Home » Drama Adaptasi Novel » Sipnosis Drama Terbaru Isteri Vs Tunang Ria Hd

Sipnosis Drama Terbaru Isteri Vs Tunang Ria Hd

Sipnosis Drama Terbaru Isteri Vs Tunang Ria Hd

 

Sipnosis Drama Terbaru Isteri Vs Tunang Ria Hd

Drama adaptasi novel yang bakal ditayangkan di Astro Ria Hd mengggantikan drama hebat  Sya dan Shah, drama ini bakal diterajui gandingan hebat Scha Al Yahya dan Hisyam Hamid, turut menampilkan Sharifah Sakinah dan Azriel Ismail. Drama ini di bawah arahan pengarah Michael Ang dan akan bersiaran pada pukul 10-11 malam, setiap hari isnin hingga khamis. Jom PP  kongsikan Sipnosis Drama Terbaru Isteri Vs Tunang Ria Hd;

 

Insiden yang berlaku dengan Zaim, seorang lelaki yang angkuh di mata Alana membangkitkan kemarahan gadis itu lantas tanpa berfikir panjang telah mencabar lelaki itu untuk mengahwininya. Demi ego seorang lelaki, Zaim menyahut cabaran itu.

Apabila fikirannya mula tenang, Alana tersedar yang dia telah mengambil tindakan yang bodoh dan meminta Zaim membatalkan rancangan peminangan. Walau bagaimanapun, dia terkejut apabila kedua ibu bapanya telah menerima pinangan Zaim.

Kehadiran Irfan Fakrul dirasakan tepat pada waktunya. Dengan bantuan lelaki itu, Alana meminta dia menyamar sebagai kekasihnya dan berjumpa dengan orang tua Alana bagi membatalkan pertunangan antara Alana dan Zaim.

Bantahan daripada Encik Dahlan menyebabkan Alana terpaksa akur untuk mengahwini Zaim demi menjaga nama baik dua keluarga.

Setelah berasa puas kerana dapat menyahut cabaran Alana, Zaim kembali menjalinkan hubungan dengan Amira Irdina, bekas tunangnya.

Bagaimanakah kesudahan hubungan Alana dan Zaim? Mampukah bahtera yang didirikan atas dasar ego dan tanpa cinta berkekalan? Atau, berjayakah Amira menyingkirkan Alana dari kehidupan Zaim? Siapakah sebenarnya yang menjadi orang ketiga? Amira? Alana? Antara isteri dan tunang… yang manakah akhirnya menjadi pilihan?

“Ketentuan yang tidak pasti… itulah meresahkan hati.”

hisyam hamid

 

 

isteri vs tunang

 

isteri vs tunang

 

dapatkah cinta mengalahkan benci, marilah kita saksikan drama terbaru ini, pasti meletop… Hisyam Hamid nih hensemkan..tak sabar nak tengok-PaliPali.net

Sumber: Google

 

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan - Resepsi Anis Al-Idrus Dan Hani Era

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan – Resepsi Anis Al-Idrus Dan Hani Era

  Gambar Sekitar Majlis Pernikahan – Resepsi Anis Al-Idrus Dan Hani Era Dengan sekali lafaz …

Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00

Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00

  Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00 Setelah sekian lama …

Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival

Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival

  Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival Pada 2 Julai lalu, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *