Home » Informasi » 7 Cara Mudah Untuk Buang Angin Dalam Badan

7 Cara Mudah Untuk Buang Angin Dalam Badan

7 Cara Mudah Untuk Buang Angin Dalam Badan

 

7 Cara Mudah Untuk Buang Angin Dalam Badan

Bagi sesetengah orang masalah angin dalam badan adalah permasalahan yang selalu terjadi dikalangan kita.  Masalah angin dalam badan ini  berpunca adalah dari cara pemakanan dan sistem penghadaman. Semua orang pasti akan makan , ye x !!..jadi semua orang akan mengalami angin, cuma yang berbezanya sama ada angin itu akan senang keluar atau tidak. Ada sesetengah orang membuang angin dalam badan mereka adalah dengan cara  kentut dan sendawa, tetapi ada juga  yang mengalami masalah penghadaman sehingga ianya menyusahkan mereka untuk membuang angin  dengan cara sendawa atau pun kentut. Jadi mari PP kongsikan 7 Cara Mudah Untuk Buang Angin Dalam Badan;

 

  1. Memperbanyakkan untuk minum air masak atau air suam supaya ruang tersebut dapat digantikan dengan air dan bukannya angin.
  2. Boleh juga lakukan urutan visera (bahagian abdomen): caranya:, Mula-mula letakkan kedua-dua tapak tangan di paha kanan atas, kemudian tekan abdomen anda dan urut sehingga ke bawah tulang rusuk dan teruskan mengurut di sepanjang bawah tulang rusuk ke arah kiri, dan kemudian turun ke bawah hingga di atas paha kiri. Ulangi urutan ini sehingga terasa semua angin dalam badan keluar.
  3. Gunakan  ubat yang disyorkan oleh doktor untuk membuang angin  yang banyak dalam badan.
  4. Kunyahlah makanan secara perlahan-lahan supaya lebih senanguntuk  dihadam
  5. Elakkan daripada makan gula-gula getah dan menelan banyak udara.
  6. Makanlah dalam kuantiti yang kecil setiap 2 hingga 3 jam
  7. Amalkan meminun minuman air halia atau bawang putih: caranya,
  • Ambil beberapa biji bawang putih dan buang kulitnya.
  • Hiris bawang putih nipis-nipis.
  • Rebuskan bawang putih tadi bersama dengan 2 gelas air putih sehingga menjadi satu gelas.
  • Minumlah ramuan ini sebulan sekali.

Sekiranya masalah angin masih berlarutan silalah berjumpa doktor untuk rawatan lanjut. Semoga ianya dapat memberikan manfaat. –PaliPali.net

Sumber: adaa-inspiration

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee

Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee

  Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee Tahniah …

Cosplay Anime Jepun Gadis Berhijab Tarik Perhatian Dunia

Viral Cosplay Anime Jepun Gadis Berhijab Tarik Perhatian Dunia

  Viral Cosplay Anime Jepun Gadis Berhijab Tarik Perhatian Dunia Peminat-peminat Anime jepun, seperti Naruto, …

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Dan Resepsi Anak Perempuan Aziz M Osman

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Dan Resepsi Anak Perempuan Aziz M Osman

  Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Dan Resepsi Anak Perempuan Aziz M Osman tahniah diucapkan kepada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *