Home » info makanan » Kebaikan Dan 9 Manfaat Kulit Telur Yang Kita Tidak Ketahui

Kebaikan Dan 9 Manfaat Kulit Telur Yang Kita Tidak Ketahui

Kebaikan Dan 9 Manfaat Kulit Telur Yang Kita Tidak Ketahui

 

Kebaikan Dan 9 Manfaat Kulit Telur Yang Kita Tidak Ketahui

Telur adalah merupakan makanan yang paling digemari oleh kita kita semua. Ianya merupakan makanan yang paling senang untuk dimasak dan memepunyai banyak kegunaanya. antara adalah membuat kek, membuat kuih, menjadi lauk dan banyak lagi. Akan tetapi kulit telur tersebut pasti kita akn membuangnya terus tnpa memeikirkan apa kegunaannya. Jadi mari PP kongsikan apa Kebaikan Dan 9 Manfaat Kulit Telur Yang Kita Tidak Ketahui;

 

1. Membunuh Serangga

Caranya: Kulit telur dikeringkan terlebih dahulu, kemudian tumbuk halus sehingga menjadi serbuk seperti tepung, simpan didalam botol kaca, ianya tahan lama untuk disimpan, tidak memudaratkan manusia, taburkan  serbuk kulit telur tadi di kawasan tanaman anda yang telah terkena serangan serangga perosak. Bagi tikus pula , taburkan ditempat laluan tikus itu contoh bawah pintu-pintu dapur anda. Bagi lipas pula cranya sama taburkan saja serbuk itu di celah-celah dapur anda yang anda pasti laluan lipas tersebut. Taburkan pada waktu malam,  keesokan paginya kesemua serangga dan tikus akan mati akibat menghidu serbuk kulit telur tersebut.

2. Baja:
Salah satu antara cara terbaik untuk menggunakan kulit telur adalah dengan menjadikannya baja. Ini kerana kulit telur kaya dengan kalsium. Kulit telur tersebut akan hancur dan merebak di tanah sehingga ianya menjadi baja yang mengandungi banyak kalsium.

3. Bekas untuk menanam:
Anda boleh menanam anak benih kecil di bahagian kulit telur. Sila pastikan anda membuat lubang saliran kecil untuk memudahkan anak benih untuk  tumbuh.

4. Mengatasi maslah saluran air yang tersumbat:
Adakah saluran air di dapur anda sering mengalami masalah tersumbat? Caranya mudah saja, haluskan kulit telur sehingga menjadi serbuk, kemudian tuangkan  dalam saluran tersebut dan biarkan selama semalaman. Anda juga boleh menambahkan sedikit cuka untuk hasil yang terbaik.

5. Makanan haiwan:
Kulit telur sememangnya kaya dengan kalsium, zat besi dan juga mineral, aoleh itu nda dapat memberikannya pada haiwan peliharaan anda. Caranay, tambahkan kulit telur yang sudah dihancurkan itu ke dalam makanan haiwan untuk menambahkan nutrisi.

6. Racun perosak organik:
Caranaya, hancurkan kulit telur tersebut dan kemudian taburkanlah di sekitar tanaman sayuran dan buah-buahan. Selain ianya tidak akan merosakan tanaman, kulit telur berkuasa untuk mengusir hama seperti siput, ulat atau lalat  .

7. Membersihkan alatan dapur:
Anda boleh mencampurkan kulit telur yang sudah dilumatkan dan tambahkan sedikit cuka untuk membersihkan peralatan di dapur anda. Ini kerana kulit telur akan  bertindak sebagai scrub untuk membersihkan peralatan-peralatan di  dapur.

8. Perawatan kulit muka:
Caranya, haluskan kulit telur telur dan campurkannya dengan putih telur. Sapukan ramuan tersebut pada wajah anda dan biarkan sehingga kering. Kemudian bilaslah dengan air sejuk untuk mendapatkan kulit yanag bercahaya dan anjal. Kulit telur serta putih telur amat mujarab untuk  melawan proses penuaan dan membuat kulit anada kelihatan bersinar.

9. Mengurangkan rasa pahit pada kopi:
Jika anda inginkan rasa kopi anda tidak terlalu pahit, ada cara lain selain gula. Jika anda ingin membuat kopi yang manis itu tidak akan pahit, tambahkan kulit telur yang sudah dihaluskan tadi ke dalam gelas. Masukan serbuk kopi,  kemudian baru dibancuh. Hal Ini tidak akan merosakn rasa kopi tetapi akan membuat rasa pahitnya berkurang.

ha itulh antara kebaikan dan manfaat kulit telur, tetapi harus diingat, cubalah mengikut kesesuaian menggunakan kulit telur tersebut, PP hanya sekadar berkongsi. –PaliPali.net

Sumber: merdeka.com

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee

Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee

  Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee Tahniah …

Cosplay Anime Jepun Gadis Berhijab Tarik Perhatian Dunia

Viral Cosplay Anime Jepun Gadis Berhijab Tarik Perhatian Dunia

  Viral Cosplay Anime Jepun Gadis Berhijab Tarik Perhatian Dunia Peminat-peminat Anime jepun, seperti Naruto, …

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Dan Resepsi Anak Perempuan Aziz M Osman

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Dan Resepsi Anak Perempuan Aziz M Osman

  Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Dan Resepsi Anak Perempuan Aziz M Osman tahniah diucapkan kepada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *