Home » Drama Adaptasi Novel » Sipnosis Tundukkan Playboy Itu Drama Terbaru Slot Akasia

Sipnosis Tundukkan Playboy Itu Drama Terbaru Slot Akasia

Sipnosis Tundukkan Playboy Itu Drama Terbaru Slot Akasia

 

Sipnosis Tundukkan Playboy Itu Drama Terbaru Slot Akasia

Drama terbaru yang diadaptasi daripada novel Tundukkan Playboy Itu karya novelis Anjell  mengisi slot Akasia TV3 menggantikan Cinta Si Wedding Planner. Drama terbitan daripada A-Ten Alliance (M) Sdn. Bhd. ini mendapat hasil sentuhan pengarah terkenal Keoi Hj Khalid dan skrip daripada Mufid Suhaimi. Drama ini dibintangi oleh pelakon baru Hafidz Roshdi dan Uqasha Senrose sebagai teraju utama. Drama ini mengisahkan tentang jejaka kasanova yang mencuba untuk memahami erti cinta apabila dia tiba-tiba terpaut dengan pandangan mata daripada seorang model misteri yang memakai niqab. Drama ini akan  bermula pada 17 Februari ini, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6.58 petang hanya di TV3.
TAJUK DRAMA : TUNDUKKAN PLAYBOY ITU
EPISOD : 30 episod, TARIKH BERMULA: 17 Februari 2016, HARI & MASA : Isnin–Khamis Jam 6.58 petang
SIARAN : Slot Akasia di TV3, SKRIP OLEH: Mufid Suhaimi, PENGARAH : Khairul Amri Haji Khalid (KEOI)
TERBITAN : A-Ten Alliance (M) Sdn. Bhd.
PARA PELAKON : Hafidz Roshdi (sebagai Harraz Naufal), Uqasha Senrose (sebagai Nurin Arissa), Alif Satar (Farhan Badriz), Ridzuan Hashim (sebagai Tan Sri Mukhriz), Mawar Rashid (sebagai Elfira), Marisa Yasmin (sebagai Datin Maria), Maria Farida ( sebagai Puan Sri Rosell) dan ramai lagi.

OST TUNDUKKAN PLAYBOY ITU
Lagu : Tak Ada Cinta Sepertimu, Artis : Siti Nurdiana dan Aliff Aziz
JOM PP KONGSIKAN SINOPSIS TUNDUKKAN PLAYBOY ITU

Novel ini mengisahkan Harraz Naufal (Hafidz Roshdi) seorang jejaka kaya yang suka bermain cinta atau cukup dikenali sebagai playboy dan suka membuang masa dengan hiburan semata-mata. Perangainya pula amat sukar untuk difahami sama ada sebagai seorang majikan atau mahupun sebagai seorang anak. Adakalanya dia bersifat manja, adakalanya juga dia juga seorang yang bersifat panas baran. Sikapnya sentiasa berubah-ubah dan memang sukar untuk difahami. Walaubagaimanapun dia adalah seorang yang bertanggungjawab apabila menerajui syarikatnya selaku Ketua Pegawai Eksekutif Harraz Holding.

Satu hari Tan Sri Mukhriz bertemu Suffian (Mahmud Ali Bashah) rakan lamanya. Di dalam pertemuan tersebut, Tan Sri Mukhriz telah bertemu dengan Nurin Arissa (Uqasha Senrose), anak kepada Suffian yang dirasakannya mempunyai sesuatu  yang istimewa tentang dirinya . Nurin yang baru sahaja tamat pengajian peringkat sarjana dalam bidang arkitek telah ditawarkan untuk bekerja di syarikat Harraz. Nurin yang sememangnya menunggu peluang kerja bersedia untuk ditemuduga oleh Harraz namun Nurin kecewa apabila Harraz meletakkan syarat untuk dia perlu membuka tudungnya sebelum diterima bekerja atas alasan adlah kerana syarikatnya bertaraf antarabangsa. Namun Nurin tetap dengan pendiriannya dan walaupun berat hati dia tetap menolak syarat Harraz.

Tan Sri Mukhriz yang cuba membela Nurin telah memaksa Harraz untuk menerima Nurin bekerja sebagai arkitek baru di syarikat mereka. Harraz walaubagaimana pun terpaksa akur dan dalam pada masa yang sama Harraz semakin marah pada ayahnya dan mula semakin membenci Nurin. Ada saja cubaan daripada Harraz untuk menyusahkan Nurin di tempat kerja. Tetapi berbeza pula dengan Farhan (Alif Satar), iaitu  sepupu kepada Harraz. Dia bagaikan sudah mulai jatuh cinta pandangan pertama apabila melihat Nurin. Hanya Farhan sahaja yang selalunya membantu Nurin dalam melakukan pekerjaannya sambil itu dia merahsiakan hubungan persaudaraannya dengan Harraz.

Semakin lama Nurin sudah berkhidmat di syarikat itu, Harraz mula menyedari bahawa Nurin adalah sememangnya pekerja yangcukup cekap dan berkebolehan. Hati Harraz mulai berubah, namun dia tidak dapat fahami akan apa yang dialaminya, oleh kerana gadis yang bertudung sememangnya bukan citarasa Harraz.

Pada suatu hari, Nurin terpaksa untuk membantu rakannya, Nashrain Lee (Ben Asri) iaitu seorang pereka fesyen yang telah kekurangan seorang model. Nurin meragakan persalinan muslimah beserta niqab yang menutupi sebahagian wajahnya. Majlis pertunjukkan fesyen tersebut turut dihadiri oleh Harraz. Bagaikan magis, seiring ketika Nurin melangkah ke pentas peragaan, Harraz tiba-tiba terpaut dengan panahan mata Nurin tanpa menyedari bahawa itu sememangnya adalah Nurin. Sejak daripada itu, Harraz mula berusaha untuk mengenali dan menjejaki model tersebut. Dan dalam waktu yang sama hubungan antara Nurin dan Harraz mulai semakin akrab dan berita itu telah tidak disenangi oleh Elfira (Mawar Rashid) yang turut memburu cinta Harraz.

Sipnosis Tundukkan Playboy Itu Drama Terbaru Slot Akasia
uqasya senrose

uqasya senrose

adakah mampukah Nurin untuk menundukkan sikap playboy ‘Harraz’ itu? Adakah Harraz bakal mula untuk memahami erti sebenar cinta? Dan apakah yang bakal Elfira lakukan untuk  memusnahkan kerjaya Nurin? sama-sama kita saksikan. macam sweet je cite nih jom-jom tengok –PaliPali.net

Sumber: myinfotaip.com

Incoming search terms:

Check Also

Resepi Kiub Pati Ayam Homemade Yang Mudah Dan Ringkas

Resepi Kiub Pati Ayam Homemade Yang Mudah Dan Ringkas

  Resepi Kiub Pati Ayam Homemade Yang Mudah Dan Ringkas Pastinya ramai yang amat gemar …

Resepi Viral Mee Kicap Wantan Dan Sup Wantan Adam Corrie

Resepi Viral Mee Kicap Wantan Dan Sup Wantan Adam Corrie

  Resepi Viral Mee Kicap Wantan Dan Sup Wantan Adam Corrie Siapa yang tidak kenal …

Gambar Sekitar Majlis Mohon Restu Laudya Cynthia Yang Bakal Bernikah

Gambar Sekitar Majlis Mohon Restu Laudya Cynthia Yang Bakal Bernikah

  Gambar Sekitar Majlis Mohon Restu Laudya Cynthia Yang Bakal Bernikah Aktres terkenal negara Indonesia iaitu …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *