Home » gambar artis » Senarai Pemenang Anugerah Meletop Era 2016

Senarai Pemenang Anugerah Meletop Era 2016

Senarai Pemenang Anugerah Meletop Era 2016

 

Senarai Pemenang Anugerah Meletop Era 2016

Pada Ahad 28 Februari 2016 jam 9.00 malam , telah berlangsungnya Majlis Anugerah Meletop ERA (AME 2016) yang diadakan bertempat di Pusat Konvensyen CIDB, Kuala Lumpur, ianya telah turut dihadiri oleh ramai selebriti-selebriti hiburan tanah air. Pada malam tersebut  para penggiat seni atau selebriti-selebriti hiburan tanah air telah memenangi setiap kategori dipertandingkan pada malam kemuncak penganugerahan itu antaranya Johan Raja Lawak, Ayda Jebat, Akim & The Majistret dan ramai lagi.

Gelagat 4 pengacara iaitu Nabil, Dato Ac. Mizal, Jihan Musa dan Neelofa sememangnya menciut hati dan menghiburkan. Persembahan-persembahan pada malam itu juga rata-rat amat menarik sekali. paling mencuri tumpuan adalah pasangan paling hot iaitu Akim dan Stacy. Kemunculan mereka ternyata memukau penonton yang hadir pada malam tersebut. Antara persembahan lain ialah daripada Dato Siti Nurhaliza, Slam, Ayda Jebat, Syamel dan Siti Nordiana dan ramai lagi. 

Kesemua Pemenang Anugerah Meletop ERA AME 2016  bagi setiap kategori yang telah dipertandingkan dalam Anugerah MeleTOP ERA 2016 akan menerima hadiah berupa wang tunai sebanyak RM5,000 beserta sebuah trofi sumbangan daripada Astro.

Jom PP  kongsikan  senarai penuh dan rasmi keputusan  bagi setiap pemenang Anugerah Meletop ERA (AME) malam semalam:

DRAMA MELETOP: M.A.I.D

ARTIS LAWAK MELETOP: Johan

HOS MELETOP: Dato AC Mizal

PELAKON MELETOP: Ayda Jebat

PROGRAM MELETOP: Gegar Vaganza 2015

LAGU MELETOP: Siapa Diriku – Ayda Jebat

PENYANYI MELETOP: Ayda Jebat

GRUP/DUO MELETOP: Akim & The Majistret

PENYAMPAI RADIO MELETOP: Johan

PROGRAM RADIO MELETOP: JoHaRa Pagi Era

FILEM MELETOP: Polis Evo

BINTANG FILEM MELETOP: Zizan Razak

FESYEN MELETOP: Dato’ AC Mizal

ARTIS BARU MELETOP: Mira Filzah

BINTANG ONLINE MELETOP: Dato’ Siti Nurhaliza

COUPLE MELETOP: Johan dan Ozlyn

Pemenang Kategori :-

Top Top MeleTOP: (Bagi Kategori Lelaki)- Johan Pemenang Kategori 

Top Top MeleTOP: ( Bagi Kategori Wanita) -Ayda Jebat

Anugerah Khas Meletop: Zulkarnain Hassan (bekas pengulas sukan) – menerima trofi serta sumbangan dari Astro bernilai RM20,000 serta jersi pasukan Arsenal yang telah ditandatangi oleh kesemua pemain Arsenal.

AME 2016

akim ame 2016

 

akim ame 2016

 

AME 2016

Tahniah PP ucapkan kepada semua pemenang. –PaliPali.net

Sumber: mysumber

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Sekitar Majlis Resepsi Laudya Cynthia Bella Dan Engku Emran Di Bandung

Gambar Sekitar Majlis Resepsi Laudya Cynthia Bella Dan Engku Emran Di Bandung

      Gambar Sekitar Majlis Resepsi Laudya Cynthia Bella Dan Engku Emran Di Bandung …

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi

  Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi Tahniah diucapkan kepada Elfira Loy …

Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas Sultan Brunei

Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas Sultan Brunei

  Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *