Home » Informasi » 5 Tips Kilatkan Barang Kemas Daripada Emas

5 Tips Kilatkan Barang Kemas Daripada Emas

5 Tips Kilatkan Barang Kemas Daripada Emas

 

5 Tips Kilatkan Barang Kemas Daripada Emas
Aksesori wanita sememangnya banyak dan diperbuat dari pelbagai jenis logam termasuk emas, perak, tembaga, besi dan banyak lagi. Namun begitu emas dilihat menjadi pilihan utama bagi wanita masa kini dan ianya sudah mampu dimiliki oleh semua golongan. Ini kerana barang kemas seperti cincin, rantai, subang dan sebagainya adlah perhiasan wanita yang sememangnya menjadi aksesori tambahan untuk meningkatkan gaya dan penampilan diri seseorang wanita tersebut.

Barang kemas emas selalu menjadi pilihan kaum wanita adalah kerana emas bersifat lembut dan berwarna terang keemasan. Emas adalah barang kemas yang lazim dan paling sinonim di pakai oleh kaum wanita. Masyarakat kita sejak zaman dari dahulu lagi telah memperakui emas adalah barang paling akrab dengan golongan kaum hawa, ini kerana tanpa secalit kilauan emas yang ada pada seseorang wanita, penampilan dan gaya mereka akan dirasakan seperti tidak cukup sempurna. Jadi mari PP kongsikan 5 Tips Kilatkan Barang Kemas Daripada Emas kesayangan kita nih.

Tips 1:

Rendamkan barang kemas ke dalam air suam selama satu jam. Kemudian guna berus gigi yang sudah buruk,  tetapi mesti pastikan berus gigi tersebut lembut . Letakkan sedikit ubat gigi dan cucilah disekeliling barang kemas tersebut. Selepas itu  bilaslah dan rendamkan semula ke dalam air selama satu jam. Akhir sekali  keluarkan barang kemas tadi dan keringkan atas kain yang kering.

 

Tips 2:

Campurkan sedikit air asam jawa dan sedikit jus limau nipis, kemudian rendamkan barang kemas tersebut ke dalam air campuran tadi.

 

Tips 3:

Rendamkan barang-barang kemas ke dalam air asam jawa selama 6 jam, kemudian basuhlah barang kemas tadi dengan air biasa. Keringkan dengan kain yang bersih.

 

Tips 4:

Rendamkan barang kemas ke dalam teh cina atau teh biasa dan biarkan semalaman. Kemudian barulah rendamkan pula barang kemas tersebut. Selepas satu jam bolehlah  dibersihkan macam biasa. Jikalau ingi lebih berkesan rendamkan dengan lebih lama.

Haa itu antara tips untuk kilatkan kembali barang kemas anda. Selamat mencuba-PaliPali.net

Sumber: aynorablogs.com

 

 

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee

Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee

  Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee Tahniah …

Cosplay Anime Jepun Gadis Berhijab Tarik Perhatian Dunia

Viral Cosplay Anime Jepun Gadis Berhijab Tarik Perhatian Dunia

  Viral Cosplay Anime Jepun Gadis Berhijab Tarik Perhatian Dunia Peminat-peminat Anime jepun, seperti Naruto, …

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Dan Resepsi Anak Perempuan Aziz M Osman

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Dan Resepsi Anak Perempuan Aziz M Osman

  Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Dan Resepsi Anak Perempuan Aziz M Osman tahniah diucapkan kepada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *