Home » Informasi » 6 Tips Untuk Menangani dan Menjaga Anak Demam

6 Tips Untuk Menangani dan Menjaga Anak Demam

6 Tips Untuk Menangani dan Menjaga Anak Demam

 

6 Tips Untuk Menangani dan Menjaga Anak Demam

Sekiranya anak demam, pastilah akan merisaukan kita kan.. susah hati sungguh, jadi jika anak kita demam, jangan panik atau risau, mari PP kongsikan 6 Tips Untuk Menangani dan Menjaga Anak Demam;

 

Tips 1 :

Pastikan anak anda dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar.  Ini adalah kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan yang sejuk.

Tips 2:

Bila selsema, – tetap mandikan anak anda  3 kali sehari, ini adalah kerana selepas mandi, lendir selsema akan mudah keluar. Namun sayangnya ramai ibu-ibu hari ini berfikir, sekiranya  anak selsema maka jangan dimandikan. Oleh sebab itulah anak anda akan mudah berkahak sehingga mengalami sesak nafas. Jadi para ibu cubalah praktikkan setiap kali anak anda selsema, insyaallah maksimum anak anda akan selsema pun hanya 3 hari.

Tips 3 :

Batuk, -tetap kena mandikan anak 3 kali supaya panasnya keluar dan apabila tidur malam, pastikan anda sapu minyak telon atau minyak yuu yee dibelakang badan anak pada jam antara 1-3 pagi, insyaALLAH kahaknya akan cepat beransur baik. Sekiranya minyak terlalu panas, campurkan sedikit minyak tadi dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak anda . (Ini tips dari Doktor: apabila kahak dia dah longgar tepuk belakang anak setiapkali dia batuk,  ini kerana dia akan muntah dan kesemua  lendir-lendir itu akan keluar)

Tips 4 :

Waktu mandi yang paling sesuai untuk anak adalah pada jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Sekiranya anda terpaksa mandikan anak selepas jam 7 malam, mandikanlah dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya dadanya tidak mudah sejuk dan diserang selsema.

Tips 5 :

Selain itu biasakan selepas anak mandi, sapukan minyak panas pada ubun-ubun anak, pada belakang telinga, pada tapak tangan, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki anak juga. Ini akan membantu melancarkan peredaran darah anak anda secara tidak langsung.

Tips 6 :

Bagi ibu yang menyusukan anaknya dengan susu ibu, ianya akan menjadi satu kelebihan, ini kerana jika anda kerap menyusukan anak semasa anak dalam fasa tidak sihat, ianya akan  menjadikan anak anda lebih bertenaga dan antibodi yang dibekalkan mampu melawan penyakit dengan cepat. Oleh itu bagi ibu baru, janganlah panik.  Cubalah yang kami berikan ini.

Semoga dapat dipraktikkan-PaliPali.net

Sumber: FB

Check Also

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan - Resepsi Anis Al-Idrus Dan Hani Era

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan – Resepsi Anis Al-Idrus Dan Hani Era

  Gambar Sekitar Majlis Pernikahan – Resepsi Anis Al-Idrus Dan Hani Era Dengan sekali lafaz …

Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00

Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00

  Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00 Setelah sekian lama …

Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival

Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival

  Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival Pada 2 Julai lalu, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *