Home » gambar artis » Sekitar Majlis Persandingan Angah Raja Lawak Dan Wawa

Sekitar Majlis Persandingan Angah Raja Lawak Dan Wawa

Sekitar Majlis Persandingan Angah Raja Lawak Dan Wawa

 

Sekitar Majlis Persandingan Angah Raja Lawak Dan Wawa

Pada 20/02/2015 telah berlangsungnya Majlis Persandingan atau resepsi pelawak terkenal, pelakon serta pengacara iaitu Angah Raja Lawak, 38, dan pasangannya pilihan hatinya Amira Asyura Abd Razak, 20 atau yang lebih mesra dikenali sebagai Wawa, majlis diadakan bertempat di Dewan Tun Ali, Bukit Katil, Melaka.

Ketika majlis tersebut berlangsung, mereka turut mengadakan majlis merenjis dan menepung tawar bagi meraikan kedua pasangan pengantin tersebut dan apa yang menariknya majlis tersebut di acarakan oleh Nabil Ahmad yang sememangnya menjadikan majlis tersebut cukup meriah dengan telatahnya yang bersahaja.  Majlis Persandingan yang sangat meriah ini turut dihadiri oleh seluruh kaum keluarga dan juga sahabat handai Angah raja lawak dan Wawa serta diserikan lagi dengan kehadiran pelawak-pelawak tanah air iaitu Tauke, Shahrol Shiro, Johan dan isterinya, Fad bocey dan isterinya, kumpulan Bora, Zalif Sidek sebagai pengapit, Mie raja lawak, dan artis – artis yang tanah air yang turut hadir adalah seperti seperti Nasieer Wahab, Rahmat Mega dan ramai lagi. Selain itu, majlis resepsi tersebut turut diserikan lagi dengan kehadiran penceramah terkemuka iaitu Ustaz Hazlin Bollywood dan juga kehadiran isteri Timbalan Perdana Menteri Malaysia iaitu Datin Seri Hamidah Khamis.

Pasangan dua sejoli ini mengenakan busana bewarna putih yang direka khas oleh kashfizulkufli, Wawa kelihatan cukup cantik, anggun dan menawan dengan gaun yang dipakainya serta ianya menaikan lagi seri pengantinnya. Angah pula  begitu segak memakai kot warna sedondon dengan Wawa. Mereka berdua kelihatan sungguh gembira dan bahagia sekali semasa majlis tersebut berlangsung . Jadi mari PP kongsikan beberapa gambar Sekitar Majlis Persandingan Angah Raja Lawak Dan Wawa, 

 

Sekitar Majlis Persandingan Angah Raja Lawak Dan Wawa

 

angah raja lawak kawin

PP harapkan semoga ikatan yang telah terbina ini dapat dikekalkan hingga ke jannah, tahniah Angah dan Wawa-Palipali.net

Sumber: IG Angah_lawaking

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Sekitar Majlis Resepsi Laudya Cynthia Bella Dan Engku Emran Di Bandung

Gambar Sekitar Majlis Resepsi Laudya Cynthia Bella Dan Engku Emran Di Bandung

      Gambar Sekitar Majlis Resepsi Laudya Cynthia Bella Dan Engku Emran Di Bandung …

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi

  Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi Tahniah diucapkan kepada Elfira Loy …

Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas Sultan Brunei

Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas Sultan Brunei

  Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *