Superstar 2017 Jangan lupa untuk menyaksikan Super Spontan …

AF Megastar 2017 Gabungkan Bekas Juara-Juara Dan Alumi Akademi Fantasia

AF Megastar 2017 Gabungkan Bekas Juara-Juara Dan Alumi Akademi Fantasia

  AF Megastar 2017 Gabungkan Bekas Juara-Juara Dan Alumi Akademi Fantasia Siapa yang tidak mengetahui …

2 Resepi Kek Milo Viral Yang Mudah Dan Sedap

2 Resepi Kek Milo Viral Yang Mudah Dan Sedap

  2 Resepi Kek Milo Viral Yang Mudah Dan Sedap Baru- baru ini heboh diperkatakan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *