Home » Informasi » 9 Cara Mudah Menghilangkan Kutu Pada Rambut

9 Cara Mudah Menghilangkan Kutu Pada Rambut

 

 

9 Cara Mudah Menghilangkan Kutu Pada Rambut

 

9 Cara Mudah Menghilangkan Kutu Pada Rambut

Kutu  adalah satu maslah umum yang sering berlaku kepada anak-anak kita. Ianya adalah disebabkan oleh berbagai perubahan gaya hidup dan banyak sekali pengeluaran berbagai jenis produk.

Adanya kutu di kepala membuat seseorang itu akan  kerap menggaru-garu kepalanya akibat kutu yang berlindung di kulit kepala menghisap darah. Jika tidak diberi rawatan dengan segera kutu betina akan bertelur sebanyak enam buah sehari yang  akan menetas setelah 8 hari. Kutu rambut merupakan masalah yang cukup serius, ini kerna menurut kajian kutu dapat menular ketika penghidapnya berinteraksi dengan ahli keluarga atau sesiapa sahaja,kutu akan terbang  dari rambut penghidap ke rambut orang lain.

Ini Antara Penyebab Kutu

Adanya kutu di kulit adalah disebabkan oleh:

  • Menggunakan sikat yang dipakai juga oleh seseorang yang ada masalah kutu di kepala akan menyebabkan berisiko menularnya masalah tersebut pada anda, oleh itu elakkan berkongsi siakt dengan ornag yang ada kutu.
  • Kadangkala anak-anak akan berjangkit melaui pergaulan di sekolah yangdimana rakan-rakanya memepunayi masalah rambut berkutu.
  • Seringnya merawat rambut dengan produk yang mengandungi zat berbahaya seperti bahan kimia adalah penyebab utama adanya kutu di kulit kepala.
  • Atau boleh juga terjadi kerana anda malas menjaga rambut anda.

Jom PP kongsikan 9 Cara Mudah Menghilangkan Kutu Pada Rambut, dengan menggunakan bahan-bahan ini:

 

1. Almond

Almond adalah bahan yang paling efektif untuk menghilangkan kutu , caranya;

  • Rendam 10 biji almond didalam air semalaman.
  • Pada waktu pagi, kupas dan giling atau tumbuk almond supaya menjadi serbuk.
  • Tambahkan tiga sudu air perahan lemon atau limau nipis dalam serbuk almond tadi.
  • Sapukan krim tersebut pada kulit kepala dan rambut secara merata.
  • Tunggu sehingga dua jam.
  • Bersihkan rambut  dengan air bersih.

Rawatan tersebut dapat anda lakukan seminggu sekali dalam selam 2 bulan berturut-turut.

 

2. Jus Lemon

Dengan menggunakan jus lemon kutu pada rambut akan diseksa oleh sifat asid yang dimilikinya. Caranya;

  • Buatlah jus lemon dari buah yang segar, kemudian basuh rambut dengan jus lemon.
  • Biarkan selama setengah jam, dan barulah dibilas dengan cuka dan air suam.

Rawatan dengan jus lemon dan sedikit cuka ini dapat menghilangkan kutu dengan cepat.

 

3. Minyak Zaitun

Minyak zaitun sememangnya mengandungi banyak  khasiat untuk kesihatan mahupun kecantikan, antara salah satunya ianay dapat menghilangkan kutu pada rambut.

  • Sapukan minyak zaitun ke seluruh kulit kepala dan setiap helai rambut sebelum tidur.
  • Tutup kulit kepala dan rambut menggunakan shower-cap, tidurlah dengan posisi telentang.
  • Keesokan harinya bersihkanlah rambut dengan air bersih, kemudian syampulah rambut anda..

Ritual kecantikan ini boleh anda lakukan setiap hari, ini kerana minyak zaitun tidak memiliki efek sampingn yang boleh merosakn rambut.

 

4. Bawang Merah

Kandungan sulfur yang ada di dalam bawang merah dapat dimanfaatkan untuk membunuh kutu pada rambut;, caranya;

  • Ambil 4-5 ulas  bawang merah, blender sampai sehingga hancur.
  • Balut dengan kain dan perahair bawang tadi di dalam mangkuk.
  • Sapukan minyak bawang pada kulit kepala, urut perlahan-lahan kemudian tutup menggunakan shower-cap.
  • Biarkan selama dua jam.
  • Basuhlah dengan syampu seperti biasa, menggunakan air suam.
  • Keringkan dan kemudian sikat menggunakan sikat kutu untuk membuang kutu dari rambut anda.

Lakukan rawatan ini seminggu sekali dalam dua bulan berturut-turut sampai kutu benar-benar hilang.

 

5. Mayonis

Selain dijadikan sos untuk burger dan hot dog, menurut The Minnesota Health Department mayones boleh juga dipakai untuk mengurangkan kutu., caranya;

  • Sapukan mayonis pada rambut dan kulit kepala secara menyeluruh.
  • Tutup menggunakan shower cap atau plastik.
  • Biarkan mayonis bekerja membunuh kutu selama  5 hingga 6 jam.
  • Kemudian cucilah rambut dengan syampu biasa dan keringkan menggunakan hair dryer.
  • Terakhir, gunakan sikat kutu secara perlahan dan lihat berapa banyak kutu yangyang melekat pada sikat.

Rawatan  ini boleh anda amalkan seminggu satu kali selama dua bulan.

 

6. Minyak Kelapa

Cara pemakaiannya hampir sama dengan minyak zaitun.

  • Pertama anda sapukan minyak kelapa ke seluruh rambut, setelah itu urut perlahan.
  • Tutup menggunakan shower cap dan biarkan semalaman.
  • Keesokan harinya, cuci rambut dengan syampu.
  • Setelah kering, sikat menggunakan sikat kutu.

Lakukan rutin setiap hari seminggu selama lima hari, teruskan lagi pada minggu berikutnya jika kutu belum hilang.

 

7. Cuka

Kadar asam asetat dalam cuka sangat efektif untuk membunuh kutu dan menghancurkan telur kutu yang belum menetas. Tetapi sebelum anda gunakan untuk menyapu pada rambut pastikan air sama rata dengan cuka tadi

 

8. Limau Nipis dan Minyak Kayu Putih

Kerserasian antara kedua bahan menjadi ubat kutu masih terbukti berkesan untuk menghilangkan kutu. caranya;

  • Perah dua buah limau nipis ke dalam mangkuk, tambahkan enam sudu makan minyak kayu putih.
  • Gunakan tangan untuk mengusap seluruh rambut dan kulit kepala, biarkan selama 2 jam.
  • Akhir sekali cuci rambut dengan air dan syampu sampai bersih.

 

9. Lidah Buaya

lidah buaya atau aloe vera merupakan tumbuhan yang kerap digunakan untuk merawat rambut dan menghindari berbagai masalah yang menyerang rambut seperti keguguran, bercabang, kelemumur dan kutu. caranya;

  • Ambil  lidah buaya yang tua (warna hijau tua serta daun berada paling bawah) mengikut  ketebalan rambut.
  • Cuci menggunakan air dan belah menjadi dua bahagian.
  • Gosok bahagian dalam lidah buaya pada kulit kepala dan rambut dengan perlahan, pastikan gel atau lendir lidah buaya mengenai kulit kepala.
  • Ratakan lendir menggunakan tangan yang sudah dibasahi air kemudian beri urutan perlahan selama 20 minit.
  • Selang 2 hingga 3 jam, barulah cuci rambut dengan air.
  • Akhir sekali  syampulah  agar bau lidah buaya tadi hilang

 

Cara Mencegah Kutu Rambut Datang Kembali

  • Selama beberapa hari, jangan tidur satu katil atau berdekatan dengan orang (anggota keluarga) yang mempunyai kutu, ini kerana serangga tersebut dapat melompat ke rambut Anda.
  • Jangan menggunakan tuala, topi dan alat penutup kepala lain yang telah dipakai oleh orang yang ada kutu
  •  Jagalah kebersihan dan kesihatan rambut agar terhindar dari masalah kutu.

 

Itulah antra bahan-abahn yng boleh digunakan untuk menghilangkan kutu. selamat mencuba-Palipali.net

Sumber: cakrawalasehat.blogspot

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee

Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee

  Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee Tahniah …

Cosplay Anime Jepun Gadis Berhijab Tarik Perhatian Dunia

Viral Cosplay Anime Jepun Gadis Berhijab Tarik Perhatian Dunia

  Viral Cosplay Anime Jepun Gadis Berhijab Tarik Perhatian Dunia Peminat-peminat Anime jepun, seperti Naruto, …

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Dan Resepsi Anak Perempuan Aziz M Osman

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Dan Resepsi Anak Perempuan Aziz M Osman

  Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Dan Resepsi Anak Perempuan Aziz M Osman tahniah diucapkan kepada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *