Home » info makanan » Cara Menggoreng Ayam Lebih Tepat Sedap Dan Lazat

Cara Menggoreng Ayam Lebih Tepat Sedap Dan Lazat

Cara Menggoreng Ayam Lebih Tepat Sedap Dan Lazat

Cara Menggoreng Ayam Lebih Tepat Sedap Dan Lazat

Ayam Goreng Memang Sangat-sangat Digemari Ramai.. Tak kira tua mahupun muda.. BuktinyA kFC 24 JAM PENUH KAN, Tetapi Kita juga Boleh Buat Ayam Goreng Yang Sedap Di rumah!! Dengan Cara, Teknik, Dan perapan Yang betul.. masak Nih macam Sains Jugak kalau Kita Paham Barulah Kita boleh Olah Masakan Kita Pelbagai Cara… jadi Jom Kita Belajar Asas Teknik Mengoreng Ayam Dan Perapan Ayam Dengan Tepat!!

Tenik Dan Cara perapan Ayam/Marinate 

. PERAP / MARINATE: 

Maksud marinate adalah tambahkan rasa dan lembutkan daging.

Cara Perapan yang terbaik bergantung kepada:

  1. Keadaan Acid.
  2. Kuantiti garam yang Kita gunakan.
  3. Minyak dalam perapan.
  4. perencah dan rasa
  5. keadaan fizikal daging itu sendiri – termasuk keluasan kawasan permukaan daging yang ingin diperap, cara pemotongan, ketebalan daging dan berat daging.
  6. Kesemua di atas ini bergantung pada jangka masa perapan.

Marinate yang terbaik yang seimbang mempunyai ramuan asid, perencah, garam dan minyak masak. Ini asas untuk marinate isi ikan, ayam atau daging.

  • Ramuan Asid: Seperti jus buah-buahan limau nipis dan lemon, cuka, yogurt, susu butter dan lain-lain. Asid ini lembutkan daging dan juga Berfungsi berikan perasa yang baik.
  • Ramuan Perencah: seperti – herba, kicap, mustard dan gula. Perencah ini menyedapkan Lagi hasil gorengan anda.
  • Ramuan Garam: Garam berfungsi sebagai pembawa kelembapan(moisture)dari perencah kepada keseluruhan daging itu. Kuanti garam ini berubah mengikut masa perap (marinate) yang diperlukan. Kalau cepat lebihkan garam kalau Nak Perap lama kurangkan garam.
  • Ramuan Minyak Masak: Minyak yang kualiti tinggielok  digunakan untuk marinate. Minyak kelapa sawit Felda adalah terbaik. Minyak akan memberi kelembapan pada daging semasa proses goreng atau masak.

2. PERASA AYAM GORENG:

Berbagai-bagai perasa digunakan dalam penyediaan ayam goreng ini. Perasa yang paling popular ialah perasa ayam goreng KFC dan perasa rempah ayam goreng berempah. tetapi kita harus tahu Perasa salutan di luar dan perasa daging di dalam ayam itu sendiri berbeza. Dalam salutan diluar kita boleh menyedapkan gorengan ayam itu dengan berbagai-bagai resepi tetapi bagaimana pula isi ayam?.  Jika isi ayam tawar, hasil goreng ayam kita tak sedap juga. Cara nak sedapkan daging ayam paling mudah. rendamkan ketulan ayam itu dengan air garam ditambah MSG (Aji No Moto). kalau direndam untuk 1 kg ayam biasanya 1 sudu besar garam dan 1 sudu besar MSG selama dua jam dan selepas dua jam rendaman dibuang airnya, dibasuh balik dan

ditoskan sebelum goreng. Untuk rasa berempah campurkan pes halia bawang putih bersama rendaman itu.

 

3. SALUTAN TEPUNG ATAU BATTER.
Batter bermaksud tepung + air, yang ditambah perasa dan dicelupkan ketulan ayam atau ikan sebelum ia di goreng. Bahan utama untuk batter ialah tepung gandum yang kurang gluten. Gluten berperanan utama dalam menentukan kualiti gorengan anda. jadi anda perlu tepung protein rendah..tepung I Malaysia..bukan tepung yang perkaya dengan Protein. Batter ini akan menyebabkan crust (kerak) dibentuk di luaran ketulan ayam lebih keras, ranggup.

Tapi ingat tepung gandum saja tidak akan mengekalkan kerangupan bila ia sudah menjadi sejuk. Ini disebabkan batter yang anda saluti itu akan menyerap wap air yang keluar dari ketulan ayam. Wap air akan melembikkan gorengan anda.jadi untuk membuat menyekat  wap air seelokknya tambahkan serbuk penaik / “Baking Powder”. Kalau anda inginkan kulit ayam mempunyai crust yang kasar dan mengerutu boleh juga tambahkan  soda masakan/ soda bicarbonate  . Kerana soda masakan akan  memberikan texture yang lebih manarik , jadi boleh tambahkan kedua dua bahan ini.. untuk salutan ayam goreng kekal rangup dan juga lebih crunchy

seperti yamng kita tahu Tepung gandum seperti  kekurangan dari segi kekenyalan crust..oleh itu kita perlu campurkan tepung beras dan tepung yang berkanji seperti tepung jagung atau tepung sagu. tepung sagu Lebih Murah. Tepung beras cari yang asli kini tepung beras biasanya diblended dengan tepung jagung. Sekiranya anda ingin kerangupan yang lebih lembut  boleh gunakan tepung jagung juga..

perlu anda tahu Tepung jagung atau tepung sagu atau tepung ubi kayu  salutannya sukar melekat. Tentang melekat dengan ketulan ayam ini ada satu masalah…biasanya kita perlu ditepungkan (kering) kering ketulan ayam untuk digoreng dulu supaya air berlebihan di luar permukaan ketul ayam di diserap, baru masukkan dalam batter.

Nisbah percampuran tepung ini  sebaiknya begini .batter kering bermakna tepung 85% , tepung kanji (jagung) 10%, garam 2%, bahan perasa (seasoning) 2% dan sodium bicarbonate 1%. Tepung gandum X1 + Tepung Beras X 2 + Tepung Sagu X3 = 1. Faham dak..ini untuk orang nak buat berniaga ayam goreng sejuk beku. Suri rumah tak perlu bimbang dengan kiraan ini hihi..

Cara Menggoreng Ayam Lebih Sedap Dan Lazat

Oke Kita Beralih Pada Teknik Mengoreng Ayam yang Tepat Dan Sedap

Size potongan ayam perlu sama.

Maksudnya Sekira ingin goreng kepak Ayam , masukan cuma kepak-kepak saja. Kalau nak goreng peha cuma masukkan peha sahaja..

 

Pilih minyak yang tepat

Minyak Yang Kualiti rendah lebih cepat mengeluarkan asap dan bau tidak sedap. Kerana itulah, minyak yang Elok  digunakan untuk menggoreng adalah minyak yang memiliki Memiliki  Kualiti Tinggi ,  Penggunaan minyak yang tepat dapat membantu menjaga aroma ayam goreng

 

Goreng ayam dengan suhu yang tepat

Suhu tepat untuk menggoreng ayam adalah antara 175-200°C. Suhu yang terlalu rendah boleh membuat ayam menjadi berminyak dan kurang sedap, sedangkan suhu yang terlalu tinggi boleh membuat kulit ayam dan daging bahagian luarnya cepat Hangus  dan berubah warna menjadi coklat, sedangkan daging bahagian dalamnya belum masak sempurna.

Perlu dapatkan sebuah jangkasuhu (thermometer) untuk menentukan suhu gorengan sentiasa stabil. Kalau minyak anda terlalu panas tambahkan minyak baru sedikit untuk suhu minyak kembali turun.

 

Hindari menggunakan minyak Recycle

Selain tidak sihat, minyak yang sudah digunakan untuk menggoreng ayam pun dapat membuat ayam goreng berbau minyak , Selain itu, minyak yang sudah gelap atau menghitam juga boleh membuat ayam menjadi hangus lebih cepat. kerana itu, segera ganti minyak goreng setelah minyak menghitam, biasanya setelah 2-3 kali digunakan,

 

 

Goreng ayam dengan Periuk yang dalam (tinggi)

untuk goreng yang banyak. Ini akan jimatkan minyak kerana minyak tidak terdedah dengan oksigen. Isi minyak cuma 1/3 bahagian sahaja.

 

Gunakan minyak dalam jumlah banyak

Setidaknya separuh bahagian ayam harus terendam dalam minyak agar ayam goreng masak serata,  Selain itu, jangan menggoreng terlalu banyak ayam pada saat yang sama kerana akan menurunkan suhu minyak. Saat digoreng, ayam tidak boleh saling melekat atau terlalu bersentuhan satu sama lain di dalam kuali.

 

Awas!! Apabila gorengan pertama dikeluarkan jangan

terus masukkan gorengan kedua..tunggu Sehingga  minyak menjadi panas semula.

 

Akhir Sekali Toskan Minyak Ayam!! 

Jangan Lupa Toskan minyak ayam yang telah digoreng. Gunakan bantuan paper towel untuk menjadi alas yang mampu menyerap minyak  Dari Ayam dengan baik.

~Fuhh Terasa Nak masak Ayam Goreng Pulak harini Selamat Mencuba Uolss Dari -Palipali.net

Sumber: balannambiar/royco

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00

Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00

  Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00 Setelah sekian lama …

Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival

Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival

  Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival Pada 2 Julai lalu, …

Terhangat Song Joong Ki & Song Hye Kyo Akan Berkahwin Oktober Ini

Terhangat Song Joong Ki & Song Hye Kyo Akan Berkahwin Oktober Ini

  Terhangat Song Joong Ki & Song Hye Kyo Akan Berkahwin Oktober Ini Akhirnya impian para …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *