Home » gambar artis » Sekitar Majlis Malam Berinai Wawa Dan Angah Raja Lawak

Sekitar Majlis Malam Berinai Wawa Dan Angah Raja Lawak

Sekitar Majlis Malam Berinai Wawa Dan Angah Raja Lawak

 

Sekitar Majlis Malam Berinai Wawa Dan Angah Raja Lawak

Pada malam ini telah berlangsungnya Majlis malam Berinai Wawa iaitu bakal isteri Angah  Raja Lawak ataupun nama sebenarnya Iskandar Shah Hashim. Angah Raja Lawak sememangnya sudah cukup dikenali ramai selepas beliau memasuki pertandingan Raja Lawak pada tahun 2007 yang pertama sekali diadakan bersama dengan pelawak-pelawak yang cukup terkenal sekarang iaitu, Arwah Yus jambu, Tauke, Johan , Zizan dan ramai lagi. Walaupun Angah tidak memenangi Raja Lawak, beliau telah menjadi pelawak yang cukup dikenali dengan berbagai jenis filem komedi yang dilakonkannya bersama Along Cham.

Antara filem lakonan Angah Raja Lawak adalah Alamak Toyol, Shhh Dia Datang, Wawa Semput, Zoo, Cinta Ekstra dan Adnan Sempit. Filem yang melonjakkan nama beliau adalah filem lakonannya bersama dengan Shaheizy Sam dan Azad Jasmin iaitu Ngangkung, yang dimana telah meletup di panggung sehingga dapat mencatatkan  kutipan melebihi RM8 juta. Pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) pada tahun 2010, Angah Raja Lawak telah turut dicalonkan dalam kategori Artis Komedi Lelaki Popular bersama-sama dengan rakan-rakan seperjuangannya daripada program Raja Lawak iaitu  Johan, Zizan, Along Cham, dan juga Nabil.

Pada 17 Januari 2015, Angah Raja Lawak telah selamat bertunang dengan gadis pilihan hatinya iaitu Ameera Asyura ataupun lebih dikenali dengan paggilan Wawa, dan pada malam ini juga telah berlangsungnya Majlis Berinai untuk Wawa bakal isteri  Angah Raja Lawak dan Angah telah berkongsikan gambar-gambar  semasa berlangsungnya majlis tersebut di Instagram miliknya. Jadi mari PP kongsikan beberapa gambar Sekitar Majlis Malam Berinai Wawa Dan Angah Raja Lawak;

Sekitar Majlis Malam Berinai Wawa Dan Angah Raja Lawak

angah raja lawak

 

angah raja lawak

cantiknya inai corak inai yang Wawa pakai nih… tak sabar nak tunggu majlis pernikahan dan persandingan pula.-PaliPali.net 

Sumber: IG angah_lawaking

Incoming search terms:

Check Also

Viral Video Eksklusif Majlis Pertunangan Fattah Amin Dan Fazura

Viral Video & Gambar Eksklusif Majlis Pertunangan Fattah Amin Dan Fazura

    Viral Video & Gambar Eksklusif Majlis Pertunangan Fattah Amin Dan Fazura Pada 23/11/2017 …

Sipnosis Drama Korea Terbaru Nothing To Lose- Yun Woo Jin & Park Eun Bin

Sipnosis Drama Korea Terbaru Nothing To Lose- Yun Woo Jin & Park Eun Bin

  Sipnosis Drama Korea Terbaru Nothing To Lose- Yun Woo Jin & Park Eun Bin …

Sipnosis Drama My Coffee Prince - Fattah Amin Dan Janna Nick

Sipnosis Drama My Coffee Prince – Fattah Amin Dan Janna Nick

  Sipnosis Drama My Coffee Prince – Fattah Amin Dan Janna Nick Jangn lupa untuk …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *