Home » gambar artis » Foto Eksklusif Majlis Pernikahan Anzalna Nasir dan Mohamad Hanif

Foto Eksklusif Majlis Pernikahan Anzalna Nasir dan Mohamad Hanif

Foto Eksklusif Majlis Pernikahan Anzalna Nasir dan Mohamad Hanif

Foto Eksklusif Majlis Pernikahan Anzalna Nasir dan Mohamad Hanif

Setelah mengenali hati budi selama 10 tahun pada tarikh 21/02/2016 akhirnya pelakon cantik jelita Anzalna Nasir telah selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya iaitu Mohamad Hanif Mohamad Zaki dengan hanya sekali lafaz sahaja dan telah disaksikan oleh jurunikah Mohd Abd Nasir bin Abdullah pada  jam 9.18 pagi tadi. Pasangan ini juga telah selamat dinikahkan oleh bapa kepada Anzalna sendiri iaitu Prof. Madya Dr. Md. Nasir Ibrahim.

Majlis yang telah dihadiri kaum keluarga, sanak saudara, rakan-rakan artis dan tetamu yang terdekat ini telah diadakan sepenuhnya bertempat di Pacific Ballroom Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur. Anzalna Nasir menerima mas kahwin berjumlah RM 1000 dan pada majlis itu juga, pihak perempuan telah menerima 7 dulang hantaran daripada pihak pengantin lelaki dan manakala berbalas 9 dulang hantaran daripada pihak pengantin perempuan.

Pada majlis pernikahan tersebut dengan busana rekaan Rizalman Ibrahim, Anzalna kelihatan cukup cantik dan anggun mempersona bak puteri raja yang turun dari kayangan. Busana yang berwarna putih sedondon dengan pasangannya nyata menaikan lagi seri pesona pengantin Anzalna yang sememangnya jelita.

Sementara itu, majlis resepsi Anzalna Nasir bakal diadakan pada 27 Februari nanti di Grand Ballroom, Grand Hyatt Kuala Lumpur dan seterusnya akan majlis yang lain pula akan diadakan di Dewan Perdana Felda pada 3 April depan.

Foto Eksklusif Majlis Pernikahan Anzalna Nasir dan Mohamad Hanif

gambar Kahwin Anzalna Cantik foto pernikahan anzalna nasir

gambar pernikahan anzalna nasir

majlis pernikahan anzalna nasir

Sekalung tahniah PP ucapkan buat pasangan romantis Anzalna Nasir dan suami, Haniff Zaki kerana telah sah menjadi pasangan suami isteri, dan PP turut  mendoakan agar pasangan ini akan berkekalan hingga ke jannah.

Tak sabar nak tunggu amjlis resepsi nanti, mesti cantik gila nanti. –PaliPali.net

~Padan muka Darwish tak dapat harta suraya.. tapi kesian rayyan tak dapat suraya huhuhu 

Sumber: IG Anzalnanasir88/rotikaya

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00

Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00

  Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00 Setelah sekian lama …

Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival

Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival

  Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival Pada 2 Julai lalu, …

Terhangat Song Joong Ki & Song Hye Kyo Akan Berkahwin Oktober Ini

Terhangat Song Joong Ki & Song Hye Kyo Akan Berkahwin Oktober Ini

  Terhangat Song Joong Ki & Song Hye Kyo Akan Berkahwin Oktober Ini Akhirnya impian para …

One comment

  1. Wuyoooo..cantiknyaaa…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *