Home » info makanan » Tips Menyimpan Cendawan Agar Segar Lebih Lama

Tips Menyimpan Cendawan Agar Segar Lebih Lama

Setiap kali mahu menggunakan cendawan, cuma perlu ambil satu bahagian dan tidak perlu kacau bungkusan yang lain. Dengan cara ini, cendawan tahan lebih lama.

 

Tips Menyimpan Cendawan Agar Segar Lebih Lama

 

Cendawan sememangnya sedap apabila dimakan, tidak kiralah memasaknya dengan cara apa pun. Cendawan segar yang kita beli di pasar ataupun pasaraya biasanya diletakkan dalam plastik-plastik  kecil dan oleh sebab itulah agak sukar untuk kita menyimpannya bagi tempoh yang lama kerana ianya  mudah menjadi busuk dan rosak. Jadi mari PP kongsikan Tips Menyimpan Cendawan Agar Segar Lebih Lama, sayangnya jikalau cendawan cepat rosak dan membusuk.

 

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:

  • Cendawan segar yang dibeli
  • Kertas surat khabar lama

 

CARA-CARANYA:

1. Keluarkan cendawan dari plastik dan elakkan cendawan dari terkena air.

2. Bungkus cendawan tadi di dalam surat khabar mengikut kuantiti untuk dipakai setiap kali. Maksudnya bahagikan semua cendawan kepada beberapa bahagian yang sama banyak dan simpan setiap bahagian di dalam satu bungkusan surat khabar yang berasingan.

3. Kemudian simpan dalam peti sejuk dan hanya keluarkan apabila anda mahu memasak. Apabila setiap kali mahu menggunakan cendawan, cuma perlu ambil satu bahagian sahaja dan tidak perlu kacau bungkusan yang lain. Dengan cara ini, cendawan akan tahan lebih lama dan tidak mudah rosak.

Selamat mencuba- PaliPali.net

Sumber: Rasa.my

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00

Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00

  Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00 Setelah sekian lama …

Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival

Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival

  Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival Pada 2 Julai lalu, …

Terhangat Song Joong Ki & Song Hye Kyo Akan Berkahwin Oktober Ini

Terhangat Song Joong Ki & Song Hye Kyo Akan Berkahwin Oktober Ini

  Terhangat Song Joong Ki & Song Hye Kyo Akan Berkahwin Oktober Ini Akhirnya impian para …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *